Doa untuk melembutkan hati anak, isteri, suami atau sesiapa sahaja dengan tujuan dan niat yang baik. Juga boleh diamalkan oleh diri sendiri jika anda adalah seorang yg pemarah. saya lah tu. 
Doa  asas yang  digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya  dengan peristiwa  sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh  Sayyidina Umar daripada  adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus  menjadi lembut lalu memeluk Islam  (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah  Taha)
Di  antara bahan-bahan  ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah  besi tetapi dapat dielmbutkan  oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada  kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang  digunakan sebagai  kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya,  bacalah:
Baca surah  Al-Fatihah
 الفاتحة
Baca Ayat di  Bawah:
 لَوْ اَنْزَلْنَا هَـذَا اَلْقُرْآنَ.............الخ 
         ( di ruangan ……..letakkan  nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri)
Baca ayat 1-5  Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
      1.   Thaahaa.
2.  Kami  tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.   Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.   Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.   (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
 اَللَّّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ 
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"
Kemudian tiupkan ke  air
Doa  di atas boleh  digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa  melawan dan tidak menurut  kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri  sendiri. Untuk kegunaan diri  sendiri, letakkan tangan kanan di dada  iaitu di bahagian hati dan baca doa di  atas. Kemudian tarik nafas  perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk  kegunaan orang lain,  ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di  bahagian  hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa   pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.