Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Thursday, March 15, 2012

Dan duit turun dari langit

Dalam 3 orang anak, Anislah yang paling susah nak handle, yang paling sukar diduga..memang betul kata orang anak no2 memang berperangai pelik. Bila baik terlalu baik, tapi kalau dia start buat perangai, nak dapat balik mood baik dia tu Allah saja yang tau. Anis sayang bila besar nanti baca coretan ibu untuk awak ni ye.

Anis paling pendiam tapi bila awak mula bercakap payah pula nak suruh stop
Anis paling payah bangun pagi tapi bila mood awak ok, awak bangun tanpa Ibu kejutkan, mandi & pakai baju sendiri
Anis paling susah nak makan, berkali-kali ibu panggil ajak makan awak buat 'donno' tapi bila makanan tinggal sesuap jer lagi baru awak kecoh-kecoh nak makan
Jangan cuba buat janji dengan awak, sebab sampai ke lubang cacing awak akan tuntut janji
Awak paling suka beli selipar, kalau gi mana-mana wajib beli selipar atau kasut untuk awak. Tapi awak kadang-kadang mencabar kesabaran ibu walaupun addit dgn selipar tapi sampai hari ni awak masih pakai selipar terbalik

Dalam pendiam awak, kadang-kadang terbit juga ayat-ayat power yang menusuk sukma ibu.

Contohnya bila awak nak beli sesuatu yg melampau-lampau ibu akan kata "ingat Ibu kerja cop duit, nak beli itu, nak beli ini?"
Awak akan jawab  "Doh tu bakpe ibu dok kerja cop duit senang Angah nok beli"

Bila ibu terlewat pagi-pagi awak akan tanya "ibu mari lewat ni kekgi(nanti) Bos ibu buang ibu keje ye?"

Dan ibu paling tak tahan bila awak kata awak taknak kawin, sebab awak taknak beranak, sebab beranak sakit...

2 comments:

MAYA said...

hahaha.. ayat last sekali tu kelakar..

anis oh anis.. comei lah ayat2 kamu..

Irfa said...

kemain dia yer//cerdik budaknya
anak no 2 saya lelaki..masak kecik2 dulu mmg mencabar kesabaran saya..skrg dah 7 tahun..dah baik sikit

Last Comment