Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Tuesday, August 16, 2011

Tiba-tiba teringat arwah ayah

Tiap kali ramadhan menjelma mesti ingatan aku kepada arwah ayam makin mendalam. Bukan sebab ayah meninggal bulan ramadhan tapi sebab banyak kenangan yang tak dapat aku luputkan dalam ingatan berkaitan ayah dan ramadhan.

Biasanya hari mula-mula puasa ayah akan ingatkan kami semua supaya niat sebulan. Aku rasa semua ayah pon akan buat mcam ni kan. Pastu tiap kali bangun sahur mesti ayah akan kejutkan setiap anak-anaknya SAMPAI BANGUN. Sape tak bangun akan dibangunkan sampai bangun. Mak aku kata suara ayah 'dok payoh paka spekar' jadi sendiri mau ingat la kan. Alhamdulillah sampai sekarang amalan sahur melekat kat aku adik beradik. Kalau taknak makan pon dorang bangun minum air. Aku sorrylah stakat minum air aku bedal nasik, berselera macam berbuka hehe.

Tiap kali menjelang nisfu syaaban pula, mesti ayah sibuk suruh mak buat kuih. "mok mung ari ni sepu, wak la kue ambe nok bowok gi sejid" Dulu manalah ada tradisi beli-beli kuih ni, kalau beli pon ketupat, tu pon sebab renyah nak buat. Malam tu kami adik beradik pakat tunggu ayah balik sebab biasanya ada kuih2 lebihan yang ayah akan bawak balik. Rindunya suasana itu.

Biskut kegemarah ayah plak biskut kacang. kalau nampak aku dengan kakak start nak buat kuih mesti dia akan pesan suruh buat biskut kacang dan kami akan buat bertin-tin. Dulu biskut main buh dlm tin jer mana ada bekas mcm sekarang. Bila dekat nak puasa mak ingatkan kami supaya jangan buang tin milo, susu adik nanti nak buh sekut.

Pagi raya mak dengan ayah akan masak nasi minyak (hidangan temurun) sampai berkilo-kilo.Masak guna dapur kayu macam org nak kenduri. Kadang-kadang sampai petang tetamu datang cari nasi minyak ayah. Biasanya pukul pagi 4 mereka dah bangun..siapkan nasi, gulai, bila kami celik mata dalam pukul 6 tu semua dah ready.

Dan aku ingin titipkan disini peristiwa yang paling aku tak boleh lupa tentang ayah. Peristiwa ni bukan berlaku di bulan ramadhan. Masa tu aku tgh tunggu SPM jadi aku dok rumah jadi tukang masak tak bertauliah. Mak aku kerja masa tu. Kerja estate atau orang panggil kongsi kong.Aku pun tak tau kenapa teruk benar nama kerja tu. Kalau zaman aku sekarang kong ialah punch card jadi kongsi kong mungkin bermaksud kerja secara beramai-ramai/kongsi kerja. Eh melalut plak. Sambung balik, Ayah masa tu dah pencen kerja estate tapi ayah ambik upah potong getah sebab ayah memang jenis dokleh duk saje kata orang Ganu. Lagipun masa tu ayah masih sihat. Biasanya ayah balik motong pukul 12tengahari, jadi dalam kul 10.30baru aku start masak.Tah kenapa hari tu ayah balik awal.Rasanya kul 10 dia dah sampai rumah dan aku masa tu belum masak apa -apa. Ayah gi kelebek apa makanan yang ada dan sedihnya memang takde makanan satu apa pon. Ayah buka tin susu enlene (aku tgk dari jauh sambil potong bawang ke sayur tak ingat) pastu aku dengar ayah kata ."mujur ada susu sket ni dalam dua sudu boleh wak air".Ayah buat sendiri susu dlm setengah gelas pastu dia ke meja makan nak minum. Belum sempat ayah hirup dia 'tepuh' (tangannya terlangar) sudu yg dia buat kuca air tadi. Habis tumpah tak sempat minum walaupun setitik. aku yang tengok terkesima + takut..mana tau kot aku jadi mangsa amarah ayah. Orang tengah lapar kan. Tapi ayah tak marah, mukanya bersahaja, dia cuma kata..'takdok rezeki' dan sampai hari ini bila aku terpandang tin susu enlene aku akan ingat peristiwa ni.

3 comments:

KSWSK said...

insyaallah sepanjang ramadhan ni tiap2 mlm arwah ayah akk dtg jenguk akk..

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Insyaallah Wa.

h4ni3 said...

terasa juga kerinduan itu
semoga ayah tenang di sana

Last Comment