Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Tuesday, December 11, 2012

Cuti Cameron Highlands


glitter-graphics.com

Alhamdulillah di usia 34 tahun dapat juga menjejakkan kaki ke Cameron Highland, bumi yang terkenal dengan tanaman stoberi dan sayur mayur. Orang lain dah berbelas-belas kali pergi agaknya kan haha..

Catatan ini adalah untuk diri sendiri, keluarga serta sesiapa sahaja yang ingin ke Cameron Highlands dengan melalu jalan Gua Musang.

Kami memilih laluan Kuala Berang-Felda Aring-Gua Musang-Cameron Highlands untuk laluan pergi dan balik melalui Tapah-PLUS-Batang Kali-LPT. Info yang saya dapat di blog cheerisheverycherry sangat banyak membantu. terima kasih kepada empunya blog, Saya siap print lagi info yang saya dapat dari blog cheerisheverycherry.

Kami bertolak dari kerteh jam 8.30 pagi. Berhenti sarapan di Pekan Kuala Berang. Makan di gerai bersebelahan dengan sawah padi. Sangat nyaman. Alhamdulillah cuaca sangat baik, tidak panas dan tidak hujan, anak-anak pun Alhamdulillah tak banyak ragam. Kami hanya berhenti  utk buang air dan membeli buah-buahan yang banyak dijual di tepi-tepi jalan. Kami tiba di cameron Highland kira-kira jam 3.45petang.

Kerteh-Kuala Berang
Dari kerteh kami melalui jalan short cut iaitu masuk di persimpangan Kg Durian mentangau, terus melalui Jalan Jerangau-Jabor, kemudian melalui jalan Al Mukhtafi Bilal Syah-Bukit Besi terus ke persimpangan Ajil-Kuala Berang. Tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam.

Kuala Berang-Felda Aring 
100km, melalui jalan dr Kuala Berang ke Felda Aring. Perjalanan ni mudah, dan tenang iaitu melalui kawasan tepi Tasik Kenyir. Pemandangan cantik dan hijau mata memandang. Kami berhenti di santuari gajah. Di sesetengah kawasan, ada jalan mendap/runtuh, so perlu berhati-hati. Signboard sentiasa membantu. Tak banyak kereta yang lalu.kadang-kadang ada lori, or 4WD or kereta sebijik dua.

Felda Aring-Gua Musang
Total distance 70km. Melalui Felda Aring 1-10.
Dari Arah Timur, akan bertemu felda aring 10 dulu, then last baru felda aring 1. Jalan rezab felda, so mmg dah expect jalan sedikit tough.
Bila nak masuk felda aring 10, akan ada pondok polis bantuan. So, bila nampak ada polis bantuan, hati rasa lebih lega nak lalu jalan ni. Felda aring 10-7, jalan ok...one lane, macam jalan kampung.tp ok je.
Felda Aring 6, jalan mcm rally Dhaka sikit, lubang-lubang, lopak sana sini..kena bawa slow-slow je.
Felda 5-1 jalan ok je..sekali sekala ada lubang. Tak banyak kereta, cuaca sejuk and berkabus padahal almost 11am dah.
nak keluar felda aring 1, pon ada pondok polis bantuan..

Gua Musang-Cameron Highland
Total distance 142km.
Jalan sgt ok. Lepas keluar felda aring, ada station minyak shell, toilet pon bersih. boleh berhenti rehat kat sini. or klu bukan bulan puasa, maybe leh lunch dulu kat pekan gua musang.
Perjalanan ke CH, of course lah mendaki bukit. Jalan agak pusing-pusing, tp 2-3 lane mostly. Jalan elok, takde lubang, tak banyak kereta.


  • Perjalanan melalui jalan ni jimat 2-3 jam dari perjalanan melalui kuantan-kl. 
  • cuma kurang selesa sbb kurang perhentian dan jalan bukan highway. 

Tips:











  • Bersedia untuk kereta kotor 
  • Sepanjang Kuala Berang-Gua Musang, susah nak ke toilet. so tahan kencing la sampai ke gua musang. 
  • kalau lapar, bawa bekal siap2 dalam kereta, sbb dr kuala berang ke gua musang, takde tempat makan menarik nak stop. 
  • klu ada anak kecik, isi air paip byk2 dlm botol mineral..kot2 dia terberak, senang nak basuh sepanjang k.berang-gua musang
  • klu ada 4wD lagi best nak lalu jalan ni

Last Comment