Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Doa Pelembut Hati

Doa untuk melembutkan hati anak, isteri, suami atau sesiapa sahaja dengan tujuan dan niat yang baik. Juga boleh diamalkan oleh diri sendiri jika anda adalah seorang yg pemarah. saya lah tu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah
الفاتحة
Baca Ayat di Bawah:
لَوْ اَنْزَلْنَا هَـذَا اَلْقُرْآنَ.............الخ 
         ( di ruangan ……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri)

Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)

      1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ 
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"


Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 

Monday, December 6, 2010

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

BUAT KAWAN-KAWAN SEMUA...
SEMOGA KITA SEMUA TIDAK LUPA UNTUK MEMBACA DOA INI. SAMA2 LAH KITA MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN – TERAMAT RUGI JIKA KITA SEMUA TERLEKA.

KALAU TAK BOLEH BACA ARAB, BACALAH ERTINYA – LEBIH BERMAKNA UNTUK KITA FAHAMI.

SEMOGA KITA SEMUA DIAMPUNKAN.
WASSALAM.

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.




doa-akhir-tahun






Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


doa-awal-tahun




*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, November 22, 2010

Bulan hilang sedunia

Agaknya bulan november ni memang bulan hilang sedunia aku. Hari raya pertama ritu telepon aku ilang, pastu kunci rumah ilang, pastu semalam duit plak hilang. Duit takdelah banyak mana 50jer..tapi yelah duit gak kan...


Ni aku tengah pening dan mengharapkan miracle agar henpon aku tu dapat balik. Dalam memory card tu seme ada. Gambar, video anak-anak, reminder besday dan of courselah contact no kawan-kawan sekali dgn alamat, emel..semualah yg penting aku sumbat  dlm tuh...adolah rasa lembek loli kalu aku pikir. Henpon tu hadiah besday aku 21.10 baru ni, so masih newbie, kalau budak baru beranak blom habis pantang pon lagi. Aku belum beli lagi sim card baru.nak tunggu kot-kot jumpa telepon tu kan.No tu dah 3 tahun pakai.In case minggu depan tak jumpa gak aku kena gi  celcom mintak no yang same. Nanti dah settle semua korang tolong bagi balik no hp korang yer dan tolonglah doa-doakan henpon aku tu jumpe balik.


Ni aku ada jumpa doa dan cara mengembalikan barang yang hilang yang dianjurkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Aku paste kat sini jer.Moga bermanfaat gak utk orang lain yang kehilangan barang.


Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang


Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.


Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.


Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;


(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.


(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir



Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang- barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.




(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut


kaedah seperti berikut;
a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataann mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula

e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.


h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.




(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.


Sekian. Semoga bermanfaat.






*** Tq, sila datang lagi ***

Last Comment