Gambar sekadar hiasan (Ihsan google) |
Semenjak semakin bz ni makanan sejuk beku adalah pilihan tetap (bukan tepat ye) saya. Bukan apa, kadang-kadang Wawa request nak bawak bekal last minit, jadi yang cepat dan senang adalah makanan sejuk beku. Bila singgah kedai runcit je memang beli sebungkus dua naget, fishbol, mitbol, krebstik, sosej buat stok, kalo time poket kembung beli yang berjenama dan produk muslim tapi kalu time poket bocor beli je yang paling murah tapi akhir-akhir ni timbul isu sosej ramli yang ada DNA 'benda tu'. Risau pulak sekarang nak beli makanan sejuk beku ni, sebab dah sah-sah beli muslim produk pon timbul lagi isu macam ni. Walaupun pihak Ramli dan buat sidang akhbar kata produknya halal tapi saya masih waswas. Bila timbul waswas hukumnya jadi haramkan?
Kawan-kawan yang selalu buat bekal untuk anak-anak, apa yang korang bekalkan yer, boleh bagi cadangan kot-kot aku boleh tiru. janganlah bagi cadangan suruh aku buat naget or sosej sendiri plak yer, ibu menambah beban namanya..
sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment