Sebenarnya bulan ni aku langgan pakej box office sebab nak kasi Wawa tengok citer Magika.Sebenarnya aku yg nak tgk hehe...Tapi kan hampeh..ank aku bo layan citer tu.Aku ingat dia ske tengok citer animasi yang banyak lagu camtu..nyanyi-nyanyi bagai, tapi non ado... Aku plak yang sekejap-sekejap "kakak, kakak, tengok ni" paksa dia tengok bila ada scene menarik...nampak sgt aku yang konsentret tengok kan.
Ok, ok nak citer pasal Snow Princess ni..Tetiba ank aku ske tengok citer ni. Aku rasa dia kenan kat hero lelaki kenit yang belakon jadi Sota tu. Tengok sampai nangis-nangis masa part Sota dengan anjing dia (lupa nama apa) mati dalam salji. Masa scene yang Sota menangis sebab duit dia dikebas penyeluk saku, pon dia nangis.Amboi kemain lagi ko nak..tengok Sota nangis ko pon nangis sama. Kalau mak ko cubit, jengil-jengil mata siap bagi amaran keras sebab degil sikit pon ko tak nangis kan.
Tapi kan citer ni bagus jugak la, sebab banyak unsur pengajaran. Aku pon sempatlah selitkan kisah teladan kat dia "tengok tu kakak, dokleh gi sekoloh, kena kije sebab tadok sen, makan nasik pon dege telo metoh jer(Mmg ada pon Sota dgn datuk dia ni makan telo mentah) kakak nok jadi gitu?"aku tanya. Satu lagi aku suka masa datuk Sota kata 'kita jangan berdendam dengan orang, sebab itu akan buat hati kita tak tenang' lebih kurang camtulah ayat dia. Masa duit Sota kena kebas tu pon datuk dia tak marah. Dia hanya kata 'mungkin orang tu lebih perlukan duit tu berbanding kita'. Walaupun itu cuma cerita tapi alangkan bagusnya kalau kita dapat serapkan dalam hidup sehari-hari.
Aku rekemen la citer ni utk korang tengok, sebab citer jepun kan watak dia lembut, sopan. Nak-nak mak si Soya (Heroin pompuan)kalaulah aku boleh jadi lembut dan baik mcm dia dalam menangani kenakalan anak-anak haha!! Click sini tuk sinopsis
2 comments:
best ker magika?
hehe.. tuko topik lak ;)
magika saya beli vcd jek.. kebanyakan sekarang beli vcd hehehe
Post a Comment