Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Sunday, October 31, 2010

3 ketul gambar jer

Ni jer gambar yang sempat ambik masa kat Nilai. Kat KL x ambik gambo lansung. Kamera henpon jer katanya kan, so mud nak bergambo pon habis bertempiaran lari.


Gambo kapet, gambo komfeter, gambo mat bangla dan tok sekh pon tak sempat ambik.

Gila murah la barang kat sini, kalo aku wat bisness ni gerenti buleh kayo haha.




Budak yang sangat hepi dapat naik bas
Mak budak yang tak selim-selim
Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami

*** Tq, sila datang lagi ***

Thursday, October 28, 2010

Gambar Raya

Dah masuk bulan Zulkaedah baru terhegeh-hegeh nak upload gambo raya kan. Xceli gambar dah lama terperam dalam henpon tapi takleh nak upload
*** Tq, sila datang lagi ***

Wednesday, October 27, 2010

Dikala aku boring...

Korang buat apa kalau takde kerja? dah siap korek bawah tray atas tray, bawah meja atas meja, masih takde kerja nak buat.

Kalau aku, aku ske buka googles image...aku suka google gambar buah yang takde dalam Malaysia. Aku xsited nak tengok cemana gambar buah yang fresh, gambar pokoknya..menegak ke melata. Biasanya kalo 'keluarga berry' yang kita biasa tengok kat sini yang dah diolah jadi jem kan.


 
Raspberry
Blueberry

Cherry
Strawberry ...
Cranberries
Kemunting (Ini pon boleh masuk dalam kategori berry aku rasa hehe)


kalau buah-buah macam plum, pear, kiwi tu aku takleh imagine pokoknya macam pokok rambutankah atau pokok langsat. So inilah hasil yang aku jumpa.Tak dapat pegang tengok gambar pon jadilah. Mana tau ada rezeki aku gi overseas amin..amin...amin... takde jakun sangat aku tengok pokok-pokok ni semua kan.

Plum
Pir

Peach
 
 Kiwi O.. tumbuhnya seperti anggur juga berjuntai
Persimon(pisang khaki)
Epal..yang ni ramai dah tgk kan..kat Malaysia pon ada..tapi aku blom penah sampai

Eh nak layan citer Tom Sawyer la plak. Dulu tak penah miss tengok citer ni.



*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, October 25, 2010

POTONG...

Korang pernah ke kena potong..??tak pernah..baguslah
Aku.. nilah 1st time kena potong..sejak dok asing la maksud aku, masa dok dgn mak aku mana pornah kena potong-potong ni. Kalau ada tunggakan jer ayah aku dah menggelabah.


SEMALAM ELEKTRIK RUMAH AKU KENA POTONG LA...malu tak hahaha.


Bab2 bayar bil ni patutnya keje aku. Bukan susah, bayar online je pon..bukan kena gi beratur kat jabat pos..tu pon malas aku ni. Bukan malas tapi memang jenis dok cakne org ganu kate. Layan ym, fb dan mengapdet blog seharian boleh plak kan. Bil Astruk pon bila pihak astruk sms baru aku terkial-kial buka cimbkelik. Patutnya bil letrik, air seme ni kena ada reminder gak la...Orang2 macam aku memanglah memerlukan reminder ni. PENTING TAU!! hehe


Alkisahnya balik rumah semalam nampak ada kertas pink terselit kat pintu. Tak sedap hati dah ni sebab seminggu sebelum ni dorang dah selit dah tapi aku wat tak tau, see betapa 'tak caknenya' aku.(mean ni 2nd reminder la)..mmg takleh salahkan pihak berkenaan la.


On suis lampu(dengan harapan ada nyalaan) hampa, On kipas..pon sama..Lagi tak mau terima hakikat ..gi dapur buka esbok...gelap...pening sekejap, malu pon ada..matilah jiran2 aku tau api rumah aku kena potong waa.


Datang idea..TOING!!! laki aku kan kje letrik. nak suruh dia sambung la, dengan kata lain 'curi letrik'.


Aku : Bie, api rumoh kita kena potong la....wat suara sedih takut kena marah... hakhakhak

Hby  : Tu la..awok (takde perkataan ibu dah ni) ..berape bulan doh tunggok, bakpe dok bayor ...??

Aku : Oloh sebulan jer tunggok.Tienbi tu..sapa surat meroh jer terus potong (Padahal ni dah 2nd reminder. Harus aku kaver. Nak mati cerita kejadian sebenar.

Aku : Oloh.Abi  sambung la..Abi kan panda(bukan beruang panda yer) ...

Hby: Sambung tu memang buleh sambung, tapi kalu tienbi tau..saloh tu...
Macam aku tak tau bende tu salah.

Aku : Oloh malam ni jer..pagi2 esok abi potong la semula

Hby : Dokleh la Bu, saloh tu...kita tido rmh mok jelah malam ni...MUKTAMAD!




Nasib baik rumah mak dekat. Maka berkoyan-koyanlah kami anak beranak tido rmh mak semalam hehe.



  *** Tq, sila datang lagi ***

Thursday, October 21, 2010

Alhamdulillah bertambah lagi usia

Nak tulis apa yer sempena besday yang ke 32 ni???

Pertama-tama sekali nak panjatkan kesyukuran pada yang maha Esa kerana memanjangkan usia saya hingga ke hari ini.

Moga Allah SWT mengurniakan saya kesihatan yang baik untuk saya meniti hari-hari mendatang.

Moga saya menjadi anak yang solehah, isteri yang patuh, Ibu yang penyanyang dan dijauhkan sifat-sifat panas baran :p

Moga diberi  rezeki yang halal, dikekelilingi kawan-kawan yang budiman,diberi ruang dan kesempatan untuk beramal selagi nyawa dikandung badan.

Ya, Allah buangkanlah sifat-sifat tercela yang ada dalam diri hambamu ini, gantikanlah dengan sifat terpuji, rendah diri serta jadikanlah aku antara hambamu yang bersyukur.

Ya Allah, sehingga ke hari ini (21.10.2010, jam 9.05 pagi) saya memaafkan segala  salah silap samada dikalangan adik beradik, saudara-mara dan rakan taulah yang mana  saya pernah berkecil hati dengan mereka. Saya maafkan samada mereka pernah menyakiti, mengumpat, mencaci dan menghina saya. Saya ingin mulakan awal usia 32 saya dengan hati  yang bersih tanpa sekelumit dendam.Saya juga mengharapkan rakan-rakan diluar sana samada yang pernah bersua atau hanya berkenalan di maya agar sudi memaafkan segala salah silap saya. Peace no war !!!

(Ops sekejap....terima panggilan dr Hubby ucap selamat Hari Lahir..dah pukul semilan baru nak wish ye sayang. Terima kasih Hby, dalam kekalutan kerja, byk masalah kat site ingat juga hari lahir binimu ini.)

Panjang plak entry lahir saya kali ni. Dan pastinya entry yang paling skema yang pernah anda baca dalam blog ni hehe.


 *** Tq, sila datang lagi ***

Tuesday, October 19, 2010

Tips..Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Banyak artikel yang saya baca  tentang tips dan cara mendidik anak. Tapi tips kat bawah saya rasa paling kena dengan saya...Saya ni jenis Ibu yang kuat marah(cepat naik angin) bila berdepan dgn anak sampaikan suami saya pernah kata "Ibu ni nak suruh anak-anak faham ibu..." perli saya bila saya mengamuk kat anak-anak.
 
Alhamdulillah saya dah amalkan cara kat bawah ni. Banyak lagi artikel lain yang saya baca tapi saya ni jenis tak konsisten bila buat sesuatu.Mcm yg suruh bercakap dgn anak bila anak tido, yang panggil roh anak dan nasihatkan roh anak spy jadi anak yang soleh. saya ada buat dua tiga kali tapi kdg2 bila penat sangat kita tido dulu sebelum anak2.Bila dah mamai-mamai bangun tu takde mood dah nak bisik2, panggil roh anak bagai.
 
Tips  yang saya baca dibawah rasanya lebih senang dipraktikkan, Pada yang belum membaca, ambik masa sket utk baca.Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan Ibu bapa yang berjaya mendidik anak dunia dan akhirat. \
 
Note** - Saya siap printout dan tampal kat dinding rumah. Bila rasa nak marah jer jeling kertas ni.
 
 
Mengatasi masalah kuat marah pada anak buat renungan kita bersama..
Para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
 
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
 
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
 
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi. - Ini saya buat masa dalam kereta odw balik ke rumah pas ambik anak-anak kat taska.
 
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
 
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut. - Alhamdulillah anak saya tak pernah menjerit
 
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. - Buat jarang-jarang sekali
 
Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya.
 
 Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak.
 
Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan.
 
Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam. S


*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, October 18, 2010

Lombongan..apekah???

Anak aku si Wawa ni dah lama sgt nak naik bas. Asal tgk bas jer mulalah jerit2 ala histeria...
Kalo benti kat traffic light, kebetulan ada bas dok sebelah, mulalah dia melompat, menjerit "bas.!bas!!yey! yey!! nok naik bas", kalau boleh nak terbang masuk dalam bas. Kengkadang sambil memandu aku kesian tgk mak bawak anak2 kecik tunggu bas, tapi kes anak aku tebalik sebab anak nak naik bas mak tak bawak.(Makcik tunggu bas kita tukar anak nak ??hehe..) Ada ke anak-anak orang lain yang histeria tengok bas mcm anak aku. Yang pelik GBS dia tak layan plak...


Aku ni bukan apa, tak koser sesaje nak bawak dia naik bas. Nak kemana? dengan sape, bila? dimana? untuk apa? Dah gila ke aku ni haha...


Kat sini plak bas jenis bergerak dari satu daerah ke satu daerah bukan mcm bas kat bandar yg bawak round dalam bandar je. Nanti sampai ke hentian satu lagi takkan aku nak naik bas sama pusing balik plak. Kalo nak ajak laki aku lagilah. Aku kompen dan gerenti memang dia tolak masak-masak(asyik mentah2 je kan). Pastu terpikir tak sanggup aku nak bawak dia naik bas Tong Aik(sebutan to'ek). Tengok asap jer aku dah pening, hamboi kemain lagi kan...padahal dulu-dulu tulah kenderaan aku time nak gi dating .Eh aku nak citer pasal rombongan tadi kan hehe...

Sebenarnya 28hb 10 ni aku nak bawak Wawa naik bas.Nak gi lombongan dia kata.. bukan aku kata aku tak pelat okeh. Tu pon tak berapa tercapai hasrat dia sebab dia nak naik bas 2 tingkat. Kemain lagi, bagi wing nak drumstick kan. So jadual perjalanan adalah seperti berikut.


 Kerteh     -     Putrajaya       -     Nilai      -    Melaka       -      Kerteh




So sesape yang berada dekat2 dengan lokasi aku nak gi tu boleh la kita blind date (Sue ko kat Putrajaya kan? tak sudi ke cipika-cipiki dengan aku).


Lupa nak gitau aku gi dengan Wawa jer. En laki haruslan tak joint rombongan cik kiah ni, lagipun sape nak jaga anak-anak kan hehe...




*** Tq, sila datang lagi ***

Sunday, October 10, 2010

Puding kastad berkuah koktel


Lama tak tepek resepi . Hari ni saya nak kongsi resepi macam tajuk kat atas. Resepi yang gerenti jadi punya. Masa masak puding tu rasa mcm eh betul ke resepi ni sampai guna 2liter air.Masa kacau pon terpikir lagi..bilalah nak kental, rupanya bila tepung kastad berubah warna sekejap je masak. Resepi ni saya cilok dari blog Ummi Kuantan .Kak Ummi punya gambar puding lagi mabeles dan menggiurkan hehe. Ok ni saya tepek resepinya. Lupa nak bagitau puding ni saya buat untuk jamuan raya opis kawan dan masa jamuan raya sekolah Anis.mentang-mentang dah terer asik buat kue ni je kan hehe...

PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL


Bahan-bahan:-


Untuk Kastad:-
200 gm tepung kastad

2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal


Cara-Cara:-
Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan
Cara-Cara:-
Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.






Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan tp ummi xda ni..)saya x buh gak ni
1 tin buah koktel (ummi guna jenama Hosen)
Buah ceri ..saya x buh
Prune sunsweet (*akak x letak pun)

Cara Hidangan:-
Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...


*** Tq, sila datang lagi ***

Wednesday, October 6, 2010

Tukar devider lagi

Dah rambang mata nak pilih yang mana satu.Last-last pilih tiga kuntum bunga tengan main 'au cak' hehe. Sila bayangkan 3 kuntum bunga ni power puff gurl ku yang tengah dok mengintai sapekah pelawat-pelawat yang membuat lawatan ke belog mak beliau. Glamer juga belog mak aku ni rupanya yer.hahaha.Tak kelakar okeh.

*** Tq, sila datang lagi ***

Tutorial utk besarkan gambar

al


mula-mula korang p kt dashboard pastu cari settings - basic - post editor pastu klik updated editor pastu save setting

lepas tu cam biasa p kt new post...try tgk... nak hapdet gambar secara melambak pun ado... pastu klik gambar, akan kuar small, medium, large, x-large korang pilih la ikut mana yg korang suka

 ni pic large



ni plak medium
 


selamat mencuba dan beramal hehehe

*** Tq, sudi singgah blog Mokcik Tie ***

3 dalam satu

Catat sejarah, untuk hari ni saje blog aku ada 3 entry. @ entry yg pasal tuturial ni Pn Sue yang tolong wat. Kredit to Pn Sue.Me kasih yer tambah mencomelkan lagi blog aku. Ni aku dah pandai tukar deviders sendiri so aku try tukar yang ni plak. Meh kita tengok jadi ke tak.





glitter-graphics.com *** Tq, sila datang lagi ***

Tutorial daripada saya yang telah lama menyepi ini


ecehhh macam terrer kan...tapi tak kira nak gak kongsi,

mula-mula sekali korang;

pilih dulu apa-kebenda-motif-atau apa2-jelah yg korang nak sebagai menceriakan blog korang... klik je kt riben saya ni...pilihlah sampai juling yg mana korang berkenan...

lepas tu sila ke

dashboard - settings - formatting - post template


pastekan html code yg korang copy tadi... kemudian jgn lupa klik save...

untuk tahu menjadi atau tidak, korang p kat posting- new post... riben ni akan keluar tiap kali korang buat new post...

amacam ok tak? senang je...

utk tulisan bwh riben ***t!3*** saya plak saya buat camni

kalau korang nak buat lepas tepek code html td..terus letak apa2 perkataan yg korang suka..so tak payahlah tiap kali nak buat korang kena tiap..nanti mmg tiap2 kali korang hapdet akan keluar riben ni dan tulisan tu...


***t!3***

testing testing 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 !


salam semua,

saya tgh cuba letak riben nih! sesuai ke tdk eh??? lama tak merepek meraban dlm belog nih... makanya jadilah sesi godek2 sampai lebam! hahahaha


Last Comment