Saya ambik info ni kat blog INI. Saya dah mintak izin tuan punya blog untuk share apa yang saya rasa perlu dikongsi dengan kawan-kawan. Moga Tuan empunya blog mendapat berkat atas ilmu yang dikongsikan. Jazaakallah khairan.
Jangan kondem plak kalo terapi ni tak menjadi. Kita bertawakal dan kesembuhan adalah daripada Allah.
TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN.
Bila sakit atau pening kepala, perkara yang pertama dalam kepala kita adalah "Panadol". Selalu telan panadol yang tablet atau soluable memang tidak baik untuk kesihatan. Terlebih makan lebih dari 10 biji tablet boleh ke alam barzakh. Semasa dalam tentera dahulu, penulis akan makan dua biji panadol apabila hendak membuat latihan berat seperti latihan jalan lasak sejauh 25 km. Kena makan setengah jam awal sebelum bermula. Memang tidak meletihkan dan sentiasa cergas sehingga sampai ke garisan penamat. Tapi tak amal selalu. Jadi kali ini ada terapi menggantikan panadol untuk menghilangkan pening kepala dan keletihan.
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh. Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah.
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa. Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat, tetapi tidak sembuh.
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil. Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya?
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Derma palestine
glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com">
style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;"
alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>
3 comments:
bagus info ni..satu lg kita leh wat proses tapping.aku penah belajar masa p kos.ko try carik kt youtube
jln2 cni n baca info ni sbb tgh sakit kepala..! makasih ye.. good artikel..
kalo sakit pale, saya tido jek
tapi tips ni, boleh dicoba.. :))
Post a Comment