13.Dis.2010
1.45 tengahari ~ Lepas dapat surat dari Dr. Zakaria terus ke KMC. Sampai sana memang konfem msk wad sebab kena wat ujian darah dan x-ray tapi wad penuh pulak, so terpaksa bermalam di rumah Abang di Balok Makmur sementara tunggu pihak hospital telefon.
14. Dis.2010
2.48 petang ~ Dah selamat masuk bilik tanpa apa-apa check-up, sampailah sorang sister datang utk check suhu badan..39.9 darjah C, tinggi terus kasi cool fever satu buh kat dahi, satu kat belakang badan, pastu masuk ubat kot montot.
3.30 petang ~ Cek suhu badan turun sket jer 38 darjah C, masuk sebiji lagi ubat kot bontot. Sementara tu ibu dok jelum badan sebab ubat bontot tu mcm x berkesan je.
4.29 petang ~ Masuk bilik x-ray
4.50 Ptg~ Dr yang incharge Anis, Dato Dr. Hj Abdullah Zawawi bin Salleh masuk tuk monitor keadaan dia, suhu badan dah turun sikit tapi keadaan masih weak sampai nak bercakap pon x larat. Sedih sgt masa ni. Masuk bilik apa tah untuk ambik darah. Darah Anis dimasukkan dalam 3 bekas berasingan dan mengikut kuantiti tertentu...saya tengok dari A-Z memang x gerun sebab dah biasa, cuma biasanya saya yg kena ambik darah, ni tgk anak plak.Anis pon nangis masa Dr. masukkan jarum tu jer pastu dia diam jer..lemah x bermaya. Keputusan ujian darah paling lewat akan dpt pagi esok
Sempat ambik gambo ni jer, segan dgn Dr hehe |
Walaupun sakit masih semangat mengorek bijih hehe
9.15malam ~ Start ubat antibiotik
15.Dis.2010
Pagi-pagi Dr masuk terangkan pasal ubat yg anis kena makan. Demam, selsema, batuk, cair kahak & antibiotik (yg ni pakai inject). Pastu kena sedut pakai nebulizer setiap 4 jam sekali sebab dia ada lelah. Fungsi nebu ni ialah utk kembangkan paru-paru, so kahak dlm paru-paru tu akan kuar samada melalu muntah or penyahtinjaan. Anis x pernah sekalipun muntah pakai benda ni so aku agak kahak tu kuar masa dia berak la kot.
Keadaan Anis dah ok sket bila Dr start bagi antibiotik. Demam still on-off. Makan minum memang xnak harapkan air yg yg msk kot tangan dia tu jer..
Asik tido jer , susu pon taknak
16.Dis.2010
Kondisi dah ok sket. Dah nak makan bubur walaupun hanya 2-3 suap.
Minah ni ok jer bila pakaikan nebulizer ni, dengan asap berkepul-kepul tak banyak kerenah pulak dia. tanak bagi ibu pegang, nak pegang sendiri.Dah stop masuk air. 3 botol masuk air.
Start melasak, cuba nak buang drip kat tangan sampai berdarah
Start melasak, cuba nak buang drip kat tangan sampai berdarah
Dapat sarung tangan baru, baek punya balut sampai ke jari jemari
Dah bertambah baik. Muka dah tak pucat. Makan pon boleh tahan banyak. Ibu xleh dah ngecek makanan spital dgn dia, SIL yg tlg htr makanan. Thans K long(SIL) tlg basuh baju, tlg masak, tlg htr plak tu..Allah saja yg mampu balas jasa baik K Long.
Tak culas makan ubat..i like
Masa ni pukul 8.12. malam. Dia request nasik pulak.. padahal dah makan bubur kul 6. Nasib baik ada kawan bgtau restoren Aliff kat depan spital ni dia htr makanan sampai ke bilik. Mtk no tepon dengan nurse tak sampai 10minit makanan pon sampai.18.Dis.2010
Sangat gumbira sebab boleh discharge hari ni
Nebulizer terakhir sebelum balik
Video Anis makan ubat...abaikan suara latar ala2 doremon itew.
*** Tq, sila datang lagi ***
8 comments:
syukur alhamdulillah da kuar spital... penah lalui gak saat menduga cenggini...
neway taking gud care yer=))
al-hamdulillah anis dah sihat :) lepas ni kite semua kena beringat jgn leka2 klu anak demam ke hapa..cepat2 p spetal.. skrg ni mcm2 penyakit ada...
sian anis.. nampak susut badan dia... take care sayang...
tq dear...
mmg perlukan mental yg kuat kan nak faced sume ni. zura baru anak sorg. sekali adam kena warded sbb keracunan. baby sitter bg susu basi doctor suspek. waaa... dunia raser kelam... =((
kesian anis... ngeri tengok yg tangan berdarah tue...
alhamdulillah...dah sihat..
anis, xmo cakit2 lg ye..nanti ibu risau
syukur dah sihat....
alahai... lemah longlai jer nampak anis masa mula2 admitted tu. alhamdulillah dah sembuh =)
Post a Comment