Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, June 27, 2011

Memasak dengan kasih sayang untuk Ibunda tercinta

Ni menu hari jumaat baru ni sempena mak aku 'Raya' dan sempena besday mak aku 26.6(Aku masak awal sebab 26.6 aku kje). Resepi ni aku olah ikut suka ati aku  sebab banyak sangat versi nasi beryani yang aku jumpa tak tau nak ikut mana satu.
Nasi Beryani
4 cawan beras basmathi (anggaran sekilo)
4 cawan air
4 sudu minyak sapi
2labu bawang besar -Dimayang
5ulas bawang putih - Dimayang
1" halia - Dimayang
2tangkai daun pudina
3tangkai daun kari
Rempah beryani Faeza
1 cawan susu cair (masukkan 2 sudu cuka utk jadikan susu masam)
Garam
kismis
Gajus
bawang goreng untuk hiasan
Pewarna kuning

Bahan tumis
2batang kulit kayu manis (yg kecil kalau besar buh sebatang jer)
2kuntum bunga lawang
3buji buah pelaga
5kuntum cengkih

Cara memasak
1. Panaskan minyak sapi.
2. Tumis rempah 4 beradik hingga naik bau.
3. Masukkan bahan yang dimayang bersama daun kari dan rempah beryani.Tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan susu masam dan air.Tunggu hingga mendidih.
5. Apabila sudah mendidih masukkan beras, daun pudina dan garam.
6. Bila nasi sudah kering titikkan cat warna kuning.Biar hingga masak.
7. Kaupbalik nasi perlahan-lahan supaya beras tidak patah. Masukkan kismis dan gajus kaupbalik lagi .
8.Apabila nasi masak tabur gengan bawang goreng


 Dalca
1 paket rempah (rempah kari kertas)
Setengah cawan kacang dal (rendam semalaman)
300g ayam (Ambil bahagian bertulang)
300g daging (Rebus empuk.Jangan buang air rebusan)
Kacang panjang,
Terung -potong memanjang
Ubi kentang
Lobak merah -Potong memanjang
Bunga kubis
Lada besar - Belah 2
2cawan santan /susu cair
Sedikit air asam jawa(sesetengah org buh pelam putik jadi xyah buh dah air asam jawa)
garam & serbuk perasa
Bahan tumis
5ulas bawang merah-Dimayang
3ulas bawang putih-Dimayang
1" halia-Dimayang

Cara memasak
1. Tumis bahan yang dimayang
2.Masukkan serbuk kari..tumis hingga garing.Masukkan kacang dal
3.Masukkan ayam dan daging bersama air rebusan.tunggu hingga mengelegak.
4.Masukkan ubi kentang serta lobak merah. 
5.Apabila sayuran separuh empuk masukkan air asam jawa dan santan@susu cair tadi.
6.Akhir sekali masukkan kacang panjang, terung, bunga kubis dan lada besar.

 Ayam Masak Merah
1.2kg ayam
20-30tangki lada kering-Rebus dan blend
2labu bawang besar-Blend
5ulas bawang putih -Blend
3batang serai -Blend
5sudu sos tomato
Kacang pis

Cara mamasak.
1.Tumis bahan yang dikisar hingga betul-betul masak.
2.Masukkan ayam dan sedikit air.
3.Apabila ayam hampir masak, masukkan sos tomato.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4.Tabur kacang pis
 Ayam Berempah
10 ketul ayam
2labu bawang besar-Kisar
5ulas bawang putih-Kisar
1"halia-Kisar
2sudu serbuk kari
1sudu serbuk kunyit
3sudu tepung jagung
sedikit garam
daun kari
 
Cara memasak.
1. Perap ayam dengan bahan-bahan dia atas sekurang-kurangnya satu jam
2. Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak

1 comment:

LYAfrina said...

rajinnyer masak..
mmg sedap:-)

Last Comment