Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Sunday, August 28, 2011

Biskut dahlia



Fisrt time aku buat biskut dahlia menjadi. Yang sebelum-sebelum ni dia menjadi gak tapi jadi lempeng hehe. Resepi aku ambik kat blog tersohor CIK MAT GEBU. Asalnya nak buat satu adunan jer tapi bila elok je menjadi sekut dahlia ni aku buat satu adunan lagi, dapat dua bekas satu utk aku satu utk mak aku.

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.

2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.

4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, August 24, 2011

Blueberry cheese tart



Memandangkan anak-anak adalah hantu cis, jadi apa-apa resepi yang berasaskan cis haruslah aku cuba kan. Resepi bluberi cistat ni aku ambik kat blog ZURA sebab resepi dia tak guna banyak bahan dan kompem menjadik. Kredit to ZURA  yang menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-9 semalam. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, memakbulkan semua doa, memperkenankan semua permintaan kalian. Amin.

BLUEBERRY CHEESE TART

Pastry:-
250g butter
125g Gula icing
1biji Telur
440g Tepung gandum

Filling:

250g Philadelphia cream cheese
60g gula castor
20g butter
1biji Telur

Blueberry filling secukupnya

Cara:
1. Kacau butter dgn icing sugar sampai sebati - aku guna senduk kayu je
2. Masukkan telur, kacau sampai sebati.
3. Masuk tepung, gaul hingga jadi doh.
4. Ambil sikit adunan dan tekan dalam acuan tart.
Cucuk adunan dgn garfu agar x menggelembung masa proses bakar.

5. Bakar separuh masak.

Untuk filling:
Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.
Sudukan cream cheese ke dlm tart shell & kemudian bubuhkan sedikit blueberry keatasnya.
Corakkan dgn menggunakan lidi.

Bakar sekali lagi hingga cheese masak

Tuesday, August 16, 2011

Tiba-tiba teringat arwah ayah

Tiap kali ramadhan menjelma mesti ingatan aku kepada arwah ayam makin mendalam. Bukan sebab ayah meninggal bulan ramadhan tapi sebab banyak kenangan yang tak dapat aku luputkan dalam ingatan berkaitan ayah dan ramadhan.

Biasanya hari mula-mula puasa ayah akan ingatkan kami semua supaya niat sebulan. Aku rasa semua ayah pon akan buat mcam ni kan. Pastu tiap kali bangun sahur mesti ayah akan kejutkan setiap anak-anaknya SAMPAI BANGUN. Sape tak bangun akan dibangunkan sampai bangun. Mak aku kata suara ayah 'dok payoh paka spekar' jadi sendiri mau ingat la kan. Alhamdulillah sampai sekarang amalan sahur melekat kat aku adik beradik. Kalau taknak makan pon dorang bangun minum air. Aku sorrylah stakat minum air aku bedal nasik, berselera macam berbuka hehe.

Tiap kali menjelang nisfu syaaban pula, mesti ayah sibuk suruh mak buat kuih. "mok mung ari ni sepu, wak la kue ambe nok bowok gi sejid" Dulu manalah ada tradisi beli-beli kuih ni, kalau beli pon ketupat, tu pon sebab renyah nak buat. Malam tu kami adik beradik pakat tunggu ayah balik sebab biasanya ada kuih2 lebihan yang ayah akan bawak balik. Rindunya suasana itu.

Biskut kegemarah ayah plak biskut kacang. kalau nampak aku dengan kakak start nak buat kuih mesti dia akan pesan suruh buat biskut kacang dan kami akan buat bertin-tin. Dulu biskut main buh dlm tin jer mana ada bekas mcm sekarang. Bila dekat nak puasa mak ingatkan kami supaya jangan buang tin milo, susu adik nanti nak buh sekut.

Pagi raya mak dengan ayah akan masak nasi minyak (hidangan temurun) sampai berkilo-kilo.Masak guna dapur kayu macam org nak kenduri. Kadang-kadang sampai petang tetamu datang cari nasi minyak ayah. Biasanya pukul pagi 4 mereka dah bangun..siapkan nasi, gulai, bila kami celik mata dalam pukul 6 tu semua dah ready.

Dan aku ingin titipkan disini peristiwa yang paling aku tak boleh lupa tentang ayah. Peristiwa ni bukan berlaku di bulan ramadhan. Masa tu aku tgh tunggu SPM jadi aku dok rumah jadi tukang masak tak bertauliah. Mak aku kerja masa tu. Kerja estate atau orang panggil kongsi kong.Aku pun tak tau kenapa teruk benar nama kerja tu. Kalau zaman aku sekarang kong ialah punch card jadi kongsi kong mungkin bermaksud kerja secara beramai-ramai/kongsi kerja. Eh melalut plak. Sambung balik, Ayah masa tu dah pencen kerja estate tapi ayah ambik upah potong getah sebab ayah memang jenis dokleh duk saje kata orang Ganu. Lagipun masa tu ayah masih sihat. Biasanya ayah balik motong pukul 12tengahari, jadi dalam kul 10.30baru aku start masak.Tah kenapa hari tu ayah balik awal.Rasanya kul 10 dia dah sampai rumah dan aku masa tu belum masak apa -apa. Ayah gi kelebek apa makanan yang ada dan sedihnya memang takde makanan satu apa pon. Ayah buka tin susu enlene (aku tgk dari jauh sambil potong bawang ke sayur tak ingat) pastu aku dengar ayah kata ."mujur ada susu sket ni dalam dua sudu boleh wak air".Ayah buat sendiri susu dlm setengah gelas pastu dia ke meja makan nak minum. Belum sempat ayah hirup dia 'tepuh' (tangannya terlangar) sudu yg dia buat kuca air tadi. Habis tumpah tak sempat minum walaupun setitik. aku yang tengok terkesima + takut..mana tau kot aku jadi mangsa amarah ayah. Orang tengah lapar kan. Tapi ayah tak marah, mukanya bersahaja, dia cuma kata..'takdok rezeki' dan sampai hari ini bila aku terpandang tin susu enlene aku akan ingat peristiwa ni.

Sunday, August 14, 2011

Agar-agar tembikai


Agar-agar ni asyik berlegar-legar diingatan saya sejak pertama kali saya tengok kat param Paka lebih kurang 7tahun lepas. Selepas 7 tahun baru berkesempatan buat. Haha ayat berkesempatan tak bleh blah. Nampak sangat i bz mengalahkan Datin Rosmah kiki.

Untuk tidak membuang masa di bulan Ramadhan yang mulia ini, ni dia resepi agar-agar tembikai yang saya ambik kat blog hanamemories.

kalau nak tengok step-by-step click  resipicitarasawan

RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI
Source: Lina.pg@blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 paket agar2 serbuk (10gram)
  • 4 - 41/2 cawan air ( cawan arcopal ) - (1cwn-190ml)
  • 3/4 cawan gula - hana buh 1/2cwn je
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
  • Pewarna merah , kuning dan hijau
  • Sedikit kismis- xde stok, hana gune choc.chip
Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.Tutup Api. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 kuku ( anggaran 15-20min)
  2. Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika terbalikkan bekas,adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  3. Tuang adunan agar2 (yg dah suam2 kuku tu) ke dalam bekas adunan telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk.
  4. Tuangkan ke dalam bekas, masukkan pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi @ chopstik. Kacau dgn berhati2 supaya warna tidak terkena dasar bekas.
  5. Letakkan kismis di permukaan agar2 (sebagai biji buah tembikai ). Sejukkan ke dalam esbok
  6. Apabila agar2 sudah beku, keluarkan agar2 dari bekas dan warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai. (yang ni aku ubah sket.Aku terbalikkan agar-agar dalam pinggan, pastu aku tuang kaler ijau dlm mangkuk agar-agar tadi, golek-golekkan biar rata pastu masukkan balik agar-agar dlm mangkuk tadi).
                                                                   ~ Selamat mencuba ~

Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam butter



 Nasi Ayam Butter
Sumber : http://jintanmanis.com/nasi dan Kak Hana

Bahan-bahan
UTK NASI

3 cawan beras -Saya guna beras JATI basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam(SUP) - bergantung jenis beras CB buh 3 3/4 cawan
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..) - saya tak letak
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia ketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr @ kiub ayam knoor
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk - saya tak letak
2 sudu besar butter
garam

Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP

1 ekor ayam size kecil
1 sk serbuk@kiub pati ayam knoor
1 batang saderi - potong (saya tak letak)
2 inci halia - ketuk
Air secukupnyer
garam
lobak asin.,aun bawang dan bawang goreng

Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

(SUP ayam ini ,diambil sebanyak 3 3/4 cawan untuk memasak nasi, buat sup dulu..n then baru masak nasi )

UTK SOS MERAH

3-4 batang lada merah* Cb buh 10 biji cili merah (buang empulur dan biji ) + 5 biji cili padi hijau
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri CB tak letak
2 sudu besar sos tomato - CB tak letak
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka - CB tak letak
1 sudu besar gula, sedikit garam + air
(CB tambah 1 sudu makan sunquick + sedikit perahan jus limau nipis + sedikit potongan halia)

blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.
(CB blend semua sekali, tak didihkan pun )



UTK SOS HITAM@KICAP

3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam

Campurkan semua. ketepikan.
( sos kicap ni pun ros tak buat) = samala CB pun tak buat..makan dengan kicap cair jer :)

UTK AYAM GORENG MADU -saya panggang
Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat ( CB letak kicap cair)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
(CB tambah serbuk kari ayam, bawang besar ,bawang putih , halia diblender dan perap pada ayam, kemuadian boleh la bubuh kicap cair, sos tiram, madu,garam)

Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.
( untuk ayam, ros cuma campurkan dengan sos yang ade kat rumah ni je, sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, kunyit serbuk, madu, gula dan garam, perap dua tiga jam terus goreng.)

Sunday, August 7, 2011

Puding roti marble




Resepi puding roti ni aku ambik kat blog Ciklinn. Terliur weh nengok puding roti mabel yg ditabur colekat rice itew dan hasilnya aku buat sebijik cam ciklin punya . Sebenarnya aku buat 2 version satu lagi mabel dengan kaler pink tapi belum sempat ambik gambar dah dibelasah oleh budak tak puasa.

Resepi kopipes dr blog ciklinn

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti- ciklinn buat 6 keping
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2- ni jumpa yg 10gm jerk. so humban jer 10gm... hihihih
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn- kalau suka manis leh lebihkn sikit..
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Thursday, August 4, 2011

Tips Mendidik Anak berpuasa

Puasa dah masuk 4 hari baru tehegeh-hegeh nak buat entry hehe. Tips ini untuk pedoman saya di masa akan datang takdelah tiap kali ramadhan baru nak cari tips juga bagi sape-sape yang nak latih anak-anak berpuasa.

 
Sebaiknya, had umur terbaik bagi melatih kanak-kanak mula berpuasa ialah pada usia lima tahun.. basically ini antara TIPS2 persediaan mental dan fizikal (mamafaiz.com)

  • Latih sedikit demi sedikit. Jika hari pertama anak anda berjaya menahan lapar dan dahaga separuh hari, keesokannya cuba panjangkan tempoh berpuasa sehingga 1 petang. Begitulah seterusnya sehingga anak anda berjaya puasa penuh
  • Beri penghargaan…. Jika anak berhasil menyelesaikan puasanya dalam sehari, berilah hadiah. tak semestinya dalam bentuk wang..saya yakin si kecil lebih mudah meneruskan ibadat berpuasa sepanjang Ramadan sekiranya ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.
  •  Memberi motivasi. “Anak yang masih kecil perlu disemai jiwanya dengan contoh teladan yang baik.Anak kecil sebenarnya mudah untuk dididik berpuasa. .maksud saya sebaiknya sediakan pelbagai program untuk mereka lakukan bagi mengisi masa terluang supaya tidak begitu terasa masa berlalu
  • Jangan lupa melatih anak niat berpuasa...kalau boleh..amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam..dgn cara ni..anak kecil akan lebih seronok 
  • Sediakan menu makanan berbuka dan sahur untuk anak sama saja dengan menu orang dewasa.dan if possible..hidangkan makanan kegemarannya
  • Kurangkan menonton tv..karang banyak sangat tgk iklan2 makanan..menggugat iman je..huhu
  • Jgn biarkan mereka yang berpuasa terlalu aktif bermain..
  • Beri makanan atau minuman yang mengandung gula (karbohidrat). Gula mudah diserap dalam tubuh menjadi sumber energi.
  • Pada malam hari, ada baiknya anak diberi makan lagi sebelum tidur atau pada saat-saat senggang di waktu malam.
  • Untuk sahur, perbanyaklah makanan dari jenis protein dan lemak seperti daging, nasi, telur, ikan, dan lainnya. Makin besar lemak dan protein yang dikonsumsi saat sahur, automatic..energi yang dimilikik oleh badan juga lebih besar/ Namun, jangan sampai makan berlebih takut karang sakit perut lak.
  • Berikan zat gizi tambahan seperti vitamin atau kalsium 
  • Kurangkan atau elakkan memberi makanan dan minuman seperti makanan yang asam, bersantan, atau pedas.
  • Perbanyak juga makanan serat (fiber) kerana membantu melancarkan buang air besar…dan ia juga membantu menghindari rasa lapar

Tuesday, August 2, 2011

Wawa- Puasa.

Memang patut paksa budak ni puasa sebab berat dia sekarang 23kg, kerja dia bila balik dari skul asik makan-makan-makan. Banyak baju & seluar dia yg dah ketat, in fact suar raya yg aku bli utk dia pon tak muat, nasib ada kawan nak bli.

1st day puasa oklah sebab dia cuti sempena sukan sekolah dia hari sabtu baru ni, so duk rumah blh mak aku monitor. Tapi mak aku tu cepat cair jadi  aku pon kejap-kejap call dia tanya makan ke tak..pastu suruh Anis jadi spy haha. Yang tak boleh tahan kejap-kejap ambik gelas nak minum, bila aku kata "mana boleh minum, kakak kan pose" dia buat buat muka tenuk.Patu dia dok ulang ayat "berapa jam lagi nok buka Ibu?" kalau ikutkan memang kesian tapi bab mendidik ni kena buang perasaan kesian lagipun dia bukannya terjelepok..aku tengok ok jer tengok ipin upin.

Petang tu bawak dia gi Bazar Ramadhan. Salah satu syarat yang aku bagi kat dia kalo nak gi bazar ramadan kena puasa. Bukan apa dia suka sgt gi bazar ramadan tu, nak bli mercun, bunga api nak bakor duit ibulah tu. Terpaksalah ikut kasi dia semangat sket nak puasa.

Tahniah kakak, 29days to go !!!!!




glitter-graphics.com

Last Comment