Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, January 31, 2011

Memang tak berkat

Ingat tak pasal entry INI dan INI. Memang btol tepon ni tepon curi aku rasa. Sebab tak semena-mena tel ni dah jahanam. Takde ribut, takde taufan apatah lagi tsunami, tetiba jadi 'hang'. Dah 2 hari aku hidup tanpa henpon. Perasaan?? Owh sukar digambarkan. Rasa macam hidup di zaman purba. Alahai macam la lahir-lahir je terus pakai henpon kan. Cubalah imbas kembali zaman-zaman dok bergayut kat public phone tepi jalan sambil nyorok takut abang aku nampak.

Sebenanrya memang niat aku tanak pakai dah henpon ni lepas hati aku berat kata ni henpon curi. Tapi belum sempat beli baru, maklumlah awal tahun dengan pendaftara dan yuran taska anak, daftar kafa, uniform itu ini, walaupun baru tadika tapi makan riban-riban gak tuk 2 org. Dalam aku dok berkira-kira nak cari pengganti, dia dah merajuk dulu. Nasib baik semua data simpan dalam memory card kalo tak nangis aku tau.

Harap tahun 2011 ni takde lagi igauan buruk aku berkaitan dengan henpon . Tahun lepas seingat aku  4  bijik henpon aku pakai dan semua berkesudahan dukacita.



glitter-graphics.com

Thursday, January 27, 2011

Blogger disaman 6juta RM

Takut aku baca.. Blogger kena saman 6juta RM bukan rupiah okey, pasal komen makanan kat sebuah restoren tak sedap. Pasni kalau makan kat mana2 pastu tak sedap duk dendiam yer. Kalau nak kutuk pon stakat dengan laki-bini jer. Off-record.

Ni kalau kena saman camni nak bayo guna apa ni..?? nak harapkan duit nuff patpuluh tahun pon blom tentu cukup. Jadi berhatilah kawan-kawan dalam berbicara kat blog. Kalau nak mengumpat or mengata tu kan janganlah terang-terangan, lite-lite dah la yer haha.

Click link bawah nun kalo nak tau rest mana yang saman blogger tu CLICK.


Tulisan merah lagi tu. Sharing is caring, rite!

Monday, January 24, 2011

Snow Prince

Sebenarnya bulan ni aku langgan pakej box office sebab nak kasi Wawa tengok citer Magika.Sebenarnya aku yg nak tgk hehe...Tapi kan hampeh..ank aku bo layan citer tu.Aku ingat dia ske tengok citer animasi yang banyak lagu camtu..nyanyi-nyanyi bagai,  tapi non ado... Aku plak yang sekejap-sekejap "kakak, kakak, tengok ni" paksa dia tengok bila ada scene menarik...nampak sgt aku yang konsentret tengok kan.

Ok, ok nak citer pasal Snow Princess ni..Tetiba ank aku ske tengok citer ni. Aku rasa dia kenan kat hero lelaki kenit yang belakon jadi Sota tu. Tengok sampai nangis-nangis masa part Sota dengan anjing dia (lupa nama apa) mati dalam salji. Masa scene yang Sota menangis sebab duit dia dikebas penyeluk saku, pon dia nangis.Amboi kemain lagi ko nak..tengok Sota nangis ko pon nangis sama. Kalau mak ko cubit, jengil-jengil mata siap bagi amaran keras sebab degil sikit pon ko tak nangis kan. 

Tapi kan citer ni bagus jugak la, sebab banyak unsur pengajaran. Aku pon sempatlah selitkan kisah teladan kat dia "tengok tu kakak, dokleh gi sekoloh, kena kije sebab tadok sen, makan nasik pon dege telo metoh jer(Mmg ada pon Sota dgn datuk dia ni makan telo mentah) kakak nok jadi gitu?"aku tanya. Satu lagi aku suka masa datuk Sota kata 'kita jangan berdendam dengan orang, sebab itu akan buat hati kita tak tenang' lebih kurang camtulah ayat dia. Masa duit Sota kena kebas tu pon datuk dia tak marah. Dia hanya kata 'mungkin orang tu lebih perlukan duit tu berbanding kita'. Walaupun itu cuma cerita tapi alangkan bagusnya kalau kita dapat serapkan dalam hidup sehari-hari.

Aku rekemen la citer ni utk korang tengok, sebab citer jepun kan watak dia lembut, sopan. Nak-nak mak si Soya (Heroin pompuan)kalaulah aku boleh jadi lembut dan baik mcm dia dalam menangani kenakalan anak-anak haha!! Click sini tuk sinopsis


Thursday, January 20, 2011

Terbaru dari ladang


Alkisahnya tengahari tadi masa nak kuar lunch masuk je kete tetiba ternampak beg Wawa kat seat sebelah pemandu..alahai budak ni tertinggal beg lagi. Baju utk transit seme ada dalam tu, jadi bergegas ke sekolah dia..nasib dekat jer..dlm 3 menit dah sampai. 

Sampai sekolah sedang molek budak-budak ni tengah mandi...Cikgu bagitau Anis muntah, badan dah panas sikit. Saya pon decide bawak balik takut melarat susah pulak. Memula ingat nak hantar rumah mak sementara saya balik kerja, tapi memandangkan hari ni balik kul 4, terus bawak balik ke opis..2 jam je lagi kan.
Kasi makan dulu kenyang-kenyang
 Suruh buat homework plak, tupun sekejap-sekejap saya kena jerit, sebab budak ni bising sampai nak wat kje pon tak fokus.
Buat kira-kira sambil ditemani abg spaideman.

Selamat Hari Thaipusam!!!




Aerebics...Tolong saya


Ini rupabentuk saya sekarang. Spare tayar melendut macam apa dah. Gambar 1st day erobik..kita tgk 2 bln dr sekarang, kot2 lebih teruk dari ni jer hehe.

Sape 'pengerobik' tegar kat sini??  Tolong saya jawab pemasalahan saya ni. Sebenarnya saya baru jer joint erobik, baru dua kali gi je pon tapi tiap kali pas abis erobik nasfu saya terhadap makanan dan minuman adalah mencanak-canak. Masa gi erobik tu memang x bawak bekal air takut pancit, jadi balik rumah mulalah togok air tak hengat..gedeguk..degeguk... dan makan pon x hengat jugak. Ini normal ke?


Rasa macam tak berbaloi plak bererobik, sebab lepas tu mesti bantai makan mcm orang kelaparan. Sape-sape yang tau tolong bagi nasihat adakah ini normal atau paranormal? ke mula-mula je gini?







Sebelum berundur saya sajikan gambar patin tempoyak yang takde kena-mengena dengan tajuk hehe. Owh shedapnya ikan patin..lupa sekejap mood tengah berdiet



glitter-graphics.com

Sunday, January 16, 2011

Makanan sejukbeku




Jadi sebagai ibu yang prihatin terpaksalah ibu berfikiran kretif membeli 4-5 jenis frozen food ni, asal anak mintak je ada..tinggal goreng atau kukus aje. Kan best kalau ada pintu ajaib maca doremon tu hehe. Susah juga rupanya nak cari makanan frozen yg dibuat oleh orang islam. Kalau tengok kat pasaraya besar pengilangnya banyak yang cha ya nun alif. Nak-nak kalau pau kan. Cari punya cari jumpa lah produk keluaran Habibah. Ada karipap, donut dan pau pelbagai inti. Pau Habibah ni sangatlah gebus, makan 4 butir pon dok kenyang lagi

Wednesday, January 12, 2011

Akhirnya...


AKHIRNYA.......Semalam aku telah berjaya mengawal nafsu serakah untuk tidak makan malam. Kalau nak tau orang belah Ganu ni memang makan malam lewat. Family aku dinner adalah pukul 9 -11. Kul 11malam boleh bantai nasik lauk ala-ala kampung katanya iaitu ikan panggang & budu. Depan rumah plok ada pokok jambu golok dok payoh masuk kampung cari ulang. Mende lagi nasi sepuyuk tinggal kerok ah jawab die. Mana boleh tahan tgk org makan nasik lauk budu..orang2 hok makan budu taulah macam mana godaang dia tu.

Semalam makanan terakhir masuk perut aku adalah pukul 6.30. Makan kuetiau goreng+ayam goreng+air nyor beli paso malam. Pukul 8.30 keluar gi bli barang dapo, tahan perut dan mata tgk orang makan(Aku jeling jer kedai Kuali yang kalo setiap kali aku gi mmg tak miss makan char kuetiau.Gulp) SYABAS BETE.. Dengan anak2 dan laki sekali tak makan. Aku suruh dorang tapau jer.

Harap2 lepas ni aku boleh kurangkan 9kilo ..bukan banyak 9 jekan. Untuk menahan godaan makan lewat malam, pas solat isyak terus tido dan paksa anak-anak tido. Dalam tengah tido tu kalo rasa nak kencing(memang kena turun ke dapur sebab bilik xde toilet) agak2 org tengah makan tahanlah dulu kencing tu, tunggu dorang habis ..punyalah hazaaaaaaaaab nak menahan godaan.

Nota utk diri sendiri : Tiap kali rasa nak melantak(sebab aku kalo makan memang 2-3pinggan), sila baca entry ini sebagai motibasi...Harap dapat menten.

 Jom cek BMI..
Tinggi aku 145..patutnya berat 45-50..ni aku dah 52..Target aku ialah 43 ...

~~Selamat maju jaya untuk diri sendiri & kawan-kawan yang tengah berdiet~~

Monday, January 10, 2011

Nasib si ikan jebong





Korang semua dah dapat hafal ke apa makanan spt. ikan, sayur, binatang, kue, nasik, seafood, western etc2 yang laki korang makan atau tak makan? nampaknya aku belum pass lagilah.  Stakat ni yang aku tau laki aku, memang tak makan organ dalaman binatang. Pastu kalo spesis ikan macam ikan duri, dukang, lolong(uji rashid) pun dia tak makan. Ikan duri tu dia tak makan sebab dia citer zaman dulu2 kan org wat jamban dalam baran/paya (yg bila berak boleh nampak ta*k jatuh) dia kata masa tu ikan duri berlumba2 datang. Laki aku ni orang laut so dia sempat merasa la zaman berak dalam baran apa seme hehe.


Panjang plak mukaddimah. Sebenarnya nak citer semalam aku terlebih rajin so plan nak masak pas balik kje nanti nampak sangat hari-hari lain tak masak kan  .Dok tanya pendapat kawan2 kat Fb Dr hanie suggest siakap msk stim. Maklumlam musim minyak payah nak dapat ni kita stim-stim aje, moga mata laki kita pon stim bila makan. Balik kje terus singgah tepi pantai nak beli ikan segar katanya tapi siakap takde plak. Yang ada selayang, selar, aye yg tak berapa segar, yang ok aku tengok ikan jebong jer. So aku beli selayang 1/2kilo, selar 1/2kilo, jebong sekor angan-angan nak masak merah.


Sampai rmh mak aku(tiap2 petang mesti singgah rumah mak) sementara nak bersihkan ikan baru teringat nak tanya laki dia makan tak jebong. Macam x sedap hati jer sebab seingat aku, aku belum pernah beli ikan ni. Jadi SMS laki jap..


aku - Bi makan dok ikan jebong?
laki - Dok makan


Dalam hati, betul ke dok makan ni.Pelawok ke aku la tu. Call la senang..


aku "Bi sungguh ke dok makan ikan jebong?"
Laki "Dok makan, dok payoh beli la"
aku "Dok payoh beli apa..beli doh ni..tengoh nok basuh...bla..bla...doh guane? Mengharapkan En Laki kata dakyoh masok ah mlm ni, kita makang keda hehe..
Laki "M..ikutlah mana-mana pong" tawar hati sebab tadi aku sms kata nak masak.


Kesian plak kat laki. Nasib baik tadi aku ada beli ikan selayang dengar selar. Malam tu aku masak singgang ikan selayang, celur kangkung yg tanam kat belakang rumah, goreng ikan selar & telo dada utk budak-budak. Kalau dah ikan singgang bertemu celor kangkung pelengkapnya mestilah budu. 3 pot aku masak nasi tinggal sket jer. Laki pon berapa kali kata lama dok makan lauk budu..Dalam hati aku.. apalah salahnya kata..pandai ayang abang pilih lauk. kenyang abang makan ...Sampai matilah laki aku takkan kata macam tu..Tu ayat masa zaman mee cintan je tu.


Oh lupa nak citer nasib si ikan jebong tadi. Aku takdelah buang, aku kasi kat mak aku. Lepas ni kena tambah satu lagi dlm pale otak ikan yang laki tak makan. Buat list la senang supaya lain kali tak berlaku kejadian tak diingini. Tak diinginilah sangat kan haha.






Duri


Dukang








glitter-graphics.com

Wednesday, January 5, 2011

Mari belajar membaca

Gambar budak yg dipropaganda 'belum pandai membaca'
Gambar masa krismas baru ni..demam tapi nak gak gi soping


Walaupun kakak makan banyak, tapi kakak tetap diva dihati Ibu.

Dalam dakapan ibu terchenta

Susah hati anak umur 6 tahun masih tak reti bace?? Ko dulu  darjah 2 baru pandai bace mak ko takde pon nak rotan, tambat bawah pokok ke hape. Ni bila sampai giliran anak ko, umo 6 tahun  takleh baca lagi ko dah nak meroyan. Rilek la mek Tie (entry ditujukan utk aku hehe...)

Bukan meroyan ke apa..tapi bila dengar sidia bercerita anaknya umo 4 tahun dah pandai baca(taktaulah bace sokkabo ke baca ABC)  ada gak ler perasaan sentap disitu. Anak aku umo nak masuk 6 tahun boleh baca yg dua sukukata jer..tupon masih tunggang tebalik .

Bila aku imbas kembali AJL..Macam mana anak nak pandai. Banyak sangat ajaran sesat. Ni version laki aku ajar wawa membaca

"Kakak eja ayam" kata laki aku

"a..aaa..yam..yamm...ayam...Ayam" 

"Saloh laaa..." kata laki aku .."Abi masa kecik dulu, eja ayam gini"

Aku jeling dia ..mula nak ajar ajaran sesat la tu..























































"a..aa...keok..keok...ayam"



















"i..ee...pak..pak...itik "



















"el..em..boh..boh...lembu"





















"Abi...doh la tu...!!!"aku jerit..jerit histeria.

















 Nota b/b : ada sesape nak anto anak tusyen dengan laki aku. Fees adalah free hehe





























Tuesday, January 4, 2011

MeROTI

Roti sebelum dibakar(Kalo tak tunjuk kan korang kata aku tipu lak..)Ada aku kesah kata MR seraya mengherotkan mulut kaka

 Roti paun inti kaya

Macam tak percaya jer aku telah berjaya menghasilkan roti yang tak berapa gebu. Ayat melampaunyalah kan macamlah  dah berjaya menghasilkan Black-forest-trifle-raja-bersiong.-TTM tak pun kurang2 oreo ciskek bolehlah announce gini hehe.

Kalo Kak Liza baca ni mesti dia kata..eleh akak kalo stakat roti ni sambil pejam mata pon boleh buat hehe... 

Roti aku ni masa panas ok jer lembut..pas sejuk jadi keras nape eh? Aku ingat kalo menjadi pasni takyah dah beli roti gadenia..tapi nampaknya aku dan gadenia memang tak dapat dipisahkan.

NOTA b/b : Entry tahun baru dimulakan dengan projek meroti..apakah tuan rumah akak lebih suksess dalam bidang masakan untuk tahun 2011.





*** Tq, sila datang lagi ***

Last Comment