Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, September 26, 2011

Tiada tajuk








glitter-graphics.com

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI


Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!. 

Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangainya dan sikapnya kerana pergaulan dengan kawan-kawannya yang rosak akhlak. Mungkin juga kerana  masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita. 

Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.

Jangan berdoa minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya. 

Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Klik DOA MUSTAJAB di menu bar. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.

Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".




"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 

Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Nota:

Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan. 

Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.

Wasallam.
Anda mungkin juga meminati:

glitter-graphics.com

Wednesday, September 21, 2011

Apdet campur-campur

Malas betul nak update blog semenjak dua menjak ni. Gambar raya pon tepek kat fb jer.


Semalam adalah aku puasa. Puasa ganti hari terakhir. Dugaan sungguh sebab dari tengahari aku dok teringat kat makanan. Nak makan apa berbuka nanti, berat, ringan, appetizer, pemanis mulut.Bukan sama ke apperizer dgn pemanis mulut? belasah jer. Last2 buka gugel konon nak cari idea(bukan ide nak msk, idea nak bli). Tengok tepung bungkus nampak sedap, bubur kacang pun sedap, lepat liat sedap(padahal x pernah mkn), qasidah pon nampak sedap (padahal tak ske qasidah). kemaruk lebih dari budak-budak hehe. Tapi ni jelah yang mampu aku buat balik kerja semalam.(Mak aku yang buat sebenarnya keh keh). Masa tengah menaip ni pon aku tgh makan bubur kacang ni..nyum..nyum

Ni kek marbel aku buat semalam untuk jamuan raya Taska WawAnis. Kek ni agak kering pasal tak cukup butter. Hujan ribut semalam malas plak aku nak ke kedai. Biasanya kalau buat kek marble aku suka guna sirap tamin sebab bila dah masak kek wangi semerbak tapi semalam sirap pon abis jadilah kek aku ni kek hijau biru aje.
Posing tepi tiang

Kirim salam pada uniform ijau PASTI, hari ni kanak-kanak vitage pakai baju raye...

Thursday, September 15, 2011

Apam polkadot

Orang lain dah naik ke bulan aku baru terhegeh-hegeh nak buat jet hihi. Orang lain dah buat pavlova aku baru terkisut-kisut buat polkadot.






Resepi dari discussion board Kongsi Resepi FB- saya ambik dari blog Farah (Opiskecikku) . Nak tgk step by step click sini http://opiskecikku.blogspot.com/2011/02/step-by-step-apam-polkadot.html - Kredit to farah. .

Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasaPewarna

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Cara saya..

1.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)
2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu
3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga abis..

#Resepi ni blh menghasilkan 90biji apam tapi saya guna mangkuk kertas besar jadi dapat dlm 50pcs jer.

Last Comment