Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Thursday, June 14, 2012

(QUILT) bedspread RM199 per set / 100% cotton


glitter-graphics.com
 Quilt Set Size: 230cm x 250cm (1 bedspread and 2 pillow cases only)Suitable for KING & QUEEN SIZE BED  Rm199.00 (Not including postage)  Postage semenanjung rm10 (courier express)  Postage Sabah/Sarawak rm30.00.   Singapore/Brunei rm40 (Pos Malaysia > air parcel)

Thursday, April 12, 2012

AMBLIOPIA (LAZY EYE - MATA MALAS)

Wawa ada masalah lazy eye, tu pon saya baru tau lepas nurse datang cek mata kat sekolah. Memang saya tak pernah tau tentang lazy eyes ni. Mujur bila google jumpa banyak info pasal mata malas ni. Kesiannya anak ibu, baru umur 7tahun dah kena pakai spek, tapi kalau tak pakai lagi teruk effectnya kata Dr.

Sape-sape yang rajin dan nak tau pasal lazy eye ni,boleh baca kat bawah

AMBLIOPIA (LAZY EYE - MATA MALAS)

Kemampuan penglihatan yang buruk pada satu mata saja yang disebabkan oleh suatu problem pada saat perkembangan mata, dapat mengakibatkan kerusakan penglihatan berkepanjangan pada mata tersebut. Kondisi ini disebut ‘lazy eye’.

Apa itu Ambliopia (Mata Malas)?

Kemampuan penglihatan yang buruk pada salah satu ataupun kedua mata yang disebabkan oleh cacat pada perkembangan penglihatan normal semasa kanak-kanak dapat menyebabkan kondisi seumur hidup yang disebut “lazy eye” atau mata malas.

Apa penyebab Ambliopia (Mata Malas)?

Mata Malas (Ambliopia) adalah kurang jelasnya penglihatan akibat perkembangan penglihatan yang tidak sempurna dalam otak. Otak manusia membutuhkan stimulasi visual untuk berkembang sepenuhnya. Pada saat perkembangan anak sejak lahir hingga usia 8 tahun, apapun yang menghalangi atau menggangu jelasnya penglihatan dapat menyebabkan ambliopia. Penyebab umum termasuk ukuran kacamata tinggi (contohnya astigmatisma, hiperopia dan miopia), mata juling (strabismus), atau apapun yang menghalangi aksis visual pada satu mata (contohnya kelopak mata turun, katarak anak). Mata malas (ambliopia) biasanya hanya mempengaruhi satu mata, tetapi apabila kedua mata kurang mendapat visual yang baik dan jelas untuk periode yang berkepanjangan, kondisi dapat timbul pada kedua mata. Diagnosa dini meningkatkan kemungkinan suksesnya pengobatan, karena setelah usia 8 tahun, kerusakan visual dapat menjadi permanen. Sebaliknya, jika anak anda tidak mengalami ambliopia hingga usia 8 tahun, maka kemungkinan untuk mengidap ambliopia sangatlah kecil.

Bagaimana saya tahu jika anak saya mengidap Mata Malas (Ambliopia)?

Anak yang mengidap ambyopia biasanya tidak mengeluh tentang penglihatan yang buruk, sehingga masalah ini terkadang baru diketahui saat penglihatan kedua mata diperiksa (contohnya saat tes mata di sekolah). Kadang kala, orang tua menyadari bahwa mata anaknya juling (strabismus) yaitu ketika satu mata tampak tidak sejajar dengan mata lainnya. Dalam kondisi tertentu ini (contohnya keberadaan strabismus, kelopak mata turun, atau halangan pada aksis visual), dokter anda perlu memeriksa penglihatan anak anda untuk keberadaan ambliopia secara teratur.

Apa yang membuat anak saya beresiko mengidap Mata Malas (Ambliopia)?

Anak Anda mempunyai resiko yang lebih tinggi jika dia memiliki:

- Astigmatisma yang besar, rabun jauh (miopia) atau rabun dekat (hiperopia)
- Perbedaan ukuran kacamata yang besar antara mata satu dengan lainnya
- Gangguan penglihatan karena cacat sejak lahir seperti kelopak mata turun (ptosis), katarak atau
luka pada mata
- Strabismus atau mata juling dimana mata yang tidak sejajar tidak digunakan

Jenis perawatan apa yang tersedia untuk Mata Malas (Ambliopia)?

Pertama, jika ada ketidaknormalan ukuran kacamata, anak perlu diberikan kacamata yang sesuai untuk digunakan sepanjang waktu. Kemudian, anak perlu didorong untuk menggunakan mata yang malas. Ini biasanya dilakukan dengan menambal atau menutup mata yang baik, biasanya untuk beberapa jam setiap hari. Pengobatan mungkin memakan waktu beberapa bulan, dan bahkan beberapa tahun, dan seringkali lebih efektif ketika dimulai pada usia dini. Jika ambliopia terlambat terdeteksi (contohnya setelah usia 8 tahun), ada kemungkinan kerusakan visual tidak dapat disembuhkan. Karena itu sangatlah penting untuk memeriksakan mata anak anda jika anda atau pelayanan kesehatan sekolah mencurigai atau menemukan problem penglihatan.

Thursday, March 15, 2012

Dan duit turun dari langit

Dalam 3 orang anak, Anislah yang paling susah nak handle, yang paling sukar diduga..memang betul kata orang anak no2 memang berperangai pelik. Bila baik terlalu baik, tapi kalau dia start buat perangai, nak dapat balik mood baik dia tu Allah saja yang tau. Anis sayang bila besar nanti baca coretan ibu untuk awak ni ye.

Anis paling pendiam tapi bila awak mula bercakap payah pula nak suruh stop
Anis paling payah bangun pagi tapi bila mood awak ok, awak bangun tanpa Ibu kejutkan, mandi & pakai baju sendiri
Anis paling susah nak makan, berkali-kali ibu panggil ajak makan awak buat 'donno' tapi bila makanan tinggal sesuap jer lagi baru awak kecoh-kecoh nak makan
Jangan cuba buat janji dengan awak, sebab sampai ke lubang cacing awak akan tuntut janji
Awak paling suka beli selipar, kalau gi mana-mana wajib beli selipar atau kasut untuk awak. Tapi awak kadang-kadang mencabar kesabaran ibu walaupun addit dgn selipar tapi sampai hari ni awak masih pakai selipar terbalik

Dalam pendiam awak, kadang-kadang terbit juga ayat-ayat power yang menusuk sukma ibu.

Contohnya bila awak nak beli sesuatu yg melampau-lampau ibu akan kata "ingat Ibu kerja cop duit, nak beli itu, nak beli ini?"
Awak akan jawab  "Doh tu bakpe ibu dok kerja cop duit senang Angah nok beli"

Bila ibu terlewat pagi-pagi awak akan tanya "ibu mari lewat ni kekgi(nanti) Bos ibu buang ibu keje ye?"

Dan ibu paling tak tahan bila awak kata awak taknak kawin, sebab awak taknak beranak, sebab beranak sakit...

Sunday, February 26, 2012

Dan buah kelubi


Pukul 2 pagi En Hby tak boleh lelap sebab dia baru je sampai rmh. Blk dari ostesen. Mulalah dia kacau aku tido.

"Ibu tau dok petua nok kepeh(kempis) perut? ada kawan Abi kabo baru ni"

"Guane" aku tanya dalam nada tak excited..

"Ambik buoh kelubi, buang butir blender pastu minum air"

Terus aku celik mata. "Bi mende ni pukul dua pagi sebut buoh kelubi, kecur liur orang!"

"Hahaha!..ye ah Abi kecur liur gok ni"

Itulah saje kisah buah kelubi, kan korang pon dah dapat satu petua.

Wednesday, February 22, 2012

Dan nota buku

Kejadian 13.2.2012. Wawa tertinggal buku lagi. Sebagai ibu yang prihatin, mencilok lah saya waktu kerja sekejap gi hantar buku dia. Memandangkan sepanjang minggu tu dia ada latihan sukan, jadi saya tinggalkan nota penuh kasih sayang ini bagi menyuntik semangat dia untuk belajar. Macamlah anak dah masuk unibesiti hahaha. Masa gi hantar tu, budak-budak memang takde tapi ada cikgu dalam kelas tengah semak buku latihan. Saya pon minta izin nak hantar buku ke meja dia. Malulah kalau cikgu tengok nota saya tu.

Petang tu sampai je rumah nenek, terus tanya Wawa

"Tadi ibu gi ato buku kakak , ada dok bawah meja?"

"Ade" jawab dia

Saya dengan nada exsited tanya lagi

"Ada dok nota, baca dok mende hok ibu tulis?"

"Ada, tapi kakak dok baca, kawan kakak baca" Dia jawab tanpa rasa bersalah

Nasib kau baru darjah satu kakak, kalau darjah nam, dan-dan tu gak ibu suruh kau berhenti sekolah.  

Thursday, February 9, 2012

Aku & makanan sejuk beku

Gambar sekadar hiasan (Ihsan google)


Semenjak semakin bz ni makanan sejuk beku adalah pilihan tetap (bukan tepat ye) saya. Bukan apa, kadang-kadang Wawa request nak bawak bekal last minit, jadi yang cepat dan senang adalah makanan sejuk beku. Bila singgah kedai runcit je memang beli sebungkus dua naget, fishbol, mitbol, krebstik, sosej buat stok, kalo time poket kembung beli yang berjenama dan produk muslim tapi kalu time poket bocor beli je yang paling murah tapi akhir-akhir ni timbul isu sosej ramli yang ada DNA 'benda tu'. Risau pulak sekarang nak beli makanan sejuk beku ni, sebab dah sah-sah beli muslim produk pon timbul lagi isu macam ni. Walaupun pihak Ramli dan buat sidang akhbar kata produknya halal tapi saya masih waswas. Bila timbul waswas hukumnya jadi haramkan?

Kawan-kawan yang selalu buat bekal untuk anak-anak, apa yang korang bekalkan yer, boleh bagi cadangan kot-kot aku boleh tiru. Janganlah bagi cadangan suruh aku buat naget or sosej sendiri plak yer, ibu menambah beban namanya..

Sekian terima kasih.

Aku & makanan sejuk beku

Gambar sekadar hiasan (Ihsan google)


Semenjak semakin bz ni makanan sejuk beku adalah pilihan tetap (bukan tepat ye) saya. Bukan apa, kadang-kadang Wawa request nak bawak bekal last minit, jadi yang cepat dan senang adalah makanan sejuk beku. Bila singgah kedai runcit je memang beli sebungkus dua naget, fishbol, mitbol, krebstik, sosej buat stok, kalo time poket kembung beli yang berjenama dan produk muslim tapi kalu time poket bocor beli je yang paling murah tapi akhir-akhir ni timbul isu sosej ramli yang ada DNA 'benda tu'. Risau pulak sekarang nak beli makanan sejuk beku ni, sebab dah sah-sah beli muslim produk pon timbul lagi isu macam ni. Walaupun pihak Ramli dan buat sidang akhbar kata produknya halal tapi saya masih waswas. Bila timbul waswas hukumnya jadi haramkan?

Kawan-kawan yang selalu buat bekal untuk anak-anak, apa yang korang bekalkan yer, boleh bagi cadangan kot-kot aku boleh tiru. janganlah bagi cadangan suruh aku buat naget or sosej sendiri plak yer, ibu menambah beban namanya..

sekian terima kasih.

Last Comment