Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Wednesday, February 9, 2011

Kek coklat tanpa telur

 Selalu sangat nak buat kek coklat tapi tengok-tengok telur takde, telur org tu adalah tapi takleh plak nak buat kek..hakhakhak dah acap kali jadi lagu ni aku pon godek resepi kek coklat ni. Memula mcm pelik sebab buh air kopi, cuka bagai tapi tengok Pn dayangjack masterchef buat ok jer aku pon  folo jerlah. Hasilnya..hmm memang tak mengecewakan. Lembut, basah, terasa kecoklatannya.

Nak tengok kek tuan empunya resepi click blog dayangjack

KEK COKLAT TANPA TELUR { 5 } by dayang Jack

Bahan-bahan : loyang kecil
* 1 cawan tepung gandum*
* 1/3 cawan serbuk koko hitam* -Saya guna vochelle
* 1 sk serbuk penaik*
* 1/2 sk soda bikarbonat*
* 1/4 sk garam
* 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
* 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung - saya guna minyak masak jer
* 3/4 cawan air kopi panas
* 1/3 cawan susu segar
* 1 sk esen vanilla
* 1 sk cuka / jus lemon - saya guna cuka

Cara-cara :
1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

3 comments:

Zana_MamaBatrice said...

uisssh...sedapnya...
alaaa...bab membakar tu yg lemah tu...kat rumah takde oven...kalau nak buat pun..pakat kek coklat kukus jer ...

Anonymous said...

folo & BW..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^_^)


p/s:sedapnyer kek coklat tue..

Jasfyra said...

cuba ko pos ke aku sket,nk rasa betul ke sedap..haha.padahal mls nk baking sendiri

Last Comment