Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Thursday, December 30, 2010

Terbeli barang curi..apa perlu dibuat

Ingat tak pasal entry INI. Waaa.... aku rasa aku dah terbeli barang curi. Budak yang jual tepon tu rupanya memang HOT kat kg dia...berapa kali dah kena belasah sebab 'naik rmh org' pastu dia memang suka kencing punya orang.. menipu tahap dewa..siap cakap mak dah meninggal..padahal mak idup lagi. Orang yang sampaikan info ni bagitau kalau sebut je nama dia memang orang kg. dia tau sangat..cerita pon tara guna lah.


Haritu dia pinjam motor abang aku..katanya nak gi beli rokok jer tapi sampai 2 minggu masih tak pulangkan..mak dgn adik aku ni tak kecoh sebab ingatkan dia takde transport jadi alang-alang takde org guna pon motor tu bagi jelah dia pinjam. Kisahnya nak terbongkar semua ni, jiran sebelah rmh aku adik dia sekampung dengan budak lahabau ni. Mak aku ceritalah lahabau ni pinjam motor dah dua minggu tak hantar, sekali dia kata budak ni dah kena tangkap polis sebab naik rmh orang. mak aku antara percaya dgn tidak, sebab dia ni kalau dtg rmh aku makan siap basuh pinggan, jalan tertunduk-tunduk punya hormat orang tua. Rupanya itu adalah lakonan semata-mata..nasib baik anugerah skrin dah abis, kalau tak boleh aku calonkan dia ni


Bertitik tolak dari itu,  aku pun bertukar profession menjadi PI..sah dia memang HOT..duit dlm rumah sendiri pon dia kebas, berapa kali masuk kuar lokap. Dan aku membuat kesimpulan tel yang dia jual kat aku ni pon HOT jugak, jadi macam mana yer..aku nak pulangkan tak tau tuan..aku nak guna memang takde hati dah...yang arif bijak pandai pasal hukum hakam kat luar sana tolong bagi sajession please........

Wednesday, December 29, 2010

Anis Warded

Kronologi Anis di wad 14 ~ 19 Dis 2010.


13.Dis.2010


1.45 tengahari ~ Lepas dapat surat dari Dr. Zakaria terus ke KMC. Sampai sana memang konfem msk wad sebab kena wat ujian darah dan x-ray tapi wad penuh pulak, so terpaksa bermalam di rumah Abang di Balok Makmur sementara tunggu pihak hospital telefon.



14. Dis.2010




2.48 petang ~ Dah selamat masuk bilik tanpa apa-apa check-up, sampailah sorang sister datang utk check suhu badan..39.9 darjah C, tinggi terus kasi cool fever satu buh kat dahi, satu kat belakang badan, pastu masuk ubat kot montot.




3.30 petang ~ Cek suhu badan turun sket jer 38 darjah C, masuk sebiji lagi ubat kot bontot. Sementara tu ibu dok jelum badan sebab ubat bontot tu mcm x berkesan je.
4.29 petang ~ Masuk bilik x-ray



4.50 Ptg~ Dr yang incharge Anis, Dato Dr. Hj Abdullah Zawawi bin Salleh masuk tuk monitor keadaan dia, suhu badan dah turun sikit tapi keadaan masih weak sampai nak bercakap pon x larat. Sedih sgt masa ni. Masuk bilik apa tah untuk ambik darah. Darah Anis dimasukkan dalam 3 bekas berasingan dan mengikut kuantiti tertentu...saya tengok dari A-Z memang x gerun sebab dah biasa, cuma biasanya saya yg kena ambik darah, ni tgk anak plak.Anis pon nangis masa Dr. masukkan jarum tu jer pastu dia diam jer..lemah x bermaya. Keputusan ujian darah paling lewat akan dpt pagi esok

Tengah tunggu nak ambik darah

Sempat ambik gambo ni jer, segan dgn Dr hehe
 Walaupun sakit masih semangat mengorek bijih hehe

8.45malam ~ Dr masuk (masa ni dah siap pakai face mask) bagitau keputusan ujian darah.Anis. katanya Anis kena jangkitan influenza B(Selsema burung). Kami berdua kena kuarantin dan pelawat kanak-kanak tidak digalakkan sangat datang melawat. Masa Dr datang bagitau ni Abang dgn sil aku, ank2 buah, Wawa, Solehah ada sekali jadi aku terus suruh depa balik.


9.15malam ~ Start ubat antibiotik




15.Dis.2010


Pagi-pagi Dr masuk terangkan pasal ubat yg anis kena makan. Demam, selsema, batuk, cair kahak & antibiotik (yg ni pakai inject). Pastu kena sedut pakai nebulizer setiap 4 jam sekali sebab dia ada lelah. Fungsi nebu ni ialah utk kembangkan paru-paru, so kahak dlm paru-paru tu akan kuar samada melalu muntah or penyahtinjaan. Anis x pernah sekalipun muntah pakai benda ni so aku agak kahak tu kuar masa dia berak la kot.


Keadaan Anis dah ok sket bila Dr start bagi antibiotik. Demam still on-off. Makan minum memang xnak harapkan air yg yg msk kot tangan dia tu jer..
Asik tido jer , susu pon taknak

16.Dis.2010


Kondisi dah ok sket. Dah nak makan bubur walaupun hanya 2-3 suap.


Minah ni ok jer bila pakaikan nebulizer ni, dengan asap berkepul-kepul tak banyak kerenah pulak dia. tanak bagi ibu pegang, nak pegang sendiri.



Dah stop masuk air. 3 botol masuk air.


Start melasak, cuba nak buang drip kat tangan sampai berdarah



Dapat sarung tangan baru, baek punya balut sampai ke jari jemari

17.Dis.2010


Dah bertambah baik. Muka dah tak pucat. Makan pon boleh tahan banyak. Ibu xleh dah ngecek makanan spital dgn dia, SIL yg tlg htr makanan. Thans K long(SIL) tlg basuh baju, tlg masak, tlg htr plak tu..Allah saja yg mampu balas jasa baik K Long.



Nebulizer 4 jam sekali
 
Mood bermain dah ada




Puas main dok tepi tingkap..agaknya dia pikir bilalah aku boleh balik ni
Tak culas makan ubat..i like
Masa ni pukul 8.12. malam. Dia request nasik pulak.. padahal dah makan bubur kul 6. Nasib baik ada kawan bgtau restoren Aliff kat depan spital ni dia htr makanan sampai ke bilik. Mtk no tepon dengan nurse tak sampai 10minit makanan pon sampai.


18.Dis.2010
Sangat gumbira sebab boleh discharge hari ni


Pinjam baju sepupu dia sementara Abi dtg bawak baju..tak sabar nak balik dah ni
Nebulizer terakhir sebelum balik








Video Anis makan ubat...abaikan suara latar ala2 doremon itew.


*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, December 27, 2010

TAG - PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com

Saya kena TAG dari  Pn Watie. Rasanya ni 1st time saya kena TAG sejak berblogger. TAGnya berbunyi PILIH THEME BLOG sw33darling.com . Saya pilih theme 'Lady Green' macam kat bawah ni.


"Saya pilih theme ni sebab nampak ada seorang 'Lady' tengah bertenet di situ dan saya rasa ia sangat seswai dengan imej tuan tanah hehe".





Saya tag 3 orang di bawah ini :-
Harap kawan-kawan sudi memanjangkan dan seterusnya memeriahkan lagi TAG ni. Untuk syarat-syarat sila click SINI

*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah dah keluar hospital

Terima kasih buat kawan-kawan yang mendoakan kesihatan Anis. Alhamdulillah Anis dah bertambah baik, aktif dan yang saya paling gembira nafsu makannya dah ok.

Hasil dari ujian darah Anis terkena jangkitan Influenza B. Bahasa mudahnya terkena jangkitan selsema burung. Merah-merah kat badan dia yang keluar setiap kali dia demam tu Dr kata sebab eczema. DR Hanie..terima kasih feedback comment pasal penyakit Anis tu, saya ni risaunya takut kurang sel darah putih ke apa ker.Nauzubillah.

Sedikit info yang saya ingin kongsi kat sini berkaitan Influenza.

INFLUENZA

Pengenalan Penyakit
-Influenza atau’flu’bukanlah demam selsema biasa kerana ia boleh menyebabkan berbagai komplikasi.
-Ia merupakan jangkitan virus akut yang bermula secara tiba-tiba
-Virus influenza di tularkan melalui sentuhan atau sekresi daripada pesakit. Ia ditularkan melalui semburan semasa pesakit batuk, bersin atau bercakap.
-Satu bersin boleh memindahkan penyakit ini pada 196 km/j,menjangkau jarak sejauh 6 meter dalam satu saat.
Punca Penyakit/Faktor Risiko
-Agen penyebab inffluenza ialah virus-virus:
  -Virus influenza A-menjangkiti manusia dan haiwan seperti khinzir,burung dan    kuda.
  -Virus Influenza B dan C biasanya menjangkiti manusia sahaja.
-Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah:
  -Individu yang berumur 60 tahun ke atas
  -Penghuni rumah orang tua-tua
  -Pesakit kronik seperti jantung,paru-paru,ginjal,asma, Diabetes    mellitus,imunosupresi akibat kanser atau kemoterapi
  -Kanak-kanak dan orang dewasa yang dirawat dengan aspirin

Tanda-tanda/Simptom
-Demam bermula secara tiba-tiba antara dua hingga empat hari
-Kelemahan badan yang berpanjangan dan ada kalanya berminggu-minggu
-Sakit kepala
-Sakit tekak
-Hidung berair
-Sakit otot
Langkah Pencegahan
-Vaksin influenza boleh memberi keberkesanan antara 70-90% perlindungan infeksi  klinikal apabila virus di persekitaran sama dengan jenis vaksin.
-Vaksin perlu diberikan pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatkan  influenza.
-Keadaan rumah atau bangunan yang sesak memudahkan lagi jangkitan virus dan ia  amat sesuai pada suhu udara yang sejuk.
Komplikasi
1)Paru-paru
  -dua jenis radang paru-paru iaitu:
  -pneumonia virus influenza
    *Wabak yang pernah menyebabkan kematian pada semua peringkat golongon           masyarakat
    *Apabila dijangkiti suhu badan tidak menurun,disertai batuk,sesak nafas dan      tubuh bertukar menjadi biru (sinosis)

  -Pneumonia bakteria sekunder
    *sering menjadi punca kematian bagi mereka yang berumur
    *ia menjejaskan sistem pertahanan pernafasan
    *pesakit akan megeluarkan kahak bernanah atau berdarah
    *Bakteria yang sering menyerang ialah streptococus      pneumoniae,staphylococcus aures dan haemophilius influenza

  -Penyakit pulmonori obstruktif kronik
  -Penyakit jantung, ginjal dan Diabetes
  -Radang telinga tengah (ostitis media)
  -Sakit otot kaki (miositis)
  -Sindrom Reye yang mengakibatkan bengkak hepar dan gangguan pada otak       (ensefalopati)
  -Jangkitan virus ini mengakibatkan kerugian dari segi produktiviti kerana    ketidakhadiran pejkerja serta kos perubatan.





*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, December 13, 2010

Get well soon Honey...

Dr Hani tolong saya....kot- Dr tau apa penyakit anak saya ni


Hari ni saya kje hap day, Anis kena admitt ler. Xceli dia dah beberapa hari demam, bukan dia aje, kami sekuarga terkena demam kecuali Hby. Saya, Wawa, dan Solehah dah ok tapi Anis masih tak kebah-kebah gak, so semalam bawak dia gi clinik Pak Ya. Anis ni dia ada kelainan sket, tiap kali demam badan dia akan naik merah macam lebam Lovebite .Bukan bintat-bintat cam gigit nyamuk tu, kalau yg tu org kata denggi kan.Nauzubillah. 

Memang saya perasan tiap kali demam bende tu akan timbul saya syak dia alahan ubat or alaham antibiotik. Semalam masa check-up saya tanya dr pasal merah2 kat badan dia ni. Dr. kata kalo rujuk hospital confirm masud wad tapi sebab masa tu dah kul 9lebih, dia srh saya bagi ubat demam dgn antibiotik tu dulu kalau takde perubahan Dr srh saya dtg klinik balik esok .Dia akan buat surat srh saya rujuk ke hospital.

Kawan-kawan doakan Anis cepat sembuh ye.


*** Tq, sila datang lagi ***

Wednesday, December 8, 2010

Backpack & Sling bags for toddlers

 
 
Sue
2pcs left





3pcs left
3 pcs left
Sue 





Iza

1pc left
Sold-Sue 
2 pcs left


Great for toddler's outings.
Space for a pair of clothing, a diaper, a milk bottle, small bottle & wipe cloth etc
Practical & in stlye
Measurement W27cm*D12cm*H16cm.
Sling can be adjusted till 110cm
RM29









Iza
Many
Dah









Linda Linda Backpack (Suitable for 2 - 6years)
Measurement W20cm x D12cm x H23cm
RM33


*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, December 6, 2010

Aku bukan penggemar minyak wangi..tapi..........

Kalau orang dah bagi tu ambik jelah ... 


Ni perfume laki aku beli. Murah katanya sebab duty free. Besday aku kadang dia ingat kadang dia lupa, hadiah pon kalo aku tak mintak memang takde. Tapi mujur jugak lagu tu, sebab besday setahun sekali jer... dan hadiah dia beli setiap kali dia out station abroad betul ke tak ayat aku ni haha...

(Bagi aku  kan perfume ni x best sebab bau dia lite2 jer, ala perempuan melayu terakhir boleh la pakai.jangan bagitau laki aku tau

Udeh dikasiin hadiah lagi mau ngobrol macem-macem, memang ngau tau diuntung ini perempuan kan haha. 


Ni je perfume yang aku pakai dari dulu sampai skrg. Nanti nak paksa laki aku baca blog ni lah . Mana tau tahun depan ada harapan dapat kan...


Jangan lupa kawan baca doa akhir dan awal tahun.Moga kita sama-sama dapat barakah. 

"SELAMAT TAHUN BARU 1432 HIJRAH"

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

BUAT KAWAN-KAWAN SEMUA...
SEMOGA KITA SEMUA TIDAK LUPA UNTUK MEMBACA DOA INI. SAMA2 LAH KITA MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN – TERAMAT RUGI JIKA KITA SEMUA TERLEKA.

KALAU TAK BOLEH BACA ARAB, BACALAH ERTINYA – LEBIH BERMAKNA UNTUK KITA FAHAMI.

SEMOGA KITA SEMUA DIAMPUNKAN.
WASSALAM.

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.




doa-akhir-tahun






Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.


doa-awal-tahun




*** Tq, sila datang lagi ***

Thursday, December 2, 2010

MAMALYNA'S CRABSTICK POPIA GIVEAWAY

MAMALYNA'S CRABSTICK POPIA GIVEAWAY
 
Ai dah rasa popia ni memang best, rangup di luar lembut di dalam. Sape-sape tak cuba rugi tau.
 
Meh la reramai joint giveaway ni..click SINI untuk penyertaan


  Tarikh tutup : 15 Disember 2010
(wedding annivesary kami yg ke3:D)

Last Comment