Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam butter



 Nasi Ayam Butter
Sumber : http://jintanmanis.com/nasi dan Kak Hana

Bahan-bahan
UTK NASI

3 cawan beras -Saya guna beras JATI basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam(SUP) - bergantung jenis beras CB buh 3 3/4 cawan
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..) - saya tak letak
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia ketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr @ kiub ayam knoor
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk - saya tak letak
2 sudu besar butter
garam

Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP

1 ekor ayam size kecil
1 sk serbuk@kiub pati ayam knoor
1 batang saderi - potong (saya tak letak)
2 inci halia - ketuk
Air secukupnyer
garam
lobak asin.,aun bawang dan bawang goreng

Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

(SUP ayam ini ,diambil sebanyak 3 3/4 cawan untuk memasak nasi, buat sup dulu..n then baru masak nasi )

UTK SOS MERAH

3-4 batang lada merah* Cb buh 10 biji cili merah (buang empulur dan biji ) + 5 biji cili padi hijau
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri CB tak letak
2 sudu besar sos tomato - CB tak letak
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka - CB tak letak
1 sudu besar gula, sedikit garam + air
(CB tambah 1 sudu makan sunquick + sedikit perahan jus limau nipis + sedikit potongan halia)

blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.
(CB blend semua sekali, tak didihkan pun )



UTK SOS HITAM@KICAP

3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam

Campurkan semua. ketepikan.
( sos kicap ni pun ros tak buat) = samala CB pun tak buat..makan dengan kicap cair jer :)

UTK AYAM GORENG MADU -saya panggang
Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat ( CB letak kicap cair)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
(CB tambah serbuk kari ayam, bawang besar ,bawang putih , halia diblender dan perap pada ayam, kemuadian boleh la bubuh kicap cair, sos tiram, madu,garam)

Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.
( untuk ayam, ros cuma campurkan dengan sos yang ade kat rumah ni je, sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, kunyit serbuk, madu, gula dan garam, perap dua tiga jam terus goreng.)

2 comments:

Ya ALiya said...

sedapnyer tgk ayam tu.......nyummmmyyy

Unknown said...

SALAM,
ISH, LAPAR ! SELAMAT BERIBADAH BULAN RAMADHAN DAN BULAN2 SETERUSNYA

Last Comment