Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Thursday, August 26, 2010

Gambar anak-anak & Buku masakan K Hanieliza

Lama tak tepek gambar anak-anak kat sini. Cepat sungguh masa berlalu, tak sedar anak-anak dah besar semua.


Solehah yang agak bambam tapi still xleh jalan. Dah 14bulan tu.Tiga orang puteri saya.

Wawa
Sejak dia tau skrg bulan puasa, dan kena bangun makan malam-malam, asal terjaga je dia tanya saya "Ibu sahur dok lagi". Konon macam remind saya lah.How sweet anak Ibu sorang ni. Ada sekali tu dia terjaga dah pagi, suasana kat luar dah terang benderang cepat2 dia bingkas bangun tanya saya "Ibu, Ibu sahur dok lagi, ceroh doh ni". Risau je dia takut saya x sempat sahur hehe...

Anis
Anak ibu sorang ni bilalah nak besar. Dah macam2 multivitamin Ibu bagi, susu dia pon dah berapa kali tukar, terbaru ibu bagi sustagen plak, dengarnya ada pemakanan lengkap. cepatlah besar anak Ibu, Solehah nak pintas kakak Anis dah tu.

Solehah
Ini budak kan, dah masuk 14bulan jalan pon belum lagi. Panakut ya rabbi tapi kalo bab panjat memanjat laju plak dia. Sekarang dah pandai panjat grill, sabar je lah.

Ni plak buku masakan dari Chef Hanieliza, beli dengan Tuan dia boleh la murah sket.saya beli kesemua 15set buku , bakal jadi koleksi kesayangan saya ni.Sape nak oder boleh call K. Liza.Siap ditandatangan lagi tu.

Monday, August 23, 2010

Alhamdulillah...

Prof Muhd Kamil, Kak Roza, Anis, Wawa & Saya.

Pernah tengok buku ini? saya hinggakan termimpi-mimpi nak dapatkan buku ni tau.

Semalam (21.8.10) merupakan hari yang sangat bermakna buat saya, tak pernah termimpi pun untuk bersua muka dengan
Kak Roza dan Prof Muhd. Kamil, pengarang Buku Travelog Cinta Abadi dan Travelog Haji yang menjadi 'hot seller' hinggakan saya cari di mana-mana tak jumpa. Mungkin itulah yang dinamakan jodoh, jika buku itu boleh saya dapatkan di mana-mana, maka semalam tidaklah terjadi pertemuan yang tak pernah pon saya 'termimpi' ini. Catatan penuh hikmah dari penulis

Boleh baca kisahnya
disini. Terima kasih Prof, Kak Roza, atas layanan mesra, hingga tak terasa 'jurang' antara kita. Terima kasih Kak Junita, Azlina (harap mereka juga membaca) selaku Tuan Rumah yang manyajikan kami nasi kerabu berlaukkan ayam berempah, daging bakar, ikan celup tepung, solok lada, telur masin lengkap dengan sambal tumis, sambal kelapa dan air lada. Tak lupa juga disertakan sekali ulam-ulaman sebagai pelengkap selera. Juga ada kuih bakar, air soya & laici juga buah dokong sebagai juadah pembasuh mulut. Alhamdulillah banyak saya makan hingga tak tertinggal walau sebutir nasi pun. Tak percaya? Silalah percaya. Terima kasih semua, Allah saja yang dapat membalasnya.
Sebenarnya atas meja tu penuh dengan lauk pauk, tapi yang tak kelihatan itu sebenarnya lebih manis dalam ingatan.


Thursday, August 19, 2010

Roh di bulan Ramadhan

Ayahanda, semasa sambutan hari lahir Wawa yang ke-2
Ayahanda , Hari Raya Aidil Fitri 2007

Dapat emel ni dari seorang kawan...Teringat arwah Ayah Abdullah Bin Ismail yang telah pergi menemui penciptanya pada 3.Jan.2008. Moga Allah menempatkan Ayahanda bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah buat Ayahanda tercinta.

Pada kawan-kawan yang telah kehilangan insan istimewa. Bacalah...


"Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan. …….. Insyaallah…………

Tuesday, August 17, 2010

Disengat tebuan




Adolah... bukan aku yang kena anak aku yang kena ketik(sengat) tebuan malam tadi...asal hby out station jer ada kejadian tak diingini. Ujian dari Allah terima saja dengan hati yang redho kan.
Masa tu aku tgh tengok tv , Wawa plak baru sudah makan, masa dia nak pi basuh tangan la kot kena sengat tu.

Tetiba dia mai kat aku kata "tangan kakak kena bende wane itam" masa tu dia tak nangis, so aku agak tangan dia terkena 'sebarang benda' yang kaler itam, contoh cam hulu sudip yg kaler itam ker...so aku wat derk jelah.

Pastu dia stat nangis dah.."Ibu bende itam gigit tangan kakak" dengar jer perkataan gigit baru aku bingkas bangun gi tgk tangan dia...memula aku syak lipan...eii seraiu, takleh bayang caner budak kecik camtu kena gigit lipan.

Di heret tangan aku ke dapur nak tunjuk benda yang gigit dia tu. Benda tu dok nyorok belakang towel kitchen , sekali aku tengok tebuan, gelabah aku sebab seingat aku tebuan ni bisa. Ya Allah kesiannya anak aku.

Tanpa membuang masa aku ambik anak lesung terus tenyeh tebuan tu sampai lunyai. Tengok tangan Wawa dan mula bengkak, ada mata bekas gigit kat situ.Aku sapu minyak Afiat. Aku tengok keadaan Wawa dulu kalau teruk sangat menangisnya aku ingat nak call je adik aku ajak gi spital tapi aku tgk dia nangis biasa jer..takde meraung-raung.

Sekejap-sekejap aku tanya "sakit lagi ke kakak" "sakit lagi" dia jawab. "Sakit banyok ke sakit sikit" aku tanya lagi sebab aku takleh nak imagine caner sakit kena sengat tebuan ni. "Sakit banyok" dia jawab lagi. "Mana sakit denge sakit gigi" aku tanya lagi nak tau tahap kesakitan kena sengat tebuan ni sebab kalo sakit gigi aku dah penah rasa. "Sakit lagi pada sakit gigi" dia jawab. Aku pon usap-usap tangan dia, nak call mak aku nampak dia cam tak teruk sgt.Cuba call/sms hby tak berjawab. Ni mesti tidur tak hengat. Masa kejadian pukul 11.45malam.


Alhamdulillah malam tu takde plak dia merengek ke apa, so aku anggap dia tak alahan. Sebab mak aku penah kata kena sengat dgn benda bisa cani atas ketahanan badan gak, kalo orang tak alahan lepas sejam dah hilang rasa sakit dan bengkak.Aku tengok tangan dia xde bengkak sangat dah .Alhamdulillah.


Pagi tadi masa tgh sidai kain dengar suara Anis dan Solehah, intai ikut pintu tengok Wawa blom bangun. Kami pakat tido kat ruang tamu coz ekon dlm bilik rosak. Aik biasa Wawa bangun awal, tak sedap plak rasa hati. Cepat2 habiskan kje masuk rumah cuit-cuit lengan Wawa, ada tindaklabas.. tah apa2 jer aku pikir kan huhu.. korang penah ke rasa cam aku ni.

Thursday, August 12, 2010

Contact lense..

Salam and hi~start nk berjinak2 dgn color lense brand GEO dari KOREA.skang cume nak bagitau saya ada jual color lense, circle lense, animation lense dan crazy lens disini.brand geo dan boleh digunakan dari 6 bulan hingga setahun. Penjagaan rapi diperlukan dalam menjaga kebersihan lense.Jika masih baru dengan contact lens, sila dapatkan nasihat doktor kerana saya hanya tahu menjual tetapi bukan pakar mata.sekian masheh..hehe

Ni antara lenses yang saya jual. Sempena Promosi Pembukaan dan Ramadhan saya mengadakan 'Free Postage'. Click
sini untuk view serta oder.



LIST ORDER - BATCH 1 ... if ur order not yet listed plis let me know asap coz i only submit order to supplier from this list.Tq.

Linda - Fresh brown (3.25/3.50)

Rinna - CTS104 (2.75/2.75)

Wan Nor Adila - CH623 (0/0)

Ns - CM835 (0/0 ) Super size

Nur Farahhin - CM905 (0/0), Nudy light grey (450/450)

Zuera - CM902 (0/0)

Zila - CM902 (0/0)

Aya - CM902 (0/0)

** Blue means fully paid, Red means UOM

Last Comment