Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Showing posts with label anak sakit. Show all posts
Showing posts with label anak sakit. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Anak..oh Anak

My sweet flowerhorn
Dua minggu lepas Solehah jatuh tersembam, patah sebatang gigi depan.Memula aku ingat nak bawak ke klinik tapi sehari lepas tu aku tengok dia dah ok, bengkak dah surut aku pon biar je camtu. Last-last semalam mulut(gusi sebenarnya) dia bengkak balik. Dah macam flower horn jadinya mulut ank aku.

Bawak gi clinik, aku kena marah -marah sayang dek Dr, sebab masa kena tak terus bawak. Dr kata gusi dia bengkak, mulut takde apa-apa, cuma effectnya ke mulut sebab tu jadi moncong semacam. Dapat ubat surut bengkak, antibiotik dgn tahan sakit.Nasihat Dr lagi kalo pas tiga hari bengkak tak surut gak, kena bawak jumpa dentist.
Minum susu ni teringat masa sekolah rendah dulu slalu beli.40sen je sekotak
Sebab solehah hanya minus ASI, aku dinasihatkan oleh Dr minum susu dan makan buah banyak-banyak. Masa gi clinik tu aku blom breakfast, tapi memandangkan lunch break nanti aku nak balik bf Solehah, aku bantai gak makan buah. Takkan nak benti beli  masa otw plak, sempat ke bende tu diproses hehe. Ni ada sebijik lagi limau, rase tak tertelan dah, tapi demi anak terpaksa kuatkan hati.

Wednesday, December 29, 2010

Anis Warded

Kronologi Anis di wad 14 ~ 19 Dis 2010.


13.Dis.2010


1.45 tengahari ~ Lepas dapat surat dari Dr. Zakaria terus ke KMC. Sampai sana memang konfem msk wad sebab kena wat ujian darah dan x-ray tapi wad penuh pulak, so terpaksa bermalam di rumah Abang di Balok Makmur sementara tunggu pihak hospital telefon.



14. Dis.2010




2.48 petang ~ Dah selamat masuk bilik tanpa apa-apa check-up, sampailah sorang sister datang utk check suhu badan..39.9 darjah C, tinggi terus kasi cool fever satu buh kat dahi, satu kat belakang badan, pastu masuk ubat kot montot.




3.30 petang ~ Cek suhu badan turun sket jer 38 darjah C, masuk sebiji lagi ubat kot bontot. Sementara tu ibu dok jelum badan sebab ubat bontot tu mcm x berkesan je.
4.29 petang ~ Masuk bilik x-ray



4.50 Ptg~ Dr yang incharge Anis, Dato Dr. Hj Abdullah Zawawi bin Salleh masuk tuk monitor keadaan dia, suhu badan dah turun sikit tapi keadaan masih weak sampai nak bercakap pon x larat. Sedih sgt masa ni. Masuk bilik apa tah untuk ambik darah. Darah Anis dimasukkan dalam 3 bekas berasingan dan mengikut kuantiti tertentu...saya tengok dari A-Z memang x gerun sebab dah biasa, cuma biasanya saya yg kena ambik darah, ni tgk anak plak.Anis pon nangis masa Dr. masukkan jarum tu jer pastu dia diam jer..lemah x bermaya. Keputusan ujian darah paling lewat akan dpt pagi esok

Tengah tunggu nak ambik darah

Sempat ambik gambo ni jer, segan dgn Dr hehe
 Walaupun sakit masih semangat mengorek bijih hehe

8.45malam ~ Dr masuk (masa ni dah siap pakai face mask) bagitau keputusan ujian darah.Anis. katanya Anis kena jangkitan influenza B(Selsema burung). Kami berdua kena kuarantin dan pelawat kanak-kanak tidak digalakkan sangat datang melawat. Masa Dr datang bagitau ni Abang dgn sil aku, ank2 buah, Wawa, Solehah ada sekali jadi aku terus suruh depa balik.


9.15malam ~ Start ubat antibiotik




15.Dis.2010


Pagi-pagi Dr masuk terangkan pasal ubat yg anis kena makan. Demam, selsema, batuk, cair kahak & antibiotik (yg ni pakai inject). Pastu kena sedut pakai nebulizer setiap 4 jam sekali sebab dia ada lelah. Fungsi nebu ni ialah utk kembangkan paru-paru, so kahak dlm paru-paru tu akan kuar samada melalu muntah or penyahtinjaan. Anis x pernah sekalipun muntah pakai benda ni so aku agak kahak tu kuar masa dia berak la kot.


Keadaan Anis dah ok sket bila Dr start bagi antibiotik. Demam still on-off. Makan minum memang xnak harapkan air yg yg msk kot tangan dia tu jer..
Asik tido jer , susu pon taknak

16.Dis.2010


Kondisi dah ok sket. Dah nak makan bubur walaupun hanya 2-3 suap.


Minah ni ok jer bila pakaikan nebulizer ni, dengan asap berkepul-kepul tak banyak kerenah pulak dia. tanak bagi ibu pegang, nak pegang sendiri.



Dah stop masuk air. 3 botol masuk air.


Start melasak, cuba nak buang drip kat tangan sampai berdarah



Dapat sarung tangan baru, baek punya balut sampai ke jari jemari

17.Dis.2010


Dah bertambah baik. Muka dah tak pucat. Makan pon boleh tahan banyak. Ibu xleh dah ngecek makanan spital dgn dia, SIL yg tlg htr makanan. Thans K long(SIL) tlg basuh baju, tlg masak, tlg htr plak tu..Allah saja yg mampu balas jasa baik K Long.



Nebulizer 4 jam sekali
 
Mood bermain dah ada




Puas main dok tepi tingkap..agaknya dia pikir bilalah aku boleh balik ni
Tak culas makan ubat..i like
Masa ni pukul 8.12. malam. Dia request nasik pulak.. padahal dah makan bubur kul 6. Nasib baik ada kawan bgtau restoren Aliff kat depan spital ni dia htr makanan sampai ke bilik. Mtk no tepon dengan nurse tak sampai 10minit makanan pon sampai.


18.Dis.2010
Sangat gumbira sebab boleh discharge hari ni


Pinjam baju sepupu dia sementara Abi dtg bawak baju..tak sabar nak balik dah ni
Nebulizer terakhir sebelum balik








Video Anis makan ubat...abaikan suara latar ala2 doremon itew.


*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah dah keluar hospital

Terima kasih buat kawan-kawan yang mendoakan kesihatan Anis. Alhamdulillah Anis dah bertambah baik, aktif dan yang saya paling gembira nafsu makannya dah ok.

Hasil dari ujian darah Anis terkena jangkitan Influenza B. Bahasa mudahnya terkena jangkitan selsema burung. Merah-merah kat badan dia yang keluar setiap kali dia demam tu Dr kata sebab eczema. DR Hanie..terima kasih feedback comment pasal penyakit Anis tu, saya ni risaunya takut kurang sel darah putih ke apa ker.Nauzubillah.

Sedikit info yang saya ingin kongsi kat sini berkaitan Influenza.

INFLUENZA

Pengenalan Penyakit
-Influenza atau’flu’bukanlah demam selsema biasa kerana ia boleh menyebabkan berbagai komplikasi.
-Ia merupakan jangkitan virus akut yang bermula secara tiba-tiba
-Virus influenza di tularkan melalui sentuhan atau sekresi daripada pesakit. Ia ditularkan melalui semburan semasa pesakit batuk, bersin atau bercakap.
-Satu bersin boleh memindahkan penyakit ini pada 196 km/j,menjangkau jarak sejauh 6 meter dalam satu saat.
Punca Penyakit/Faktor Risiko
-Agen penyebab inffluenza ialah virus-virus:
  -Virus influenza A-menjangkiti manusia dan haiwan seperti khinzir,burung dan    kuda.
  -Virus Influenza B dan C biasanya menjangkiti manusia sahaja.
-Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah:
  -Individu yang berumur 60 tahun ke atas
  -Penghuni rumah orang tua-tua
  -Pesakit kronik seperti jantung,paru-paru,ginjal,asma, Diabetes    mellitus,imunosupresi akibat kanser atau kemoterapi
  -Kanak-kanak dan orang dewasa yang dirawat dengan aspirin

Tanda-tanda/Simptom
-Demam bermula secara tiba-tiba antara dua hingga empat hari
-Kelemahan badan yang berpanjangan dan ada kalanya berminggu-minggu
-Sakit kepala
-Sakit tekak
-Hidung berair
-Sakit otot
Langkah Pencegahan
-Vaksin influenza boleh memberi keberkesanan antara 70-90% perlindungan infeksi  klinikal apabila virus di persekitaran sama dengan jenis vaksin.
-Vaksin perlu diberikan pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatkan  influenza.
-Keadaan rumah atau bangunan yang sesak memudahkan lagi jangkitan virus dan ia  amat sesuai pada suhu udara yang sejuk.
Komplikasi
1)Paru-paru
  -dua jenis radang paru-paru iaitu:
  -pneumonia virus influenza
    *Wabak yang pernah menyebabkan kematian pada semua peringkat golongon           masyarakat
    *Apabila dijangkiti suhu badan tidak menurun,disertai batuk,sesak nafas dan      tubuh bertukar menjadi biru (sinosis)

  -Pneumonia bakteria sekunder
    *sering menjadi punca kematian bagi mereka yang berumur
    *ia menjejaskan sistem pertahanan pernafasan
    *pesakit akan megeluarkan kahak bernanah atau berdarah
    *Bakteria yang sering menyerang ialah streptococus      pneumoniae,staphylococcus aures dan haemophilius influenza

  -Penyakit pulmonori obstruktif kronik
  -Penyakit jantung, ginjal dan Diabetes
  -Radang telinga tengah (ostitis media)
  -Sakit otot kaki (miositis)
  -Sindrom Reye yang mengakibatkan bengkak hepar dan gangguan pada otak       (ensefalopati)
  -Jangkitan virus ini mengakibatkan kerugian dari segi produktiviti kerana    ketidakhadiran pejkerja serta kos perubatan.





*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, December 13, 2010

Get well soon Honey...

Dr Hani tolong saya....kot- Dr tau apa penyakit anak saya ni


Hari ni saya kje hap day, Anis kena admitt ler. Xceli dia dah beberapa hari demam, bukan dia aje, kami sekuarga terkena demam kecuali Hby. Saya, Wawa, dan Solehah dah ok tapi Anis masih tak kebah-kebah gak, so semalam bawak dia gi clinik Pak Ya. Anis ni dia ada kelainan sket, tiap kali demam badan dia akan naik merah macam lebam Lovebite .Bukan bintat-bintat cam gigit nyamuk tu, kalau yg tu org kata denggi kan.Nauzubillah. 

Memang saya perasan tiap kali demam bende tu akan timbul saya syak dia alahan ubat or alaham antibiotik. Semalam masa check-up saya tanya dr pasal merah2 kat badan dia ni. Dr. kata kalo rujuk hospital confirm masud wad tapi sebab masa tu dah kul 9lebih, dia srh saya bagi ubat demam dgn antibiotik tu dulu kalau takde perubahan Dr srh saya dtg klinik balik esok .Dia akan buat surat srh saya rujuk ke hospital.

Kawan-kawan doakan Anis cepat sembuh ye.


*** Tq, sila datang lagi ***

Last Comment