Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, September 26, 2011

Tiada tajuk








glitter-graphics.com

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI


Masalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!. 

Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangainya dan sikapnya kerana pergaulan dengan kawan-kawannya yang rosak akhlak. Mungkin juga kerana  masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita. 

Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.

Jangan berdoa minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya. 

Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Klik DOA MUSTAJAB di menu bar. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.

Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".




"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 

Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Nota:

Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan. 

Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.

Wasallam.
Anda mungkin juga meminati:

glitter-graphics.com

Wednesday, September 21, 2011

Apdet campur-campur

Malas betul nak update blog semenjak dua menjak ni. Gambar raya pon tepek kat fb jer.


Semalam adalah aku puasa. Puasa ganti hari terakhir. Dugaan sungguh sebab dari tengahari aku dok teringat kat makanan. Nak makan apa berbuka nanti, berat, ringan, appetizer, pemanis mulut.Bukan sama ke apperizer dgn pemanis mulut? belasah jer. Last2 buka gugel konon nak cari idea(bukan ide nak msk, idea nak bli). Tengok tepung bungkus nampak sedap, bubur kacang pun sedap, lepat liat sedap(padahal x pernah mkn), qasidah pon nampak sedap (padahal tak ske qasidah). kemaruk lebih dari budak-budak hehe. Tapi ni jelah yang mampu aku buat balik kerja semalam.(Mak aku yang buat sebenarnya keh keh). Masa tengah menaip ni pon aku tgh makan bubur kacang ni..nyum..nyum

Ni kek marbel aku buat semalam untuk jamuan raya Taska WawAnis. Kek ni agak kering pasal tak cukup butter. Hujan ribut semalam malas plak aku nak ke kedai. Biasanya kalau buat kek marble aku suka guna sirap tamin sebab bila dah masak kek wangi semerbak tapi semalam sirap pon abis jadilah kek aku ni kek hijau biru aje.
Posing tepi tiang

Kirim salam pada uniform ijau PASTI, hari ni kanak-kanak vitage pakai baju raye...

Thursday, September 15, 2011

Apam polkadot

Orang lain dah naik ke bulan aku baru terhegeh-hegeh nak buat jet hihi. Orang lain dah buat pavlova aku baru terkisut-kisut buat polkadot.






Resepi dari discussion board Kongsi Resepi FB- saya ambik dari blog Farah (Opiskecikku) . Nak tgk step by step click sini http://opiskecikku.blogspot.com/2011/02/step-by-step-apam-polkadot.html - Kredit to farah. .

Bahan:

3 biji telur sejuk-dr peti ais (saya guna gred B)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasaPewarna

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

Cara saya..

1.Pukul gula, telur ovallete hingga kembang (Hingga menjadi putih)
2.Masukkan secara berselang seli tepung dan susu
3.Sambungkan dgn step 2 kat atas hingga abis..

#Resepi ni blh menghasilkan 90biji apam tapi saya guna mangkuk kertas besar jadi dapat dlm 50pcs jer.

Sunday, August 28, 2011

Biskut dahlia



Fisrt time aku buat biskut dahlia menjadi. Yang sebelum-sebelum ni dia menjadi gak tapi jadi lempeng hehe. Resepi aku ambik kat blog tersohor CIK MAT GEBU. Asalnya nak buat satu adunan jer tapi bila elok je menjadi sekut dahlia ni aku buat satu adunan lagi, dapat dua bekas satu utk aku satu utk mak aku.

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS, Anchor, atau mentega pilihan anda)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna beberapa titik esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Putar mentega dan gula aising hingga bersatu (jangan sampai kembang), masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga sebati.

2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan boleh ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit. Bergantung pada ketebalan biskut. Bakar hingga kuning keemasan.

4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, August 24, 2011

Blueberry cheese tart



Memandangkan anak-anak adalah hantu cis, jadi apa-apa resepi yang berasaskan cis haruslah aku cuba kan. Resepi bluberi cistat ni aku ambik kat blog ZURA sebab resepi dia tak guna banyak bahan dan kompem menjadik. Kredit to ZURA  yang menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-9 semalam. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, memakbulkan semua doa, memperkenankan semua permintaan kalian. Amin.

BLUEBERRY CHEESE TART

Pastry:-
250g butter
125g Gula icing
1biji Telur
440g Tepung gandum

Filling:

250g Philadelphia cream cheese
60g gula castor
20g butter
1biji Telur

Blueberry filling secukupnya

Cara:
1. Kacau butter dgn icing sugar sampai sebati - aku guna senduk kayu je
2. Masukkan telur, kacau sampai sebati.
3. Masuk tepung, gaul hingga jadi doh.
4. Ambil sikit adunan dan tekan dalam acuan tart.
Cucuk adunan dgn garfu agar x menggelembung masa proses bakar.

5. Bakar separuh masak.

Untuk filling:
Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.
Sudukan cream cheese ke dlm tart shell & kemudian bubuhkan sedikit blueberry keatasnya.
Corakkan dgn menggunakan lidi.

Bakar sekali lagi hingga cheese masak

Tuesday, August 16, 2011

Tiba-tiba teringat arwah ayah

Tiap kali ramadhan menjelma mesti ingatan aku kepada arwah ayam makin mendalam. Bukan sebab ayah meninggal bulan ramadhan tapi sebab banyak kenangan yang tak dapat aku luputkan dalam ingatan berkaitan ayah dan ramadhan.

Biasanya hari mula-mula puasa ayah akan ingatkan kami semua supaya niat sebulan. Aku rasa semua ayah pon akan buat mcam ni kan. Pastu tiap kali bangun sahur mesti ayah akan kejutkan setiap anak-anaknya SAMPAI BANGUN. Sape tak bangun akan dibangunkan sampai bangun. Mak aku kata suara ayah 'dok payoh paka spekar' jadi sendiri mau ingat la kan. Alhamdulillah sampai sekarang amalan sahur melekat kat aku adik beradik. Kalau taknak makan pon dorang bangun minum air. Aku sorrylah stakat minum air aku bedal nasik, berselera macam berbuka hehe.

Tiap kali menjelang nisfu syaaban pula, mesti ayah sibuk suruh mak buat kuih. "mok mung ari ni sepu, wak la kue ambe nok bowok gi sejid" Dulu manalah ada tradisi beli-beli kuih ni, kalau beli pon ketupat, tu pon sebab renyah nak buat. Malam tu kami adik beradik pakat tunggu ayah balik sebab biasanya ada kuih2 lebihan yang ayah akan bawak balik. Rindunya suasana itu.

Biskut kegemarah ayah plak biskut kacang. kalau nampak aku dengan kakak start nak buat kuih mesti dia akan pesan suruh buat biskut kacang dan kami akan buat bertin-tin. Dulu biskut main buh dlm tin jer mana ada bekas mcm sekarang. Bila dekat nak puasa mak ingatkan kami supaya jangan buang tin milo, susu adik nanti nak buh sekut.

Pagi raya mak dengan ayah akan masak nasi minyak (hidangan temurun) sampai berkilo-kilo.Masak guna dapur kayu macam org nak kenduri. Kadang-kadang sampai petang tetamu datang cari nasi minyak ayah. Biasanya pukul pagi 4 mereka dah bangun..siapkan nasi, gulai, bila kami celik mata dalam pukul 6 tu semua dah ready.

Dan aku ingin titipkan disini peristiwa yang paling aku tak boleh lupa tentang ayah. Peristiwa ni bukan berlaku di bulan ramadhan. Masa tu aku tgh tunggu SPM jadi aku dok rumah jadi tukang masak tak bertauliah. Mak aku kerja masa tu. Kerja estate atau orang panggil kongsi kong.Aku pun tak tau kenapa teruk benar nama kerja tu. Kalau zaman aku sekarang kong ialah punch card jadi kongsi kong mungkin bermaksud kerja secara beramai-ramai/kongsi kerja. Eh melalut plak. Sambung balik, Ayah masa tu dah pencen kerja estate tapi ayah ambik upah potong getah sebab ayah memang jenis dokleh duk saje kata orang Ganu. Lagipun masa tu ayah masih sihat. Biasanya ayah balik motong pukul 12tengahari, jadi dalam kul 10.30baru aku start masak.Tah kenapa hari tu ayah balik awal.Rasanya kul 10 dia dah sampai rumah dan aku masa tu belum masak apa -apa. Ayah gi kelebek apa makanan yang ada dan sedihnya memang takde makanan satu apa pon. Ayah buka tin susu enlene (aku tgk dari jauh sambil potong bawang ke sayur tak ingat) pastu aku dengar ayah kata ."mujur ada susu sket ni dalam dua sudu boleh wak air".Ayah buat sendiri susu dlm setengah gelas pastu dia ke meja makan nak minum. Belum sempat ayah hirup dia 'tepuh' (tangannya terlangar) sudu yg dia buat kuca air tadi. Habis tumpah tak sempat minum walaupun setitik. aku yang tengok terkesima + takut..mana tau kot aku jadi mangsa amarah ayah. Orang tengah lapar kan. Tapi ayah tak marah, mukanya bersahaja, dia cuma kata..'takdok rezeki' dan sampai hari ini bila aku terpandang tin susu enlene aku akan ingat peristiwa ni.

Last Comment