Agar-agar ni asyik berlegar-legar diingatan saya sejak pertama kali saya tengok kat param Paka lebih kurang 7tahun lepas. Selepas 7 tahun baru berkesempatan buat. Haha ayat berkesempatan tak bleh blah. Nampak sangat i bz mengalahkan Datin Rosmah kiki.
Untuk tidak membuang masa di bulan Ramadhan yang mulia ini, ni dia resepi agar-agar tembikai yang saya ambik kat blog hanamemories.
kalau nak tengok step-by-step click resipicitarasawan
RESEPI AGAR-AGAR TEMBIKAI
Source: Lina.pg@blogspot.com
Bahan-bahan
- 1 paket agar2 serbuk (10gram)
- 4 - 41/2 cawan air ( cawan arcopal ) - (1cwn-190ml)
- 3/4 cawan gula - hana buh 1/2cwn je
- 1 sk esen vanilla
- 3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
- Pewarna merah , kuning dan hijau
- Sedikit kismis- xde stok, hana gune choc.chip
- Masak agar2 bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.Tutup Api. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 kuku ( anggaran 15-20min)
- Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika terbalikkan bekas,adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
- Tuang adunan agar2 (yg dah suam2 kuku tu) ke dalam bekas adunan telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk.
- Tuangkan ke dalam bekas, masukkan pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi @ chopstik. Kacau dgn berhati2 supaya warna tidak terkena dasar bekas.
- Letakkan kismis di permukaan agar2 (sebagai biji buah tembikai ). Sejukkan ke dalam esbok
- Apabila agar2 sudah beku, keluarkan agar2 dari bekas dan warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai. (yang ni aku ubah sket.Aku terbalikkan agar-agar dalam pinggan, pastu aku tuang kaler ijau dlm mangkuk agar-agar tadi, golek-golekkan biar rata pastu masukkan balik agar-agar dlm mangkuk tadi).
1 comment:
cutenye agar2 tembikai :)
Post a Comment