Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah dah keluar hospital

Terima kasih buat kawan-kawan yang mendoakan kesihatan Anis. Alhamdulillah Anis dah bertambah baik, aktif dan yang saya paling gembira nafsu makannya dah ok.

Hasil dari ujian darah Anis terkena jangkitan Influenza B. Bahasa mudahnya terkena jangkitan selsema burung. Merah-merah kat badan dia yang keluar setiap kali dia demam tu Dr kata sebab eczema. DR Hanie..terima kasih feedback comment pasal penyakit Anis tu, saya ni risaunya takut kurang sel darah putih ke apa ker.Nauzubillah.

Sedikit info yang saya ingin kongsi kat sini berkaitan Influenza.

INFLUENZA

Pengenalan Penyakit
-Influenza atau’flu’bukanlah demam selsema biasa kerana ia boleh menyebabkan berbagai komplikasi.
-Ia merupakan jangkitan virus akut yang bermula secara tiba-tiba
-Virus influenza di tularkan melalui sentuhan atau sekresi daripada pesakit. Ia ditularkan melalui semburan semasa pesakit batuk, bersin atau bercakap.
-Satu bersin boleh memindahkan penyakit ini pada 196 km/j,menjangkau jarak sejauh 6 meter dalam satu saat.
Punca Penyakit/Faktor Risiko
-Agen penyebab inffluenza ialah virus-virus:
  -Virus influenza A-menjangkiti manusia dan haiwan seperti khinzir,burung dan    kuda.
  -Virus Influenza B dan C biasanya menjangkiti manusia sahaja.
-Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah:
  -Individu yang berumur 60 tahun ke atas
  -Penghuni rumah orang tua-tua
  -Pesakit kronik seperti jantung,paru-paru,ginjal,asma, Diabetes    mellitus,imunosupresi akibat kanser atau kemoterapi
  -Kanak-kanak dan orang dewasa yang dirawat dengan aspirin

Tanda-tanda/Simptom
-Demam bermula secara tiba-tiba antara dua hingga empat hari
-Kelemahan badan yang berpanjangan dan ada kalanya berminggu-minggu
-Sakit kepala
-Sakit tekak
-Hidung berair
-Sakit otot
Langkah Pencegahan
-Vaksin influenza boleh memberi keberkesanan antara 70-90% perlindungan infeksi  klinikal apabila virus di persekitaran sama dengan jenis vaksin.
-Vaksin perlu diberikan pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatkan  influenza.
-Keadaan rumah atau bangunan yang sesak memudahkan lagi jangkitan virus dan ia  amat sesuai pada suhu udara yang sejuk.
Komplikasi
1)Paru-paru
  -dua jenis radang paru-paru iaitu:
  -pneumonia virus influenza
    *Wabak yang pernah menyebabkan kematian pada semua peringkat golongon           masyarakat
    *Apabila dijangkiti suhu badan tidak menurun,disertai batuk,sesak nafas dan      tubuh bertukar menjadi biru (sinosis)

  -Pneumonia bakteria sekunder
    *sering menjadi punca kematian bagi mereka yang berumur
    *ia menjejaskan sistem pertahanan pernafasan
    *pesakit akan megeluarkan kahak bernanah atau berdarah
    *Bakteria yang sering menyerang ialah streptococus      pneumoniae,staphylococcus aures dan haemophilius influenza

  -Penyakit pulmonori obstruktif kronik
  -Penyakit jantung, ginjal dan Diabetes
  -Radang telinga tengah (ostitis media)
  -Sakit otot kaki (miositis)
  -Sindrom Reye yang mengakibatkan bengkak hepar dan gangguan pada otak       (ensefalopati)
  -Jangkitan virus ini mengakibatkan kerugian dari segi produktiviti kerana    ketidakhadiran pejkerja serta kos perubatan.





*** Tq, sila datang lagi ***

5 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

al-hamdulillah..lega aku dgr anis dah sihat :)

Jasfyra said...

alhamdulillah dah sihat.risau gak jd apa2 kan.syukur sgt2

izz said...

syukur anis dh sihat... moga anak2 kita terhindar dr penyakit2 zaman moden ye tie..

Fieza79 said...

alhamdulillah dh sihat...takut jgk kan dgn penyakit tuu..syukur suma dh selamat..

h4ni3 said...

alhamdulillah
lega dengar anis dah sembuh

Last Comment