Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Thursday, March 31, 2011

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN

Saya ambik info ni kat  blog INI. Saya dah mintak izin tuan punya blog untuk share apa yang saya rasa perlu dikongsi dengan kawan-kawan. Moga Tuan empunya blog mendapat berkat atas ilmu yang dikongsikan. Jazaakallah khairan.

Jangan kondem plak kalo terapi ni tak menjadi. Kita bertawakal dan kesembuhan adalah daripada Allah.

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN.



Bila sakit atau pening kepala, perkara yang pertama dalam kepala kita adalah "Panadol". Selalu telan panadol yang tablet atau soluable memang tidak baik untuk kesihatan. Terlebih makan lebih dari 10 biji tablet boleh ke alam barzakh. Semasa dalam tentera dahulu, penulis akan makan dua biji panadol apabila hendak membuat latihan berat seperti latihan jalan lasak sejauh 25 km. Kena makan setengah jam awal sebelum bermula. Memang tidak meletihkan dan sentiasa cergas sehingga sampai ke garisan penamat. Tapi tak amal selalu. Jadi kali ini ada terapi menggantikan panadol untuk menghilangkan pening kepala dan keletihan.

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh. Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan ulang-alik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa. Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat, tetapi tidak sembuh.


Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil. Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya?

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Wednesday, March 30, 2011

Selamat Ulangtahun Ke-4 Annisa Syahirah@Anis

Gambar 23.2.2011 .Gambar baru takde
Majlis Khatam Muqaddam anjuran taska Permata
Nak nangis sebab kena tinggal atas pentas.
Hari ni genap usia Anis 4 tahun. Usia jer bertambah tapi badan tetap cenonet. Rasanya Solehah lebih bambam dari Anis cuma Anis tinggi jer..kalo tak mesti orang ingat Solehah kakak.

IBU DOAKAN ANIS BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT. IBU SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT ANAK IBU. Walaupun peel kamo kadang-kadang buat ibu migrain tapi, bila kamo takde sunyi plak rumah takde orang melalak haha.

glitter-graphics.com

Thursday, March 24, 2011

Penderam..meh oder

Tolong promote kawan punya bisnes. Sape nak oder boleh la yer.
300 biji ke atas  = RM 10.00 utk setiap 100biji (Tak termasuk pos)

Wednesday, March 23, 2011

Opick - Tiada Duka Yang Abadi



Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Wednesday, March 16, 2011

Wordless wednesday

First time drive jauh tanpa co-pilot.
Gambar ni bila aku besarkan jadi blurr..motif bgtau? hehe
Semalam usia budak ni 1 tahun 9 bulan.Motif bgtau? haha

glitter-graphics.com

Tuesday, March 8, 2011

Martabak Raja

Sape pernah makan martabak ni? best kan!! tebal plak tu. Martabak ni aku beli dengan kawan yg kje kat kedai frozen food, so dapatlah rege  RM 15.00 sebijik. Kalau harga biasa RM 16.00. Aku beli martabak ayam dan daging. Kalau tak silap ada martabak daging blackpapper, rendang, ayam kari. Hantu martabak macam aku harus beli wat stok, time nak makan goreng jer senang kan. Plak tu dia ada sediakan sekali dengan pencicah dalam tu. Sonang keje den haha.


glitter-graphics.com

Tuesday, March 1, 2011

Karipap magic


Sekejap je aku tinggalkan karipap ni, dah jadi rupa ini. Memang aku pasti sangat-sangat yang aku dah kecilkan api masa tinggal karipap ni, 5 saat pas aku datang balik dah jadi separa arang (pic sebenar gelap lagi). Magic tak?? Nasib baik ada belen 5 biji lagi yang belum digoreng.

Ku pandang kiri, ku pandang kanan kot-kot ada kelibat antu kat dapur rumah aku ni. Di sudut sebelah kanan dapur gas cap natiwa aku..bukan national yer kelihatan seorang budak pompuan tengah berdiri dengan muka innoncent.


Siapa nak teka gerangan ank hamba yg mana satukah yang membuat onar tersebut. Pada yang belum kenal lagi anak-anak hamba, ni hamba bagi jawapan objektif

a) Wawa   - 5 tahun 9 bulan
b) Anis      - 3 tahun 11 bulan
c) Solehah - Setahun 8 bulan

Peneka terawal yang meneka dengan tepat akan diberi hadiah berupa sebiji beg kaler kunen ada maskot gajah kat depan. Gambar beg akan diupload kemudian

NOTE : Dah ada pemenang. Terer-terer belaka para meneka ye, kebanyakannya meneka dgn betul nampak sgt ko nakal ye Anis.Tahniah pada Puan Iza mama Haikal&Dania.nanti kita pos hadiah .

Last Comment