Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Tuesday, January 31, 2012

Wawa, Hana dan bas


Tenene..net..  tenene...net..  tenenenet....(ringtone nokia )
Saya "hello"

Dia "Hello, ni mak Awatif ke?"

Saya "Ye saya.."

Dia "Ini anak Puan tertinggal bas..dah menangis-nangis kat sini ni" Suara seorang perempuan mungkin cikgu kot . Tak penting untuk fikir siapa yang telefon yang penting anak aku dah kena tinggal dek bas huhu

Saya "oh! ye ker..ok2 sekejap lagi saya sampai, saya dah pegang kunci kereta ni"

Suara belah sana tak nerves..macam gelak-gelak, jadi saya syak situasi terkawal, kalau Wawa meraung mesti suara cikgu yang telefon tu paling tidak pon menangis.

Sampai ditempat kejadian, ramai lagi rupanya budak-budak yang belum balik. Saya dok imagine dia sorang jer lagi yang tinggal. Masa tu dia dok berpimpin tangan dengan sorang budak pompuan, soo suweet dua orang budak pompuan yang berbaju PJ dok berpimpin camtu. Saya syak budak tu Hana sebab hari-hari dia dok bercerita pasal Hana yang baik, Hana yang comel.. Hana itu, Hana ini...

Bila dia nampak saya dan saya nampak dia, saya terus tanya "kakak nangis yer" apa punya mak kan tanya macam tu dalam situasi sebegitu haha...

"dok" dia jawab, padahal saya dah nampak bekas air mata dipipi.

"Ni sape?," saya tanya lagi

"Hana" jawab dia..kan betul deria ke enam saya.

"Hana pon kena tinggal dek bas?"

Hana hanya mengangguk, memang comel budaknya, putih, kurus, mata bulat tapi bundar (kalau Wawa baca statment ni mesti dia dengki mak dia puji Hana lebih-lebih hehe)

Yang ada dalam kepala saya masa tu nak telefon mak dia aje lah, nak suruh datang ambik, sebab setahu saya Hana tinggal di Paka, 15km dari kerteh, ni saya keluar pon waktu pejabat without permission plak tu, takkan nak gi hantar dia pulak.

"Hana ingat no telefon mak tak?" saya tanya

"Tak" dia jawab sambil mengeleng..

"Suruh masuk jupe cikgu takmboh". saya dengar Wawa membebel pada Hana, Amboi mentang-mentang mak dia dah ada depan mata.

Saya masuk ke bilik guru tanya kot-kot cikgu kelas dia ada lagi, tapi cikgunya dah balik, cikgu lain yang ada kat situ suruh saya mintak dari pejabat. Baru je nak melangkah ke pejabat, tiba-tiba Wawa menjerit "bas mari doh" Hani plak.."Ha,ah itu bas dah datang" molek lah sorang cakap Ganu, sorang cakap bukan Ganu.
Wawa nak balik dengan saya, tapi saya perhati Hana pegang tangan dia tak lepas-lepas.
"Kakak, kakak teman Hana yer, sian dia sorang kalau kakak balik dengan ibu". Nasib dia ok jer, kalau dia nak balik dengan saya gak, kesian pulak si Hana tu.

Sampai je kat pintu bas, pakcik bas tersenyum pandang saya. Saya rasa dia ingat saya cikgu kot, saya pon takde nak menampakkan saya mak salah seorang budak tu, nanti pakcik drebar bas kata saya cerewet pulak, mentang-mentang dia lewat sikit, terus datang ambil sendiri anak.  Saya taknak dicop sebagai mak yang cerewet, walaupun saya sebenarnya mak yang cerewet dan sedikit hover kalau bab anak-anak ni.

Masa budak WawaHana ni menuju ke arah bas, budak dalam bas dok jerit Hana Muntana!Hana Muntana. Budak Hana ni wat selamba jer aku tengok, kalau wawa yang kena camtu aku rasa gerenti esok dia taknak gi sekolah atau sekurang-kurangnya dia taknak naik dah bas tu.

Bila balik ke rumah baru tau kejadian sebenar. Rupanya masa bas datang budak dua orang ni tengah main-main, diorang cuma sedar bila bas dah agak jauh. Ada plak budak nakal dalam tu kata."Jalan",  jadi pakcik tu ingat semua dah naik, dia pon jalan lah.  Pakcik drebar bas tu cuma perasan bila sampai rumah mak aku, tengok wawa takde dalam bas, jadi dia pon berpatah balik ke sekolah.

6 comments:

Irfa said...

fuh kejadian yg mendebarkan sebgi seorang ibu.hehe
anak saya pun penah kena dulu..
tapi tersalah naik bas..sampai la driver perasan dia sorang tak turun2 dr bas dan driver tu hantar dia balik keskolah.

apa2pun hati ibu ni mmg sgt risau pasal anak2

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

uihh kalo aku...mmg panik dah tie..ahahaha tah2 cik annur rilek je aku yg over... tie, kite mak2 mmg gitu...nalurikan... lantak la cerewet ke apa org nk kata, anak kite suka hati la...

Jasfyra said...

hai mak yg cerewet dan over..hahaha.adeh sian plak aku baca psl wawa ni.tp sib baik ada hana kan.cam dina best friend dia nama aisyah.aku pun dah jd best friend mak aisyah skg ni.

yang benar:
mak yang cerewet dan over jugak.kah3

lieyalatif said...

ya Allah...berderau darah lieya bace hah...boleh plak camtu kan...pakcik bas tu pun satu, dok dengar ckp budak ape hal...ko ringankanlaa bontot pi cek sorang2...dahtu tanggungjawab ko, org dah bayar ko....eiiii lieya plak yg emo.....

tu ari tu, lieya kensel amik transport tuk mia...gigih lieya waktu lunch pi jenguk die...tu seb baik laa dekat....harap2 bende camni tak jadik la lagi kan....

kakLuna said...

bagus la pakcik bas tu..sanggup patah balik...mudah2an rezeki dia murah ...

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Irfa - memang mendebokan, harap2 tak berulang dah kes tertinggal abs ni

Sue - Bab anak2 kena cerewet, tu je harta kita kan

Zuera - Betul la, sib baik berdua, nantilah aku nak kenal gak dgn mak si hana ni

Lieya latif - Itulah kira ni 1st time kira oklah kalau terjadi lagi mmg cari bas lain lah. Itulah Tie mmg respek kat lieya..super mom hehe

kak Luna - Pakcik debar tu pon gelabah,nasib tak jauh sgt rmh dengan sekolah tu..dalam 5 - 10minit

Last Comment