Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, September 6, 2010

Rindu...

Dah 27 Ramadhan kita ni sekejap je rasa..Insyaallah lagi 4 hari kita akan menyambut Syawal.Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya sebab belum tentu kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan...


Rindu..?apa yang dirindukan...?
Saya rindu nak solat terawih ... dulu masa anak sorang boleh gak celah-celah gi terawih .Time mak tak larat nak berterawih di masjid boleh tinggalkan Wawa kat dia. Bila anak dua makin tak boleh nak mencelah, ni plak anak dah tiga lagilah tak boleh nak tinggal. Selalu cakap-cakap dengan Wawa Insyaallah Solehah dah tiga tahun nanti kita boleh terawih sama-sama. Ya Allah makbulkanlah doaku, perkenankanlah hajatku. Amin

Kue Raya...Rindu nak wat kue raya macam zaman anak dara dulu. Masa kakak saya blom kawin kami pakat wat sama-sama. saya tukang tengok dgn tukang buh ceri-meri dan segala manik jer Dulu memang takdelah beli-beli kue ni .kalau ada pon beli kerepek, bunga durian tu je ...rindunya bau kue yang dibakar sendiri.Masa tu takde oven pon, bakar kue dalam periuk, kat bawah periuk tu lapik dengan pasir tanak bagi hangus..Oh indahnya kenangan.
Rindu kutip duit rayaKebiasaan kat sini orang kaya-kaya dia kasi duit raya sehari sebelum raya. Maka pada hari itu rumah orang-orang kaya penuh dengan budak-budak. Ada yang nakal siap tukar baju pastu gi salam lagi..haha dapat 4 ingit. Biasanya budak lelaki je yang buat camtu. Keesokannya Hari Raya misi diteruskan. Gi jalan satu kampung plak, kadang2 duit raya tu x sempat bawak balik pon habis dibelanjakan buat beli air, belon.
Rindu beraya dengan Ayah
Dulu masa ayah ada dia yang bangun pagi-pagi masak nasi minyak sampai 2-3 gantang. Masak guna kayu api bukan pakai dapur gas. Kadang-kadang sampai petang orang 'mai cari' nasi minyak ayah sebab dah tau memang ayah buat banyak. lepas siap masak semua ayah terus ke masjid.
Masa ni anak-anak pon belum bangun. Bila kami bangun tau-tau semua hidangan dah tersaji atas meja. Dari anak dara sampai anak tiga macam ni la saya. Cuma seingat saya tahun pertama beraya tanpa ayah, saya volunteer utk masak nasi minyak. Ayah saya tiap kali raya tak pernah beri duit raya untuk anak sendiri, kalau nak jugak kami curi .Nak minta sendiri, sorry kami tak berani! itulah ayah segala yang pahit yang Ayah tinggalkan untuk saya amat manis sebenarnya untuk dikenang apatah lagi yang manis.

2 comments:

Fieza79 said...

lg sonok sambut raya zaman bdk2 dulu...mmg rindu zaman tu..

KSWSK said...

ye la kak..wa yg stil bujang ni pun sbb tuntutan keje pun jarang dpt g terawikh...

Last Comment