Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Wednesday, December 28, 2011

Orientasi

Sekarang nak masuk sekolah rendah pon ada orientasi ye, dua hari plak tu nasib baik wawa ok  kalo tak terpaksalah aku cuti. Dah la hari 1st sekolah nanti nak kena cuti lagi, silap-silap haribulan bos aku suruh aku berhenti je kje, jadi cikgu plak
Belajar rajin-rajin ye sayang
.

Kawan sebelah Wawa ni nama Anis.

Wednesday, December 21, 2011

Anak..oh Anak

My sweet flowerhorn
Dua minggu lepas Solehah jatuh tersembam, patah sebatang gigi depan.Memula aku ingat nak bawak ke klinik tapi sehari lepas tu aku tengok dia dah ok, bengkak dah surut aku pon biar je camtu. Last-last semalam mulut(gusi sebenarnya) dia bengkak balik. Dah macam flower horn jadinya mulut ank aku.

Bawak gi clinik, aku kena marah -marah sayang dek Dr, sebab masa kena tak terus bawak. Dr kata gusi dia bengkak, mulut takde apa-apa, cuma effectnya ke mulut sebab tu jadi moncong semacam. Dapat ubat surut bengkak, antibiotik dgn tahan sakit.Nasihat Dr lagi kalo pas tiga hari bengkak tak surut gak, kena bawak jumpa dentist.
Minum susu ni teringat masa sekolah rendah dulu slalu beli.40sen je sekotak
Sebab solehah hanya minus ASI, aku dinasihatkan oleh Dr minum susu dan makan buah banyak-banyak. Masa gi clinik tu aku blom breakfast, tapi memandangkan lunch break nanti aku nak balik bf Solehah, aku bantai gak makan buah. Takkan nak benti beli  masa otw plak, sempat ke bende tu diproses hehe. Ni ada sebijik lagi limau, rase tak tertelan dah, tapi demi anak terpaksa kuatkan hati.

Wednesday, December 14, 2011

Misteri darah dalam kereta...

Tengahari tadi aku balik rumah mak, ambik wawanis pastu balik rmh sendiri plak. Hari ni mood adalah rajin, jadi aku pon sediakan bahan untuk masak malam nanti. Bersihkan ayam, udaang, sotong, pastu siang siap-siap carrot, cauliflower, babycorn, saderi, cuma tomato tak potong lagi. Boleh agak aku nak masak apa?? yes betul aku nak masak tomyam. Ada sesiapa yang jawab dgn betul, nanti claim hadiah ye hehe...

Kul 2 masa nak hantar balik wawanis rumah tok dia, Anis ternampak darah atas plastik serek(plastik bag) kat tempat buh kaki seat depan. Masih baru sebab nampak cair je darah tu. Puas aku pikir darah apa. Sampai aku masuk opis tak dapat jugak jawapan. Aku mula pikir yang bukan-bukan,. Tak senang duduk plak aku. Kalau epal ker..atau buah manggis takde aku serabut sangat. Tiba-tiba baru teringat, sebelum balik tadi aku gi pasar beli ikan kembung yang mak aku pesan. PEK! tepuk dahi sendiri. 

Sebenarnya aku takde modal nk update blog.nak tepek gambo malas plak, padahal gambar berkepuk.

Sunday, October 30, 2011

Kuching day 3

Hari terakhir kami di Kuching kami jalan-jalan ke pasar Serikin. Serikin terletak di sempadan Malaysia Kalimantan.  Rata-rata yang berniaga kat sini terdiri dari orang indon, jadi boleh feeling-feeling berbelanja di Indon bila datang sini hehe.  Cuaca kat Serikin ni panas, jadi kami bertolak seawal jam 7.30pagi. Mujurlah hari kami gi tu cuaca redup tapi stil panas jugak sikit-sikit. Perjalanan dari hotel ke Serikin ni mengambil masa sejam 40minit. Budak-budak memang bantai tidurlah dalam kereta aku plak melilau tengok suasana kampung orang. Entah bila pulak nak sampai sini, harap ini bukan kali terakhir.
Ngantuk lagi baru 7.30pagi
Nak gerak ke Serikin

Pasar Serikin

Turuja tengok, kubeli satu acuan untuk buat benda ni

Paham ke nak ooi

Macam kat Indon kan hehe

Kereta sewa, sape nak aku ada no En saidin ni

Patung ipin RM10

Nak balik dah

Kuching Day 2 - part II

Agenda petang adalah makan-makan di Top Spot. Aku makan kat kedai nama ABC sebab tengok feedback pasal kedai ni macam ok. Kul 6 lebih kami turun jalan kaki menuju ke bangunan top spot yang kami boleh nampak dari hotel yang kami duduk tu. Portion makanan kat sini memang banyak. Macam mentarang tu aku ambik sepinggan kecil tapi bila bagi kat tukang masak dia kata nanti saya buat untuk dua orang makan.Sekali sampai sepinggan penuh. Sama jugak macam midin belacan. Time makan tu cakap dengan hby "semua makanan banyak ni, berapa kena ni" . Takut tak cukup duit.Hby bawak dua ratus, aku plak bawak seratus jer. Sekali time bayor kena RM109.00 tak termasuk air, sebab air bayar asing-asing
 Murah la kan sebab seafood dia segar, ikan bawal tu boleh rasa manisnya sampai hari ni hehe.
Bergambar dengan kucen sebelum ke top spot

My heart My soul

Bangunan top spot

Ambil gambar sebelum makan

Cubaan buat peace

Muka cuak sebab kena duk dalam bbseat

ABC top spot

Midin belacan, mentarang masak sos tiram, ketam bertelur, bawal putih stim dan udang masam manis


.


glitter-graphics.com

Thursday, October 27, 2011

Kuching Day 2 - Part 1

Hari kedua plan nak jalan-jalan sekitar Bandar Kuching jer tapi hujan rintik-rintik plak. Kami pon buat keputusan 'carter' je teksi yang ambik kitorang kat Airport semalam.
Mula-mula kami ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Kawan aku kata Mira kek lapis pon sedap gak tapi dah debar bawak ke sini aku pon malas la nak banyak songeh. Kalau naik bot dari tepi sungai tu tambang 50sen jer tapi sebab naik teksi bermeter aku tengok rate bila sampai sini dekat Rm40++dah.

Tengah tunggu Kereta Sewa

Kek yang belah sinun RM10 seketul

kek Lapis untuk 'tester' tapi bila dah 'test' banyak lagu ni aku rase semua same je

kek kat rak ni mahal sket RM20

Kami borong 2 kotak kek lapis jer

Sempat ke bahagian kek lapis diproses



Destinasi seterusnya ialah ke Semenggoh tengok orang utan. Perjalan dari tempat kek lapis Dayang Salhah mengambil masa  lebih kurang sejam. Nak tengok orang utan kat sini kira atas nasib gak la sebab orang utan ni dorang biarkan bebas.Time makan dalam kul 3 diorang akan panggil orang utan ni tapi kalau kata orang utan ni dah kenyang or takde mud nak beramas mesra maka takdelah rezeki kita nak tengok binatang yang juga dikenali dengan nama chimpanzi ni. Jumlah orang utan kat sini 20 ekor tapi masa kami gi yang kuar 4ekor jer tu pun kira nasib baik sebab kadang-kadang time guest datang takde sekor pon yang tunjuk muka.
Merakam memori di sini

Diberi taklimat tentang keselamatan semasa berada di sini
Orang utan paling beso kat sini kot

Tersampuk orang utan terus bergaya lagu ni

Monday, October 24, 2011

Catatan Perjalanan Kuching - Day 1


Sungai Sarawak
1st time menjejakkan kaki di Airport Kuching

Alhamdulillah kami telah selamat tiba di Kerteh ahad (23.10.11) jam 7.15pagi. Syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnianya telah mempermudahkan percutian kami.Oh ayat aku. Percutian aku ni bolehlah dikira main redah aje. Biasalah dengan 3budak comel nakal kadang-kadang apa yang kita plan tak menjadi. Ditambah lagi Solehah tak berapa sihat jadi aku berdoa banyak-banyak jelah moga sikenit ni tak meragam. Sebelum gi  aku dah usha tempat-tempat menarik, makanan, souvenir yang patut dibeli kat sana, jadi dalam kepala dah ada la point cuma tak buat itinerary, sebab semua bergantung pada keadaan cuaca, mud anak dan yang penting sekali aliran keluar hak..hak.

Kerteh  - LCCT - Kuching -

Part 1

Kami tiba di Airpiort Kuching khamis (20.10.2011) jam 9.00 pagi. Awal bulan 10ritu aku buking hotel Harbour View, tapi lagi seminggu nak berangkat aku cari info pasal hotel ni dorang kata bathroom dia takde hose(salur getah nak beristinjak apa seme). Mmg problem ditambah lagi dengan 3 budak kenit nak po-po..nak she-she, jadi aku pon kensel buking kat situ. Last minit cari hotel mmg sakit kepala nak-nak aku kena cari bilik yang ada queen or king twin bed. Alhamdulillah akhirnya kat Grand Margherita Hotel ni ada  1 lagi bilik duluxe twin. Petronas rate RM309/per day inc.breakfast. Non corporate rate 329 kalau tak silap. Hotel ni terletak betul-betul berhadapan dengan tugu kuching dan bersebelahan dgn sungai. Patutnya aku buking bilik yang mengadap sungai tapi sebab aku check-in awal (seawal 9.30pagi) jadi dapatlah bilik yang mengadap bangunan ajo.



Bilik kami. Nasib ada bath tub kalau tak haru juga budak-budak asik nak berendam dlm pool jer

20.10.2011 -
2.00 petang ~ Jalan cari makan, tapi tak jumpa kedai melayu. Akhirnya makan hartzchicken kat sarawak Plaza. Buffet style Rm 17 untuk dewasa dan Rm 9 kanak-kanak.(Tak sure rate nanti update balik). Boleh makan untuk tempoh dua jam. Berbaloi lah sebab makanan agak banyak satu lagi tak payah pening pikir menu. Habis makan singgah 7-E beli panadol kanak-kanak.Solehah makan 2 bijik terus aktif.

Mula - mula makan nasik

Pastu aku belasah spageti plak



Seberang sana ada kedai makan, kedai kek lapis


Waterfront waktu siang


4.00 Petang ~ Jalan-jalan lagi sepanjang persisiran waterfront, saje cuci mata, kat waterfront ini ada perkhidmatan bot, ada 3 jenis perkhidmatan. Bot Penambang yang tambangnya 50sen sahaja, bot Tradisional (Lan Berambeh tambang RM30.00dewasa) dan Sarawak River Cruise RM 60dewasa dan Rm30 kanak-kanak. Pilihan aku ialah yang no 3. No 1 memang takut nak naik dengan budak 3orang yang tak reti duk diam. No 2 dia jalan lewat dalam kul 6 gitu, nanti aku Isyak kat dalam sungai la jawabnya. Sarawak River Cruise tu dia jalan awal sket kul 5.30. Harga termasuk makanan ringan (kek lapis & jus oren) beserta
persembahan tarian.
Atas bot
Ruang bawah bot - booked only. Tak taulah berapa ratus lupa plak nak tanya
Subhanallah...cantiknya
Bangunan tempat bersidang yang memang wajib ambik gambornya

Suasana petang

Last Comment