Mula-mula kami ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Kawan aku kata Mira kek lapis pon sedap gak tapi dah debar bawak ke sini aku pon malas la nak banyak songeh. Kalau naik bot dari tepi sungai tu tambang 50sen jer tapi sebab naik teksi bermeter aku tengok rate bila sampai sini dekat Rm40++dah.
Tengah tunggu Kereta Sewa |
Kek yang belah sinun RM10 seketul |
kek Lapis untuk 'tester' tapi bila dah 'test' banyak lagu ni aku rase semua same je |
kek kat rak ni mahal sket RM20 |
Kami borong 2 kotak kek lapis jer |
Sempat ke bahagian kek lapis diproses |
Destinasi seterusnya ialah ke Semenggoh tengok orang utan. Perjalan dari tempat kek lapis Dayang Salhah mengambil masa lebih kurang sejam. Nak tengok orang utan kat sini kira atas nasib gak la sebab orang utan ni dorang biarkan bebas.Time makan dalam kul 3 diorang akan panggil orang utan ni tapi kalau kata orang utan ni dah kenyang or takde mud nak beramas mesra maka takdelah rezeki kita nak tengok binatang yang juga dikenali dengan nama chimpanzi ni. Jumlah orang utan kat sini 20 ekor tapi masa kami gi yang kuar 4ekor jer tu pun kira nasib baik sebab kadang-kadang time guest datang takde sekor pon yang tunjuk muka.
Merakam memori di sini |
Diberi taklimat tentang keselamatan semasa berada di sini |
Orang utan paling beso kat sini kot |
Tersampuk orang utan terus bergaya lagu ni |
No comments:
Post a Comment