Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Sunday, February 27, 2011

Kakpah's Give Away

Jom pakat masuk KAKPAH'S GIVE AWAY. Sesape nak kenal Kak Pah click SINI. Nak tau lebih lanjut pasal GiveAway ni click SINI PLAK. Hadiahnya sangatlah lumayan.Tac caye tengok kat bawah ni



Syaratnya mudah:
1.  Buat satu entry mengenai GA ini.
2.  Copy gambar di atas dan letak di sidebar anda selama GA ini berlangsung.
3.  Tag tiga orang kawan anda.
4.  Tinggalkan link anda di dalam kotak komen untuk kakpah datang melawat.
5.  Terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang menjenguk di sini.

Tarikh tutup GA adalah pada 12 Mac 2011

Hadiah berupa:

Pemenang pertama:

 Kain bewarna perpel yang boleh dijadikan maxi atau baju kurung moden.

 Pemenang kedua:

 Beg yang boleh dibawa ke surau@masjid buat mengisi telekung. Boleh juga dibuat untuk kegunaan lain.


 Pemenang ketiga:


Apron yang boleh digunakan semasa anda bersilat-silat di dapur.


 Pemenang keempat:

Juga sehelai apron yang boleh digunakan semasa anda bersilat-silat di dapur.(ooops.. malas nak iron)


Pemenang kelima:
 Bekas tisu


Pemenang keenam:
Juga bekas tisu.

Good Luck. 
Itu saja senang kan. Untuk GiveAway ni saya telah tag tiga orang di bawah untuk menyertainya.






glitter-graphics.com

Thursday, February 24, 2011

Tiket Murah Air Asia - BIG SALE: 1,000,000 seats up for grab now!



Jom booking tiket Air Asia murah. Thanks to Sue yang bgtau pasal tiket murah ni.













^
I
I
Click link di atas untuk booking

Tuesday, February 22, 2011

Bapat juga merasa BE










Kesian kan, orang lain dah berapa tahun dapat BE aku hari ni baru merasa  Walaupun baru ada satu BE dan income baru rm 0.20 tapi syukur alhamdulillah. Dulu jakun jer cemana rupa BE tu . Aku rasa silap aku gak nape nuffnang baru kasi BE. Sebelum ni aku hanya install satu je nuffnang tu pon kat sidebar.Tuk header dan between entry aku tak reti. Dulu ada kawan penah install tapi sekali aku tukar template blog habis hilang. Nak mintak dia buatkan balik malu la pak.

Ada gak aku tanya kawan2 yg dah pernah merasa BE ni, pasal sampai skrg aku tak dapat. Tak terfikir plak sebab-musabab di atas tu.

Hari ahad baru ni aku dok godek2 cara pasang 3 nuff dan setelah berhempas pulas berjaya lah jugak. Senang jer rupanya nak cari tempat tuk copy paste code tu..just click ctrl+f. Sebelum ni bende ni lah yg jadi masalah sebab aku pening tengok byk sgt coding. Sekali bila dah reti buat aku rasa nak volunteer pasang nuff kat blog kawan2 plak hehe.

Monday, February 21, 2011

Proses Pembelajaran katanya

Mencabar juga rupanya melayan kerenah budak tengah membesar ni. Betul la aku baca dalam buku, kanak-kanak seawal usia 4 tahun macam-macam benda yang dia nak tau Kadang-kadang boleh hilang sabar juga dibuatnya bila dia tanya soalah ala-ala 'bangau oh bangau'. Ni antara soalan-soalan mencabar minda dan kadang-kadang buat aku nak tergelak yang budak wawa ni pernah tanya ...# Ibu, Tok(nenek) tu bujang ke janda? - Ni tak tau dia dengar kat mana perkataan bujang tu, kalo janda tu aku syak dalam tivi.# Bakpe si'anu' to comel tapi dok kawin lagi, si'anu' ni huduh tapi kawin doh - Dia beranggapan org comel mesti kawin, org huduh tak payah kawin, yelah huduh kan takde org nak. Ni cemane aku nak x-plen, takkan aku nak bahaskan isu 'Jodoh ditangan Allah' dengan budak umur 6 tahun. # Ni berkaitan dengan mati. Kenapa nyang(moyang) tak mati lagi padahal dah tua -Yang ni senang sket aku nak terangkan kat dia. Budak baru lahir pon mati, orang besar ada yang mati accident. Tak semestinya bila tua baru mati. Nanti kalo gi melawat kubur Tokki dia aku nak tunjur kubur budak kecik kasi dia tengok.#Ni paling tak boleh blah. Ritu aku makan kat luar. Masa akak tu ngah ambik oder boleh dia oder kopi janda..terkesima kejap mak.Pengaruh iklan sungguh la budak ni.
Banyak lagi soalan-soalan yang boleh buat aku gelak sorang-sorang bila ingat balik. Oh ye ada satu lagi. Ritu dia tengok Abi dia nak solat. Sedang molek kawan tu hampar sejadah dia kata. "Abi nok smayang ker, gi smayang sejid nung". Terbeliak bijik mata laki aku dibahasakan anak suruh solat kat masjid haha.   

Wednesday, February 16, 2011

Doa Pelembut Hati

Doa untuk melembutkan hati anak, isteri, suami atau sesiapa sahaja dengan tujuan dan niat yang baik. Juga boleh diamalkan oleh diri sendiri jika anda adalah seorang yg pemarah. saya lah tu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah
الفاتحة
Baca Ayat di Bawah:
لَوْ اَنْزَلْنَا هَـذَا اَلْقُرْآنَ.............الخ 
         ( di ruangan ……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri)

Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)

      1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ 
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"


Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum. 

Thursday, February 10, 2011

giveaway "mama,saya mahu ini"

Cuba nasib joint giveaway ni



Nak joint sina click  SINI . Giveaway ini akan berakhir pada 28 Februari 2011 dan pemenang ditentukan menggunakan kaedah algoritma melalui www.random.org.

Wednesday, February 9, 2011

Kek coklat tanpa telur

 Selalu sangat nak buat kek coklat tapi tengok-tengok telur takde, telur org tu adalah tapi takleh plak nak buat kek..hakhakhak dah acap kali jadi lagu ni aku pon godek resepi kek coklat ni. Memula mcm pelik sebab buh air kopi, cuka bagai tapi tengok Pn dayangjack masterchef buat ok jer aku pon  folo jerlah. Hasilnya..hmm memang tak mengecewakan. Lembut, basah, terasa kecoklatannya.

Nak tengok kek tuan empunya resepi click blog dayangjack

KEK COKLAT TANPA TELUR { 5 } by dayang Jack

Bahan-bahan : loyang kecil
* 1 cawan tepung gandum*
* 1/3 cawan serbuk koko hitam* -Saya guna vochelle
* 1 sk serbuk penaik*
* 1/2 sk soda bikarbonat*
* 1/4 sk garam
* 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
* 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung - saya guna minyak masak jer
* 3/4 cawan air kopi panas
* 1/3 cawan susu segar
* 1 sk esen vanilla
* 1 sk cuka / jus lemon - saya guna cuka

Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Wednesday, February 2, 2011

Barapa jauh jarak ke pejabat??



Aku pegi masa lunch jarak adalah dalam 40km. So aku congak pegi balik sempat kot. Tu pun aku bawak laju  120km/j. Bagi aku laju la sebab biasa aku bawak 80-90km/j jer. Ngam-ngam la kiranya pegi bali 80km aku bawak sejam. Tak termasuk benti makan tengahari rmh dia.

Dalam perjalanan tu aku terpikir. Macammana orang yang opis jauh giler gi kerja?Pukul berapa bertolak? Pukul berapa bangun?Ada sorang sepupu aku duk kat Dungun tapi kerja kat Kerteh. Kalau aku rasanya memang  tak kerja dah sebab aku x suke drive, nak-nak kalu rutin. Kalo jadi co-pilot ok..nak gi sampai Zimbabwe pon takpe. Tak boleh bayang aku kena tempuh perjalanan 1/2jam pergi dan 1/2jam balik setiap hari. Mau aku drive sambil tido. Aku ni jarak dari rumah ke opis adalah dlm 5 minit, tu pon lama sebab ada traffic light, kalau jalan lurus jer harus 3 minit dah sampai. Sebab tu kadang-kadang opis hour kul 8, tapi kul 8 aku baru gerak dari rumah.

Aku respek la org yang  pagi-pagi dah meredah embun menuju ke tempat kerja yang jauh demi mencari sepotong ciskek sesuap nasi.

Note : Sape yang jarak dari rumah ke pejabat lebih dari 30km sila angkat tangan...Eh Ron97 naik lagi seposen kan kan? Kesian kat orang yang kje jauh-jauh..duit habis bayar minyak je kan.



muhasabah


Tengok youtube ni kat sini. Rasa terkesan sangat dan nak share dengan kawan-kawan.Marilah sama-sama kita menuju ke arah kebaikan.

glitter-graphics.com

Last Comment