Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Thursday, August 19, 2010

Roh di bulan Ramadhan

Ayahanda, semasa sambutan hari lahir Wawa yang ke-2
Ayahanda , Hari Raya Aidil Fitri 2007

Dapat emel ni dari seorang kawan...Teringat arwah Ayah Abdullah Bin Ismail yang telah pergi menemui penciptanya pada 3.Jan.2008. Moga Allah menempatkan Ayahanda bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah buat Ayahanda tercinta.

Pada kawan-kawan yang telah kehilangan insan istimewa. Bacalah...


"Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan. …….. Insyaallah…………

3 comments:

Cheritera Kami said...

al fatihah

hasma said...

sayu hati...
dulu masa mula arwah toki meninggal ma tak leh tengok orang tua yang sebaya toki...mesti menangis...
ari tu sekali dlm bank...
air mata terus keluar...
even sekarang pun...
Arwah ayah long pun ma sayang...
terkilan tak dapat balik...
semoga mereka semua ditempatkan bersama dengan orang2 yang soleh dan dirahmati...
al-fatihah...

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Re (Ma)- betul tu, walaupun dah lama mereka pergi tapi hangat kasih sayang mereka masih terasa. Mcm Ayh Long dengan anak sendiri mmg garang tapi dgn anak org/ank buah baik giler.K Tie slalu terkebil-kebil tgk dia bagi duit kat sepupu2, kalo dgn kami mmg x berani nak mintak...tapi bila Ayh Long dah takde baru tau nilai kasih sayang seorang ayah

Last Comment