Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Tuesday, December 11, 2012

Cuti Cameron Highlands


glitter-graphics.com

Alhamdulillah di usia 34 tahun dapat juga menjejakkan kaki ke Cameron Highland, bumi yang terkenal dengan tanaman stoberi dan sayur mayur. Orang lain dah berbelas-belas kali pergi agaknya kan haha..

Catatan ini adalah untuk diri sendiri, keluarga serta sesiapa sahaja yang ingin ke Cameron Highlands dengan melalu jalan Gua Musang.

Kami memilih laluan Kuala Berang-Felda Aring-Gua Musang-Cameron Highlands untuk laluan pergi dan balik melalui Tapah-PLUS-Batang Kali-LPT. Info yang saya dapat di blog cheerisheverycherry sangat banyak membantu. terima kasih kepada empunya blog, Saya siap print lagi info yang saya dapat dari blog cheerisheverycherry.

Kami bertolak dari kerteh jam 8.30 pagi. Berhenti sarapan di Pekan Kuala Berang. Makan di gerai bersebelahan dengan sawah padi. Sangat nyaman. Alhamdulillah cuaca sangat baik, tidak panas dan tidak hujan, anak-anak pun Alhamdulillah tak banyak ragam. Kami hanya berhenti  utk buang air dan membeli buah-buahan yang banyak dijual di tepi-tepi jalan. Kami tiba di cameron Highland kira-kira jam 3.45petang.

Kerteh-Kuala Berang
Dari kerteh kami melalui jalan short cut iaitu masuk di persimpangan Kg Durian mentangau, terus melalui Jalan Jerangau-Jabor, kemudian melalui jalan Al Mukhtafi Bilal Syah-Bukit Besi terus ke persimpangan Ajil-Kuala Berang. Tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam.

Kuala Berang-Felda Aring 
100km, melalui jalan dr Kuala Berang ke Felda Aring. Perjalanan ni mudah, dan tenang iaitu melalui kawasan tepi Tasik Kenyir. Pemandangan cantik dan hijau mata memandang. Kami berhenti di santuari gajah. Di sesetengah kawasan, ada jalan mendap/runtuh, so perlu berhati-hati. Signboard sentiasa membantu. Tak banyak kereta yang lalu.kadang-kadang ada lori, or 4WD or kereta sebijik dua.

Felda Aring-Gua Musang
Total distance 70km. Melalui Felda Aring 1-10.
Dari Arah Timur, akan bertemu felda aring 10 dulu, then last baru felda aring 1. Jalan rezab felda, so mmg dah expect jalan sedikit tough.
Bila nak masuk felda aring 10, akan ada pondok polis bantuan. So, bila nampak ada polis bantuan, hati rasa lebih lega nak lalu jalan ni. Felda aring 10-7, jalan ok...one lane, macam jalan kampung.tp ok je.
Felda Aring 6, jalan mcm rally Dhaka sikit, lubang-lubang, lopak sana sini..kena bawa slow-slow je.
Felda 5-1 jalan ok je..sekali sekala ada lubang. Tak banyak kereta, cuaca sejuk and berkabus padahal almost 11am dah.
nak keluar felda aring 1, pon ada pondok polis bantuan..

Gua Musang-Cameron Highland
Total distance 142km.
Jalan sgt ok. Lepas keluar felda aring, ada station minyak shell, toilet pon bersih. boleh berhenti rehat kat sini. or klu bukan bulan puasa, maybe leh lunch dulu kat pekan gua musang.
Perjalanan ke CH, of course lah mendaki bukit. Jalan agak pusing-pusing, tp 2-3 lane mostly. Jalan elok, takde lubang, tak banyak kereta.


  • Perjalanan melalui jalan ni jimat 2-3 jam dari perjalanan melalui kuantan-kl. 
  • cuma kurang selesa sbb kurang perhentian dan jalan bukan highway. 

Tips:











  • Bersedia untuk kereta kotor 
  • Sepanjang Kuala Berang-Gua Musang, susah nak ke toilet. so tahan kencing la sampai ke gua musang. 
  • kalau lapar, bawa bekal siap2 dalam kereta, sbb dr kuala berang ke gua musang, takde tempat makan menarik nak stop. 
  • klu ada anak kecik, isi air paip byk2 dlm botol mineral..kot2 dia terberak, senang nak basuh sepanjang k.berang-gua musang
  • klu ada 4wD lagi best nak lalu jalan ni

Sunday, September 30, 2012

Buat sendiri penawar untuk anak bermasalah

Semalam terdengar tazkirah dari  Ustazah Norhafizah  di IKIM, masa dengar tu saya tengah drive dan tazkirah tu dah separuh jalan. Antara yang sempat saya ingat Ustazah suruh baca

Surah Al fatihah 17x
Ayatul Qursi 17x
Surah Al Ikhlas 17Surah

Ada satu lagi surah saya tak sempat hafal (maklumlah dah kertu) cuma  ingat ayat 21-24, rasa sedih, menyesal pon ada sebab dengar sekerat pastu tak dapat tangkap habis pulak. Dah la ayat tu tujuannya untuk apa pon saya x sempat dengar.

Hari ni saya tergerak hati  buka fb Prof Dr Muyaha Mohamad, Alhamdulillah ada seorang rakan fb share balik apa yang tak sempat saya hafal semalam. Surah yang last saya x sempat tangkap ialah Surah Al Hasyr ayat 21-24. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan hati saya,semua ini adalah dengan rahmat dan izinmu, sesungguhnya Engkaulah yang menggerakkan hati sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki.

Surah Al fatihah 17x
Ayatul Qursi 17x
Surah Al Ikhlas 17x
Surah Al Hasyr : (21-24) 17x


21. "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."


22. "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."


23."Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya."


24. "Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."

Bacaan ini adalah untuk melembutkan hati anak yang bermasalah, anak yg terlalu sosial. Mudah-mudahan jika diamalkan semasa anak masih kecil, Moga Allah SWT memeliharanya dari melakukan perkara-perkara negetif.( Ini pendapat saya sendiri, bukan saranan Dari Ustazah.Kita niatkan dan berdoa yang baik-baik untuk anak, mudah-mudaham Allah makbulkan.

Bagi anak minum air ini selama 3 hari. Sebaiknya jangan minum air lain untuk tempoh 3 hari .
Mari sama-sama kita amalkan dan kongsikan.

Sunday, July 29, 2012

Tazkirah dari anak

Pagi tadi anak saya yang paling tak banyak mulut bertanya.

bakpe ibu dok paka stokin macam Ustazah kat sekoloh Anis? Anis tengok comel je Ustazah paka stokin. kan Ibu ada beli stokin aritu..bakpe ibu dok paka. Paka lah Ibu, comel macam uatazah.

Dia tak tau kaki tu termasuk anggota yang wajib ditutup.yang dia tau rambut dengan lengan, sebab setiap kali saya nak keluar mesti dia ingatkan suruh ambik tudung(atau dia yg tolong ambilkan) dan suruh pakai sarung lengan kalau kebetulan saya berbaju lengan pendek.

Tiba-tiba pagi ni terasa malu dengan anak.

Thursday, June 14, 2012

(QUILT) bedspread RM199 per set / 100% cotton


glitter-graphics.com
 Quilt Set Size: 230cm x 250cm (1 bedspread and 2 pillow cases only)Suitable for KING & QUEEN SIZE BED  Rm199.00 (Not including postage)  Postage semenanjung rm10 (courier express)  Postage Sabah/Sarawak rm30.00.   Singapore/Brunei rm40 (Pos Malaysia > air parcel)

Thursday, April 12, 2012

AMBLIOPIA (LAZY EYE - MATA MALAS)

Wawa ada masalah lazy eye, tu pon saya baru tau lepas nurse datang cek mata kat sekolah. Memang saya tak pernah tau tentang lazy eyes ni. Mujur bila google jumpa banyak info pasal mata malas ni. Kesiannya anak ibu, baru umur 7tahun dah kena pakai spek, tapi kalau tak pakai lagi teruk effectnya kata Dr.

Sape-sape yang rajin dan nak tau pasal lazy eye ni,boleh baca kat bawah

AMBLIOPIA (LAZY EYE - MATA MALAS)

Kemampuan penglihatan yang buruk pada satu mata saja yang disebabkan oleh suatu problem pada saat perkembangan mata, dapat mengakibatkan kerusakan penglihatan berkepanjangan pada mata tersebut. Kondisi ini disebut ‘lazy eye’.

Apa itu Ambliopia (Mata Malas)?

Kemampuan penglihatan yang buruk pada salah satu ataupun kedua mata yang disebabkan oleh cacat pada perkembangan penglihatan normal semasa kanak-kanak dapat menyebabkan kondisi seumur hidup yang disebut “lazy eye” atau mata malas.

Apa penyebab Ambliopia (Mata Malas)?

Mata Malas (Ambliopia) adalah kurang jelasnya penglihatan akibat perkembangan penglihatan yang tidak sempurna dalam otak. Otak manusia membutuhkan stimulasi visual untuk berkembang sepenuhnya. Pada saat perkembangan anak sejak lahir hingga usia 8 tahun, apapun yang menghalangi atau menggangu jelasnya penglihatan dapat menyebabkan ambliopia. Penyebab umum termasuk ukuran kacamata tinggi (contohnya astigmatisma, hiperopia dan miopia), mata juling (strabismus), atau apapun yang menghalangi aksis visual pada satu mata (contohnya kelopak mata turun, katarak anak). Mata malas (ambliopia) biasanya hanya mempengaruhi satu mata, tetapi apabila kedua mata kurang mendapat visual yang baik dan jelas untuk periode yang berkepanjangan, kondisi dapat timbul pada kedua mata. Diagnosa dini meningkatkan kemungkinan suksesnya pengobatan, karena setelah usia 8 tahun, kerusakan visual dapat menjadi permanen. Sebaliknya, jika anak anda tidak mengalami ambliopia hingga usia 8 tahun, maka kemungkinan untuk mengidap ambliopia sangatlah kecil.

Bagaimana saya tahu jika anak saya mengidap Mata Malas (Ambliopia)?

Anak yang mengidap ambyopia biasanya tidak mengeluh tentang penglihatan yang buruk, sehingga masalah ini terkadang baru diketahui saat penglihatan kedua mata diperiksa (contohnya saat tes mata di sekolah). Kadang kala, orang tua menyadari bahwa mata anaknya juling (strabismus) yaitu ketika satu mata tampak tidak sejajar dengan mata lainnya. Dalam kondisi tertentu ini (contohnya keberadaan strabismus, kelopak mata turun, atau halangan pada aksis visual), dokter anda perlu memeriksa penglihatan anak anda untuk keberadaan ambliopia secara teratur.

Apa yang membuat anak saya beresiko mengidap Mata Malas (Ambliopia)?

Anak Anda mempunyai resiko yang lebih tinggi jika dia memiliki:

- Astigmatisma yang besar, rabun jauh (miopia) atau rabun dekat (hiperopia)
- Perbedaan ukuran kacamata yang besar antara mata satu dengan lainnya
- Gangguan penglihatan karena cacat sejak lahir seperti kelopak mata turun (ptosis), katarak atau
luka pada mata
- Strabismus atau mata juling dimana mata yang tidak sejajar tidak digunakan

Jenis perawatan apa yang tersedia untuk Mata Malas (Ambliopia)?

Pertama, jika ada ketidaknormalan ukuran kacamata, anak perlu diberikan kacamata yang sesuai untuk digunakan sepanjang waktu. Kemudian, anak perlu didorong untuk menggunakan mata yang malas. Ini biasanya dilakukan dengan menambal atau menutup mata yang baik, biasanya untuk beberapa jam setiap hari. Pengobatan mungkin memakan waktu beberapa bulan, dan bahkan beberapa tahun, dan seringkali lebih efektif ketika dimulai pada usia dini. Jika ambliopia terlambat terdeteksi (contohnya setelah usia 8 tahun), ada kemungkinan kerusakan visual tidak dapat disembuhkan. Karena itu sangatlah penting untuk memeriksakan mata anak anda jika anda atau pelayanan kesehatan sekolah mencurigai atau menemukan problem penglihatan.

Thursday, March 15, 2012

Dan duit turun dari langit

Dalam 3 orang anak, Anislah yang paling susah nak handle, yang paling sukar diduga..memang betul kata orang anak no2 memang berperangai pelik. Bila baik terlalu baik, tapi kalau dia start buat perangai, nak dapat balik mood baik dia tu Allah saja yang tau. Anis sayang bila besar nanti baca coretan ibu untuk awak ni ye.

Anis paling pendiam tapi bila awak mula bercakap payah pula nak suruh stop
Anis paling payah bangun pagi tapi bila mood awak ok, awak bangun tanpa Ibu kejutkan, mandi & pakai baju sendiri
Anis paling susah nak makan, berkali-kali ibu panggil ajak makan awak buat 'donno' tapi bila makanan tinggal sesuap jer lagi baru awak kecoh-kecoh nak makan
Jangan cuba buat janji dengan awak, sebab sampai ke lubang cacing awak akan tuntut janji
Awak paling suka beli selipar, kalau gi mana-mana wajib beli selipar atau kasut untuk awak. Tapi awak kadang-kadang mencabar kesabaran ibu walaupun addit dgn selipar tapi sampai hari ni awak masih pakai selipar terbalik

Dalam pendiam awak, kadang-kadang terbit juga ayat-ayat power yang menusuk sukma ibu.

Contohnya bila awak nak beli sesuatu yg melampau-lampau ibu akan kata "ingat Ibu kerja cop duit, nak beli itu, nak beli ini?"
Awak akan jawab  "Doh tu bakpe ibu dok kerja cop duit senang Angah nok beli"

Bila ibu terlewat pagi-pagi awak akan tanya "ibu mari lewat ni kekgi(nanti) Bos ibu buang ibu keje ye?"

Dan ibu paling tak tahan bila awak kata awak taknak kawin, sebab awak taknak beranak, sebab beranak sakit...

Sunday, February 26, 2012

Dan buah kelubi


Pukul 2 pagi En Hby tak boleh lelap sebab dia baru je sampai rmh. Blk dari ostesen. Mulalah dia kacau aku tido.

"Ibu tau dok petua nok kepeh(kempis) perut? ada kawan Abi kabo baru ni"

"Guane" aku tanya dalam nada tak excited..

"Ambik buoh kelubi, buang butir blender pastu minum air"

Terus aku celik mata. "Bi mende ni pukul dua pagi sebut buoh kelubi, kecur liur orang!"

"Hahaha!..ye ah Abi kecur liur gok ni"

Itulah saje kisah buah kelubi, kan korang pon dah dapat satu petua.

Wednesday, February 22, 2012

Dan nota buku

Kejadian 13.2.2012. Wawa tertinggal buku lagi. Sebagai ibu yang prihatin, mencilok lah saya waktu kerja sekejap gi hantar buku dia. Memandangkan sepanjang minggu tu dia ada latihan sukan, jadi saya tinggalkan nota penuh kasih sayang ini bagi menyuntik semangat dia untuk belajar. Macamlah anak dah masuk unibesiti hahaha. Masa gi hantar tu, budak-budak memang takde tapi ada cikgu dalam kelas tengah semak buku latihan. Saya pon minta izin nak hantar buku ke meja dia. Malulah kalau cikgu tengok nota saya tu.

Petang tu sampai je rumah nenek, terus tanya Wawa

"Tadi ibu gi ato buku kakak , ada dok bawah meja?"

"Ade" jawab dia

Saya dengan nada exsited tanya lagi

"Ada dok nota, baca dok mende hok ibu tulis?"

"Ada, tapi kakak dok baca, kawan kakak baca" Dia jawab tanpa rasa bersalah

Nasib kau baru darjah satu kakak, kalau darjah nam, dan-dan tu gak ibu suruh kau berhenti sekolah.  

Thursday, February 9, 2012

Aku & makanan sejuk beku

Gambar sekadar hiasan (Ihsan google)


Semenjak semakin bz ni makanan sejuk beku adalah pilihan tetap (bukan tepat ye) saya. Bukan apa, kadang-kadang Wawa request nak bawak bekal last minit, jadi yang cepat dan senang adalah makanan sejuk beku. Bila singgah kedai runcit je memang beli sebungkus dua naget, fishbol, mitbol, krebstik, sosej buat stok, kalo time poket kembung beli yang berjenama dan produk muslim tapi kalu time poket bocor beli je yang paling murah tapi akhir-akhir ni timbul isu sosej ramli yang ada DNA 'benda tu'. Risau pulak sekarang nak beli makanan sejuk beku ni, sebab dah sah-sah beli muslim produk pon timbul lagi isu macam ni. Walaupun pihak Ramli dan buat sidang akhbar kata produknya halal tapi saya masih waswas. Bila timbul waswas hukumnya jadi haramkan?

Kawan-kawan yang selalu buat bekal untuk anak-anak, apa yang korang bekalkan yer, boleh bagi cadangan kot-kot aku boleh tiru. Janganlah bagi cadangan suruh aku buat naget or sosej sendiri plak yer, ibu menambah beban namanya..

Sekian terima kasih.

Aku & makanan sejuk beku

Gambar sekadar hiasan (Ihsan google)


Semenjak semakin bz ni makanan sejuk beku adalah pilihan tetap (bukan tepat ye) saya. Bukan apa, kadang-kadang Wawa request nak bawak bekal last minit, jadi yang cepat dan senang adalah makanan sejuk beku. Bila singgah kedai runcit je memang beli sebungkus dua naget, fishbol, mitbol, krebstik, sosej buat stok, kalo time poket kembung beli yang berjenama dan produk muslim tapi kalu time poket bocor beli je yang paling murah tapi akhir-akhir ni timbul isu sosej ramli yang ada DNA 'benda tu'. Risau pulak sekarang nak beli makanan sejuk beku ni, sebab dah sah-sah beli muslim produk pon timbul lagi isu macam ni. Walaupun pihak Ramli dan buat sidang akhbar kata produknya halal tapi saya masih waswas. Bila timbul waswas hukumnya jadi haramkan?

Kawan-kawan yang selalu buat bekal untuk anak-anak, apa yang korang bekalkan yer, boleh bagi cadangan kot-kot aku boleh tiru. janganlah bagi cadangan suruh aku buat naget or sosej sendiri plak yer, ibu menambah beban namanya..

sekian terima kasih.

Tuesday, January 31, 2012

Wawa, Hana dan bas


Tenene..net..  tenene...net..  tenenenet....(ringtone nokia )
Saya "hello"

Dia "Hello, ni mak Awatif ke?"

Saya "Ye saya.."

Dia "Ini anak Puan tertinggal bas..dah menangis-nangis kat sini ni" Suara seorang perempuan mungkin cikgu kot . Tak penting untuk fikir siapa yang telefon yang penting anak aku dah kena tinggal dek bas huhu

Saya "oh! ye ker..ok2 sekejap lagi saya sampai, saya dah pegang kunci kereta ni"

Suara belah sana tak nerves..macam gelak-gelak, jadi saya syak situasi terkawal, kalau Wawa meraung mesti suara cikgu yang telefon tu paling tidak pon menangis.

Sampai ditempat kejadian, ramai lagi rupanya budak-budak yang belum balik. Saya dok imagine dia sorang jer lagi yang tinggal. Masa tu dia dok berpimpin tangan dengan sorang budak pompuan, soo suweet dua orang budak pompuan yang berbaju PJ dok berpimpin camtu. Saya syak budak tu Hana sebab hari-hari dia dok bercerita pasal Hana yang baik, Hana yang comel.. Hana itu, Hana ini...

Bila dia nampak saya dan saya nampak dia, saya terus tanya "kakak nangis yer" apa punya mak kan tanya macam tu dalam situasi sebegitu haha...

"dok" dia jawab, padahal saya dah nampak bekas air mata dipipi.

"Ni sape?," saya tanya lagi

"Hana" jawab dia..kan betul deria ke enam saya.

"Hana pon kena tinggal dek bas?"

Hana hanya mengangguk, memang comel budaknya, putih, kurus, mata bulat tapi bundar (kalau Wawa baca statment ni mesti dia dengki mak dia puji Hana lebih-lebih hehe)

Yang ada dalam kepala saya masa tu nak telefon mak dia aje lah, nak suruh datang ambik, sebab setahu saya Hana tinggal di Paka, 15km dari kerteh, ni saya keluar pon waktu pejabat without permission plak tu, takkan nak gi hantar dia pulak.

"Hana ingat no telefon mak tak?" saya tanya

"Tak" dia jawab sambil mengeleng..

"Suruh masuk jupe cikgu takmboh". saya dengar Wawa membebel pada Hana, Amboi mentang-mentang mak dia dah ada depan mata.

Saya masuk ke bilik guru tanya kot-kot cikgu kelas dia ada lagi, tapi cikgunya dah balik, cikgu lain yang ada kat situ suruh saya mintak dari pejabat. Baru je nak melangkah ke pejabat, tiba-tiba Wawa menjerit "bas mari doh" Hani plak.."Ha,ah itu bas dah datang" molek lah sorang cakap Ganu, sorang cakap bukan Ganu.
Wawa nak balik dengan saya, tapi saya perhati Hana pegang tangan dia tak lepas-lepas.
"Kakak, kakak teman Hana yer, sian dia sorang kalau kakak balik dengan ibu". Nasib dia ok jer, kalau dia nak balik dengan saya gak, kesian pulak si Hana tu.

Sampai je kat pintu bas, pakcik bas tersenyum pandang saya. Saya rasa dia ingat saya cikgu kot, saya pon takde nak menampakkan saya mak salah seorang budak tu, nanti pakcik drebar bas kata saya cerewet pulak, mentang-mentang dia lewat sikit, terus datang ambil sendiri anak.  Saya taknak dicop sebagai mak yang cerewet, walaupun saya sebenarnya mak yang cerewet dan sedikit hover kalau bab anak-anak ni.

Masa budak WawaHana ni menuju ke arah bas, budak dalam bas dok jerit Hana Muntana!Hana Muntana. Budak Hana ni wat selamba jer aku tengok, kalau wawa yang kena camtu aku rasa gerenti esok dia taknak gi sekolah atau sekurang-kurangnya dia taknak naik dah bas tu.

Bila balik ke rumah baru tau kejadian sebenar. Rupanya masa bas datang budak dua orang ni tengah main-main, diorang cuma sedar bila bas dah agak jauh. Ada plak budak nakal dalam tu kata."Jalan",  jadi pakcik tu ingat semua dah naik, dia pon jalan lah.  Pakcik drebar bas tu cuma perasan bila sampai rumah mak aku, tengok wawa takde dalam bas, jadi dia pon berpatah balik ke sekolah.

Sunday, January 29, 2012

Tentang gigi

Semalam gi jumpa dentist, plan nak cabut gigi depan Wawa bahagian atas sebab orang kata kalau cabut dulu gigi susu anak nanti gigi kekal tumbuh cantik tak berlapis macam gigi saya. Alkisah semalam sebatang lagi gigi bawah Wawa tercabut dan sebab giginya susunya masih ada jadi gigi yang baru tumbuh tu cilok ikut lain.Dah berlapis gigi bawah dia macam huruf 'V'.

Hampir sejam setengah menunggu, bila sampai turn Wawa, Dr gigi tu kata tak boleh cabut, sebab gigi atasnya kukuh lagi. Mungkin bila dia darjah dua atau tiga baru giginya tercabut aku pon macam kecewa lah jugak, dah la menunggu sejam lebih, sampai turn gini plak jadinya. Dr tu tambah lagi kalau gigi makpaknya berlapis kebarangkalian untuk gigi anak berlapis adalah sangat besar, bila aku kata "itu pasal la saya nak cabut dulu takut jadi macam gigi saya", dia balas "kalau cabut awal sangat, nanti gigi kekal nak tumbuh takde signal". Alahai nak signal la pulak. Ada ke sape-sape yang ada pengalaman cabut gigi anak, aku ingat nak gi klinik lain la, sebab cam tak konfiden jer dengan jawapan Dr tu. Aku rase macam tu sebab aku patient terakhir untuk sesi itu. (Klinik tutup pukul 12.00, masa aku masuk dah 12.45) jadi Dr tu dah malas nak entertain, mungkin dia nak balik masak ke apa ker.


               Saya suka gigi Nur Fazura (Gambar dari pakcik goog..)

Tuesday, January 17, 2012

Rutin buat masa ini...

Sekolah baru mula tak sampai dua minggu, tapi berat saya (memulakan entry utk tahun 2012 dengan gantinama yang lebih sopan) dah turun 2 kilos. Berat juga tanggungjawab bila anak dah masuk sekolah yang betul-betul sekolah ye. Masa tadika dulu hantar anak pukul berapa pon x kisah, beg sekolah anak takyah cek, sekarang dari seluar dalam, seluar panjang, stokin, anak tudung, mak tudung semua nak kena complete malam tu gak kalau taknak kelam kabut pagi esoknya.

Anak-anak wajib nak bawak bekal. Jadi kena siapkan 3 bekal . Memang macam tak susah sangat nak wat bekal ni, yang jadi susah kalau Solehah bangun time saya baru jer nak capai senduk. Teringat pulak kat senduk Kalau masa tu saya dah siap basuh senduk takpe.

Buat tatapan anak-anakku bila besar kelak. beginilah pengorbanan ibumu demi untuk membesarkanmu.

6.00 ~ Bangun mandi, kuarkan bahan utk bekal anak
6.15 ~ kejutkan wawa, mandi, solat subuh
6.30 ~ Siapkan bekal, sementara wawa layan katun
6.45 ~ Baru suruh wawa pakai seragam.pakai awal-awal takut berkedut.
7.10 ~ Wawa dah selamat pergi sekolah.
7.15 ~ kejutkan Anis, mandi pakaikan baju pastu paksa tengok kartun
7.30 ~ Kejutkan Solehah, mandikan pastu sediakan sarapan kalo dorang nak sarapan dulu
7.45 ~ Keluar dari rumah hantar anak ke taska.

12.00 ~ Ambik anis dari PASTI, transit kat opis jap sementara pukul 1.00
1.00 ~  Hantar Anis rumah nenek dia

5.00 ~ Ambil Solehah di PERMATA, terus ke rumah nenek.
5.20 ~ Periksa kerja sekolah Wawa
6.00 ~ balik rumah, kemas sikit2, basuh baju, mandikan anak-anak
7.00 ~ Hantar Wawa & Anis mengaji (Tugas ni gilir dgn hby)
7.10 ~ Masak untuk makan malam
8.30 ~ Ambik anak-anak mengaji
8.45 ~ Makan, basuh pinggan, sidai baju
9.30 ~ Check kerja sekolah Wawa, kemas buku untuk esok, tidurkan anak-anak.
Tung-tang-tung-tang pukul 12 baru boleh landing ..uish penatnya..

Wednesday, January 4, 2012

Pening




Ingatkan bila anak-anak dah masuk sekolah semuanya dah settle, tapi ada lagi perkara yang tak selesai. Wawa dengan masalah pengangkutan sebab bas dia boleh hantar masa balik jer, pagi tak sempat sebab bas tu dari paka (Lebih kurang 15km dari kerteh). Plak tu anak aku sorang jer duk area ni..alang-alang jer pakcik drebar bas tu nak masuk ambik. Aku ingat nak cari bas lain tapi Wawa plak taknak sebab bas lain rupa macam van, dia nak bas yang betul-betul bentuk bas..alahai anak.

Anis plak aku ingat dah settle, sebab aku hantar tadika yang sama dengan tahun lepas, tapi ada masalah juga rupanya. Tahun ni dia sorang je budak pompuan yang transit kat situ..4 orang lagi budak lelaki. kesian plak dia terkebil-kebil nak tunggu aku datang ambik pukul lima. Jadi jalan penyelesaian buat masa ini, aku hantar dia untuk sessi pagi jer. Pukul 1 aku ambik dia dan hantar rumah mak aku plak. Terkejar-kejar jugak aku jadinya.harap-harap turunlah berat badan aku nanti.

Dulu aku kata kat orang lain..alahai anak naik darjah satu jer pon, apa nak kecoh-kecoh,sekarang kena batang idung aku ..padan muka.

Last Comment