Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, May 3, 2010

Kuat makan salah , tak nak makan pon salah

Tajuk di atas bukan berkaitan dengan aku, tapi anak-anakku. Daku macam biasalah berat naik
10 kilo dah diet gitu-gitu jer tapi still tanak turun..haritu ada gak cuba diet karbo by Dr Atkins tuh tapi bila baca betul2 rupanya bf mum tak digalakkan diet cara ni. Mud masih hepi walaupun naik 10kilo lalala...ni gelak bebetul ke, gelak terpaksa ni ...

Ok berbalik pada cerita di atas, Wawa sekarang ni kuat betul makan.
Naik risau plak takut obes. Menu dia, pepagi mesti nasi lemak or nasi minyak, kuih mueh sorry la dia nak makan, Plak tu kena bli kat kedai kegemaran dia. tengahari kat sekolah tak tau dia makan apa, tapi belah petang sementara nak siapkan makan malam, kena bagi dia makan apa2 dulu untuk alas perut macam mee, n. lemak (peberet dia n lemak okey) atau beger or paling takde pon roti gadenia perasa coklat..itupun dia masih bersungut kata lapar..kejap2 tanya "ibu siap dok lagi masok?" kalau orang dengar mesti kata aku dera anak, kasi anak makan lewat. kalau plan nak makan kat luar dengan Hbby pon mesti kena bagi ini budak alas perut dulu..kalo tak monyok je muka kat meja makan. Oh lupa nak cerita kalau masak lauk peberet dia..mau dia ulang makan sampai 5-6kali..serius cakap kalo lauk fav dia kena nanok nasi lebih secetong or dua cetong dari biasa.Kalau aku marah dia makan banyak dia kata nak jadi 'gagoh'..adulah anak budak pompuan takyah la gagah perkasa.

Adik dia si Anis plak tanak makan.Puas pujuk baru nak makan..itupun kena suap.Kadang-kadang sambil bagi solehah makan, suapkan dia sekali. menu dia pagi petang koko crunch, kalo kasi tu laju jer tapi rasa cam tak seimbang plak. Tak tau dah nak wat apa..tukar susu tak jadi apa gak..tetap menten kurus macam kerengga.

Wednesday, April 28, 2010

Menang Contest..Haruslah canang seantero dunia kan

Hari tu joint contest yang dianjurkan oleh Pn Iza, tak sangka plak boleh menang. Pas joint contest tu lupa plak nak link Pn Iza, so tak taulah apa citer hinggalah Pn Iza sms mtk address sebab saya tak contact dia pas dia announce kat blog... Nasib baik Pn iza tak kasi hadiah tu kat org lain sebab saya cam x minat kan haha... padahal saya tersangatlah minat dengan beg bulu teddy tu tapi x tau dah menang ...
kengkawan seme..Pn iza ni memang ske wat contest..ni ada lagi satu contest yg dianjurkan oleh beliau..click sini untuk keterangan.


Nilah hadiah yang saya dapat (pic cilok dr blog Iza, harap Iza tak kisah ye :P)

Sunday, April 25, 2010

Nak tukar 'type' lah

Blog aku ni macam serabai je kan..jual barang kat sinilah,,kisah kehidupan pon kat sinilah..cam tak terurus sangat kewangan hehe.

So aku dah wat keputusan untuk tukar je tema blog biz aku ni kepada blog family.Rasa cam banyak lak citer nak diceritakan. Maklumlah anak dah tiga..mesti banyak kisah suka duka yang nak diceritaka, nak2 progress anak2..biar depa besar besok depa baca seksanya, sweetnya membesarkan dorang.

Ni nak tepek gambar yang dah sekian lama terperuk dlm enpon.


Markah ujian Bulan Mac Wawa..tetiba bulan Mac..bulan Jan & Feb takde plak sikenit ni wat blk.1st time tgk kertas ujian anak, jakun la kan haha..

Ske pics ni, gown turun temurun. Alahai gebunya pipi Solehah ada sesapa nak cubit keke..

Ni pic kat TMC ..ske soping malam2 , balik rmh terus bebudak ni keletihan & tido

Another pics

Ni budak kecik pon tau kan..playground hehe

Anis ni kecit tuet la, bila nak beso anak aku sorang ni

Thursday, April 15, 2010

Introduce my craft blog


Brooch tema hidupan laut ni harga RM 1.50sebijik..beli banyak leh diakaun lagi .Comey sangat tuk bebudak..leh buh kat beg sekolah....wawa susun berderet kat beg sekolah dia hehe

Ni sama Rm 1.50 sebijik


Salam kawan-kawan, ni tuan belog nak wat promo sket. Sudilah kiranya melawati blog kraft saya http://3ascraft.blogspot.com/, kalau xnak oder takpe click ads pon tuan belog dah cukup berbesar hati.

Sign ni nak tepek kat bilik nak dara...




Kek yang dah siap, stobery lewat sampai maklumlah oder dari cameron hihi




Ni lagi contoh felt craft. nak tgk banyak lagi click sini http://3ascraft.blogspot.com/

Wednesday, April 14, 2010

Menolak yang itu kerana inginkan yang ini...

wah tajuk tah apa2 je kan..

Nak citer semalam gi bli barang dapo+tunaikan janji pada anak2 ..lama dah tak bawak jalan2. jalan pon ke mesra mall jer..dalam 10minit dah sampai . Pas beli apa2 yang patut dan tak patut kat giant yang terpaksa ditukar ke nama TMC atas sebab2 yang tak dapat dikenalpasti, kami pon ronda2..Hby nak bli jam. Jam lama dia dah tu rosak..kena htr repair agent kat Kl , lama la plak nak siap, so belilah jam yg baru..tak kisah murah ke mahal..janji jam kan.

Hby suh aku pilih jam jenama solvil titus sebab patern tu je yg nampak feminin sket..tapi aku wat derk jer..jual mahal eh...padahal beli pakai duit plastik apa nak kira rege, dan sebagai org yg normal materialistik patutnya aku rembat jelah mana yang berkenan kan, tapi aku wat donno jer sebab aku ada modus operandi lain hahaha...mesti hbby pelik nape bini dia baik sangat..

SAYA MENOLAK ADA MAKNA TU...HAHAHA..gelak mafia

Thursday, April 8, 2010

Happy Birthday Hubby plak

2 April haritu genaplah usi hubby kesayanganku 43tahun. Selamat Ulangtahun ke-43 Hubby, Ibu doakan Hubby sentiasa berada dalam lindungan Nya, beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat.Amin...
Untuk Hby tersayang..air tangan sendiri nih
Blom siap sepenuhnya..ada nak touch-up sket lagi..tapi tak sabar2 nak upload .kalau ada yang berminat dengan felt craft ni boleh tengok hasil kerastanganku disini http://3ascraft.blogspot.com


Tak tau nak kasi hadiah apa sebenarnya, susah btol nak pilih hadiah utk org lelaki kan..Last2 mendapat ilham dari Pn Sue, actually dia srh buat tuk besday hby dia ujung bln April ni, last2 aku cilok idea dia dulu tapi yg Sue request tu lain petern dia hehe

Sunday, April 4, 2010

Happy 3rd Birthday Anis (30.03.07)

Selamat ulangtahun yang ke-3 Anissa Syahirah, Ibu sayang Angah walaupun slalu wat peel muahhhh
Comey tak rambut, ibu gunting sendiri hehe

Budak menyibuk mesti ada kan
Kak yang sedap tapi murah.... lala
Budak gemuk mesti ada gak

Ajmal & Aisyah..sebaya dgn Wawa & Anis

Ini je yang sempat disediakan, ada lah gak nugget dgn hotdog tapi xenterframe


Wah dah tiga tahun usia anak ibu.Ibu doakan Anis membesar dengan jayanya, almaklumlah anak ibu ni cenonet sangat orangnya sampai leh share baju ngan solehah hihi, jadi anak yang mendengar kata maklumlah org kata anak no 2 ni mmg pelik sket peelnya, jadi anak penyejuk hati Ibu & Abi, berjaya dunia dan Akhirat.amin..amin ya rabbal alamin.
Malam besday dia tu kami tak wat sambutan apa2 just pi dinner sekeluarga jer, oder makan banyak2 tapi Anis takleh makan lak sebab dia allergic dgn seafood, kalau ikutkan dia leh makan ikan selar dgn isi ayam jer..tu pon yang fresh..kesian anak ibu
Malam 31hb tu wat le celebration sket, tu pon unplanned celebration, kebetulan tengahari tu ibu ada urusan sket kat LDHN, pas settle semua pi makan kat Restoran Sri Limbong..org kemaman tau la rest ni kot hehe..kebetulan lalu kedai kek terus bli cuppocino choc cake with biskut marie filling..ha camtu la nama kek tu ..rasa memang best tak muak, plak tu kat atas ada love & ball choc..yg tu awal2 dah kena kidnap..hehe panjang plak citer..nengok gambar la plak ye

Last Comment