|
Sungai Sarawak |
|
1st time menjejakkan kaki di Airport Kuching |
Alhamdulillah kami telah selamat tiba di Kerteh ahad (23.10.11) jam 7.15pagi. Syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnianya telah mempermudahkan percutian kami.Oh ayat aku. Percutian aku ni bolehlah dikira main redah aje. Biasalah dengan 3budak comel nakal kadang-kadang apa yang kita plan tak menjadi. Ditambah lagi Solehah tak berapa sihat jadi aku berdoa banyak-banyak jelah moga sikenit ni tak meragam. Sebelum gi aku dah usha tempat-tempat menarik, makanan, souvenir yang patut dibeli kat sana, jadi dalam kepala dah ada la point cuma tak buat itinerary, sebab semua bergantung pada keadaan cuaca, mud anak dan yang penting sekali aliran keluar hak..hak.
Kerteh - LCCT - Kuching -
Part 1
Kami tiba di Airpiort Kuching khamis (20.10.2011) jam 9.00 pagi. Awal bulan 10ritu aku buking hotel Harbour View, tapi lagi seminggu nak berangkat aku cari info pasal hotel ni dorang kata bathroom dia takde hose(salur getah nak beristinjak apa seme). Mmg problem ditambah lagi dengan 3 budak kenit nak po-po..nak she-she, jadi aku pon kensel buking kat situ. Last minit cari hotel mmg sakit kepala nak-nak aku kena cari bilik yang ada queen or king twin bed. Alhamdulillah akhirnya kat
Grand Margherita Hotel ni ada 1 lagi bilik duluxe twin. Petronas rate RM309/per day inc.breakfast. Non corporate rate 329 kalau tak silap. Hotel ni terletak betul-betul berhadapan dengan tugu kuching dan bersebelahan dgn sungai. Patutnya aku buking bilik yang mengadap sungai tapi sebab aku check-in awal (seawal 9.30pagi) jadi dapatlah bilik yang mengadap bangunan ajo.
|
Bilik kami. Nasib ada bath tub kalau tak haru juga budak-budak asik nak berendam dlm pool jer |
20.10.2011 -
2.00 petang ~ Jalan cari makan, tapi tak jumpa kedai melayu. Akhirnya makan
hartzchicken kat sarawak Plaza. Buffet style Rm 17 untuk dewasa dan Rm 9 kanak-kanak.(Tak sure rate nanti update balik). Boleh makan untuk tempoh dua jam. Berbaloi lah sebab makanan agak banyak satu lagi tak payah pening pikir menu. Habis makan singgah 7-E beli panadol kanak-kanak.Solehah makan 2 bijik terus aktif.
|
Mula - mula makan nasik |
|
Pastu aku belasah spageti plak
|
|
Seberang sana ada kedai makan, kedai kek lapis |
|
Waterfront waktu siang |
4.00 Petang ~ Jalan-jalan lagi sepanjang persisiran waterfront, saje cuci mata, kat waterfront ini ada perkhidmatan bot, ada 3 jenis perkhidmatan. Bot Penambang yang tambangnya 50sen sahaja, bot Tradisional (Lan Berambeh tambang RM30.00dewasa) dan Sarawak River Cruise RM 60dewasa dan Rm30 kanak-kanak. Pilihan aku ialah yang no 3. No 1 memang takut nak naik dengan budak 3orang yang tak reti duk diam. No 2 dia jalan lewat dalam kul 6 gitu, nanti aku Isyak kat dalam sungai la jawabnya. Sarawak River Cruise tu dia jalan awal sket kul 5.30. Harga termasuk makanan ringan (kek lapis & jus oren) beserta
persembahan tarian.
|
Atas bot |
|
Ruang bawah bot - booked only. Tak taulah berapa ratus lupa plak nak tanya |
|
Subhanallah...cantiknya |
|
Bangunan tempat bersidang yang memang wajib ambik gambornya |
|
Suasana petang |
3 comments:
saya pun dah lupa hotel tu ada hose ke tak..lagipun dah lama kami ke sana..dah lupa :-)
tapi mmg susah kalau hotel takde hose..utk anak2 dan juga utk istinjak
kalau oversea boleh di terima..tp kalau m'sia..sepatutnya ada..
bestnya!!! nk tgk gambar lak!!!
lama tak pg sini.. ada pg pasar satok tak? ikan terubuk bakar dia sgt sedap..
Post a Comment