Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Sunday, October 10, 2010

Puding kastad berkuah koktel


Lama tak tepek resepi . Hari ni saya nak kongsi resepi macam tajuk kat atas. Resepi yang gerenti jadi punya. Masa masak puding tu rasa mcm eh betul ke resepi ni sampai guna 2liter air.Masa kacau pon terpikir lagi..bilalah nak kental, rupanya bila tepung kastad berubah warna sekejap je masak. Resepi ni saya cilok dari blog Ummi Kuantan .Kak Ummi punya gambar puding lagi mabeles dan menggiurkan hehe. Ok ni saya tepek resepinya. Lupa nak bagitau puding ni saya buat untuk jamuan raya opis kawan dan masa jamuan raya sekolah Anis.mentang-mentang dah terer asik buat kue ni je kan hehe...

PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL


Bahan-bahan:-


Untuk Kastad:-
200 gm tepung kastad

2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal


Cara-Cara:-
Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan
Cara-Cara:-
Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.






Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan tp ummi xda ni..)saya x buh gak ni
1 tin buah koktel (ummi guna jenama Hosen)
Buah ceri ..saya x buh
Prune sunsweet (*akak x letak pun)

Cara Hidangan:-
Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...


*** Tq, sila datang lagi ***

5 comments:

Fieza79 said...

mesti sedap ni...nk try jgk la ni..

[leily.laily] said...

tq 4 sharing..
yummy, nk terai gak la.. ;)

h4ni3 said...

waaa... rajinnya
taknak try buat sendiri... tp nak tie buatkan utk saya, boleh?
hehe

M4M4 MY4 said...

mcm nak suh pos mai sini jek hihihi

tie saya dah tukar link yer

wati3qv3
http://www.wati3qv3.com

Khairy said...

wah...tengah lapar....jahat letak makanan sedap. Buat orang terliur je....haha

Last Comment