Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Tuesday, November 30, 2010

Cikgu Sabariah



Baru-baru ni bini kepada sepupu aku pon ingat aku cikgu. Padahal dia dah kawin lama gak dgn sepupu aku tu dah 2tahun kot .. Jadi dah 2 tahun dia tertipu dengan jenis pekerjaan aku, padahal aku kerani cabuk jer..banyak plak perkataan padahal

Haritu aku chat  ngan dia kat fb then dia tye "Kak Tie cikgu kan, ni tadok kelas ke?" ... tak tau nak balas apa sebab terkesima.

Sebab-sebab aku tidak boleh menjadi seorang guru kecuali guru sekolah tadika tu pon tak lepas gak rasanya:-
1-Faktor genetik. Aku ni kan kontot cemana nak menulis kat papan hitam . Lainlah kalo lecturer leh gak pakai projector.
2-Faktor genetik juga - nanti aku sama beso dengan anak murid or anak murid lebih beso dari aku. Gerenti ank murid tak takut kat aku kan, kecuali dia dengar sore aku yang macam rimau ni.
3-Tak kuasa nak hadap suasana bising dalam kelas hari-hari. Anak sendiri bising pon aku dah rasa nak tibai kalo anak orang??
4-Aku bukan jenis penyabar..kesabaran aku amat kecik berbanding nama aku Sabariah.
5. Aku takut nanti dalam kelas ada budak hensem comel aku asik panggil dia jer utk jawab soklan.
6-Aku memang tak minat jadi cikgu, aku minat jadi askar harharhar...

Cukuplah kan 6 jawapan kenapa aku takleh jadi cikgu. Tapi macam sesuai plak kalo dipangkal nama aku tu ada cikgu.  Cikgu Sabariah tak gitew kawan-kawan....


*** Tq, sila datang lagi ***

Telepon lama, model lama tapi baru beli



Tak faham baca tajuk hehe?  click sini . Semalam kawan adik aku offer tepon SE model W910 ni. Dia jual RM 50.00 jer murah tak. Tepon ni 2nd hand la kan kalo baru takdelah dia bagi rege ni. Aku tengok kondisi pon ok lagi so ambik jelah. Aku survey yang baru rege 600++

Aku ni bukan nak hp yang canggih manggih sangat, setakat boleh htr emel, leh 3G, gambo pon clear okla. Tapi tepon ni banyak giler lagu. Owner lama ni dload macam2 lagu so Wawa sukalah...lagu wali band, wonder girls dan apa2 lagu yang aku penah dengar tapi tak tau nama seme ada, tapi aku set ringtone lagu 'Shalawat' wali band . Takkan nat set lagu 'yang' plak, tak seswai dengan umur mak okeh.





*** Tq, sila datang lagi ***

Sunday, November 28, 2010

Crabstick popia

Gambar cilok dari blog ijan...

Terliur tengok popia kat blog  Ijan . Crabstick popia bunyi macam best kan harga pon amatlah berpatutan RM 3.50 = 20pcs. Minggu lepas  popia telah selamat sampai ke tangan saya (walaupun mengambil masa 2 hari utk sampai sebab masa van poslaju dtg mak x dengar dia bagi salam ) tapi popia masih berkeadaan baik.

Anak-anak suka sangat sebab sebelum ni saya wat popia penuh dgn sayur, tak pun wat popia cendawan... kali ni ada kelainan, makan tak payah cicah dengan sos pon bes.

Thursday, November 25, 2010

Percutian ke CH bulan doblas..seswaikah?



Xceli sedara mara belah mak aku plan nak gi CH bulan doblas ni. Percutian keluargalah kiranya ni. Aku ada sorang Mak sedara dok kat Temerloh, so dialah mastermind nyer. Dorang tengah pakat-pakat ler tu. Aku ni tengah pikir nak gi ke tammboh gi banyaknya perkataan tengah . Disember tu musim hujan la pada logiknya kan tapi tak taulah cuaca bukan boleh diramal sekarang. Kalau genting tu aku taulah ada cable car.Ni CH ada cable car gak ke nak naik ke atas? agak jakun disitu hehe..


Sat aku nak google gambar kasi feeling lebih sket nak gi CH ni. kalau ikutkan anak-anak memang ler nak pegi.Wawa dengar nak gi jalan tengah demam pon boleh kebah, ate ikut perangai sape lagi kalu bukan aku hahaha... itu belum lagi dia dengar kat situ ada banyak stoberi ala-ala buleh tido atas stoberi. Anak sapelah kecik-kecik dah pandai demand makan buah mahal-mahal. Aku dulu makan buah kemunting jer .. stoberi pon tak pernah tengok. Kalo adapon pemadam bentuk stoberi huhu...



*** Tq, sila datang lagi ***

Monday, November 22, 2010

Bulan hilang sedunia

Agaknya bulan november ni memang bulan hilang sedunia aku. Hari raya pertama ritu telepon aku ilang, pastu kunci rumah ilang, pastu semalam duit plak hilang. Duit takdelah banyak mana 50jer..tapi yelah duit gak kan...


Ni aku tengah pening dan mengharapkan miracle agar henpon aku tu dapat balik. Dalam memory card tu seme ada. Gambar, video anak-anak, reminder besday dan of courselah contact no kawan-kawan sekali dgn alamat, emel..semualah yg penting aku sumbat  dlm tuh...adolah rasa lembek loli kalu aku pikir. Henpon tu hadiah besday aku 21.10 baru ni, so masih newbie, kalau budak baru beranak blom habis pantang pon lagi. Aku belum beli lagi sim card baru.nak tunggu kot-kot jumpa telepon tu kan.No tu dah 3 tahun pakai.In case minggu depan tak jumpa gak aku kena gi  celcom mintak no yang same. Nanti dah settle semua korang tolong bagi balik no hp korang yer dan tolonglah doa-doakan henpon aku tu jumpe balik.


Ni aku ada jumpa doa dan cara mengembalikan barang yang hilang yang dianjurkan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Aku paste kat sini jer.Moga bermanfaat gak utk orang lain yang kehilangan barang.


Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang


Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.


Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.


Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;


(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.


(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir



Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang- barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.




(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut


kaedah seperti berikut;
a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataann mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula

e. Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g. Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.


h. Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.




(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.


Sekian. Semoga bermanfaat.






*** Tq, sila datang lagi ***

Last Comment