Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Thursday, February 10, 2011

giveaway "mama,saya mahu ini"

Cuba nasib joint giveaway ni



Nak joint sina click  SINI . Giveaway ini akan berakhir pada 28 Februari 2011 dan pemenang ditentukan menggunakan kaedah algoritma melalui www.random.org.

Wednesday, February 9, 2011

Kek coklat tanpa telur

 Selalu sangat nak buat kek coklat tapi tengok-tengok telur takde, telur org tu adalah tapi takleh plak nak buat kek..hakhakhak dah acap kali jadi lagu ni aku pon godek resepi kek coklat ni. Memula mcm pelik sebab buh air kopi, cuka bagai tapi tengok Pn dayangjack masterchef buat ok jer aku pon  folo jerlah. Hasilnya..hmm memang tak mengecewakan. Lembut, basah, terasa kecoklatannya.

Nak tengok kek tuan empunya resepi click blog dayangjack

KEK COKLAT TANPA TELUR { 5 } by dayang Jack

Bahan-bahan : loyang kecil
* 1 cawan tepung gandum*
* 1/3 cawan serbuk koko hitam* -Saya guna vochelle
* 1 sk serbuk penaik*
* 1/2 sk soda bikarbonat*
* 1/4 sk garam
* 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
* 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung - saya guna minyak masak jer
* 3/4 cawan air kopi panas
* 1/3 cawan susu segar
* 1 sk esen vanilla
* 1 sk cuka / jus lemon - saya guna cuka

Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Wednesday, February 2, 2011

Barapa jauh jarak ke pejabat??



Aku pegi masa lunch jarak adalah dalam 40km. So aku congak pegi balik sempat kot. Tu pun aku bawak laju  120km/j. Bagi aku laju la sebab biasa aku bawak 80-90km/j jer. Ngam-ngam la kiranya pegi bali 80km aku bawak sejam. Tak termasuk benti makan tengahari rmh dia.

Dalam perjalanan tu aku terpikir. Macammana orang yang opis jauh giler gi kerja?Pukul berapa bertolak? Pukul berapa bangun?Ada sorang sepupu aku duk kat Dungun tapi kerja kat Kerteh. Kalau aku rasanya memang  tak kerja dah sebab aku x suke drive, nak-nak kalu rutin. Kalo jadi co-pilot ok..nak gi sampai Zimbabwe pon takpe. Tak boleh bayang aku kena tempuh perjalanan 1/2jam pergi dan 1/2jam balik setiap hari. Mau aku drive sambil tido. Aku ni jarak dari rumah ke opis adalah dlm 5 minit, tu pon lama sebab ada traffic light, kalau jalan lurus jer harus 3 minit dah sampai. Sebab tu kadang-kadang opis hour kul 8, tapi kul 8 aku baru gerak dari rumah.

Aku respek la org yang  pagi-pagi dah meredah embun menuju ke tempat kerja yang jauh demi mencari sepotong ciskek sesuap nasi.

Note : Sape yang jarak dari rumah ke pejabat lebih dari 30km sila angkat tangan...Eh Ron97 naik lagi seposen kan kan? Kesian kat orang yang kje jauh-jauh..duit habis bayar minyak je kan.



muhasabah


Tengok youtube ni kat sini. Rasa terkesan sangat dan nak share dengan kawan-kawan.Marilah sama-sama kita menuju ke arah kebaikan.

glitter-graphics.com

Monday, January 31, 2011

Memang tak berkat

Ingat tak pasal entry INI dan INI. Memang btol tepon ni tepon curi aku rasa. Sebab tak semena-mena tel ni dah jahanam. Takde ribut, takde taufan apatah lagi tsunami, tetiba jadi 'hang'. Dah 2 hari aku hidup tanpa henpon. Perasaan?? Owh sukar digambarkan. Rasa macam hidup di zaman purba. Alahai macam la lahir-lahir je terus pakai henpon kan. Cubalah imbas kembali zaman-zaman dok bergayut kat public phone tepi jalan sambil nyorok takut abang aku nampak.

Sebenanrya memang niat aku tanak pakai dah henpon ni lepas hati aku berat kata ni henpon curi. Tapi belum sempat beli baru, maklumlah awal tahun dengan pendaftara dan yuran taska anak, daftar kafa, uniform itu ini, walaupun baru tadika tapi makan riban-riban gak tuk 2 org. Dalam aku dok berkira-kira nak cari pengganti, dia dah merajuk dulu. Nasib baik semua data simpan dalam memory card kalo tak nangis aku tau.

Harap tahun 2011 ni takde lagi igauan buruk aku berkaitan dengan henpon . Tahun lepas seingat aku  4  bijik henpon aku pakai dan semua berkesudahan dukacita.



glitter-graphics.com

Thursday, January 27, 2011

Blogger disaman 6juta RM

Takut aku baca.. Blogger kena saman 6juta RM bukan rupiah okey, pasal komen makanan kat sebuah restoren tak sedap. Pasni kalau makan kat mana2 pastu tak sedap duk dendiam yer. Kalau nak kutuk pon stakat dengan laki-bini jer. Off-record.

Ni kalau kena saman camni nak bayo guna apa ni..?? nak harapkan duit nuff patpuluh tahun pon blom tentu cukup. Jadi berhatilah kawan-kawan dalam berbicara kat blog. Kalau nak mengumpat or mengata tu kan janganlah terang-terangan, lite-lite dah la yer haha.

Click link bawah nun kalo nak tau rest mana yang saman blogger tu CLICK.


Tulisan merah lagi tu. Sharing is caring, rite!

Monday, January 24, 2011

Snow Prince

Sebenarnya bulan ni aku langgan pakej box office sebab nak kasi Wawa tengok citer Magika.Sebenarnya aku yg nak tgk hehe...Tapi kan hampeh..ank aku bo layan citer tu.Aku ingat dia ske tengok citer animasi yang banyak lagu camtu..nyanyi-nyanyi bagai,  tapi non ado... Aku plak yang sekejap-sekejap "kakak, kakak, tengok ni" paksa dia tengok bila ada scene menarik...nampak sgt aku yang konsentret tengok kan.

Ok, ok nak citer pasal Snow Princess ni..Tetiba ank aku ske tengok citer ni. Aku rasa dia kenan kat hero lelaki kenit yang belakon jadi Sota tu. Tengok sampai nangis-nangis masa part Sota dengan anjing dia (lupa nama apa) mati dalam salji. Masa scene yang Sota menangis sebab duit dia dikebas penyeluk saku, pon dia nangis.Amboi kemain lagi ko nak..tengok Sota nangis ko pon nangis sama. Kalau mak ko cubit, jengil-jengil mata siap bagi amaran keras sebab degil sikit pon ko tak nangis kan. 

Tapi kan citer ni bagus jugak la, sebab banyak unsur pengajaran. Aku pon sempatlah selitkan kisah teladan kat dia "tengok tu kakak, dokleh gi sekoloh, kena kije sebab tadok sen, makan nasik pon dege telo metoh jer(Mmg ada pon Sota dgn datuk dia ni makan telo mentah) kakak nok jadi gitu?"aku tanya. Satu lagi aku suka masa datuk Sota kata 'kita jangan berdendam dengan orang, sebab itu akan buat hati kita tak tenang' lebih kurang camtulah ayat dia. Masa duit Sota kena kebas tu pon datuk dia tak marah. Dia hanya kata 'mungkin orang tu lebih perlukan duit tu berbanding kita'. Walaupun itu cuma cerita tapi alangkan bagusnya kalau kita dapat serapkan dalam hidup sehari-hari.

Aku rekemen la citer ni utk korang tengok, sebab citer jepun kan watak dia lembut, sopan. Nak-nak mak si Soya (Heroin pompuan)kalaulah aku boleh jadi lembut dan baik mcm dia dalam menangani kenakalan anak-anak haha!! Click sini tuk sinopsis


Last Comment