Xceli sedara mara belah mak aku plan nak gi CH bulan doblas ni. Percutian keluargalah kiranya ni. Aku ada sorang Mak sedara dok kat Temerloh, so dialah mastermind nyer. Dorang tengah pakat-pakat ler tu. Aku ni tengah pikir nak gi ke tammboh gi banyaknya perkataan tengah . Disember tu musim hujan la pada logiknya kan tapi tak taulah cuaca bukan boleh diramal sekarang. Kalau genting tu aku taulah ada cable car.Ni CH ada cable car gak ke nak naik ke atas? agak jakun disitu hehe..
Sat aku nak google gambar kasi feeling lebih sket nak gi CH ni. kalau ikutkan anak-anak memang ler nak pegi.Wawa dengar nak gi jalan tengah demam pon boleh kebah, ate ikut perangai sape lagi kalu bukan aku hahaha... itu belum lagi dia dengar kat situ ada banyak stoberi ala-ala buleh tido atas stoberi. Anak sapelah kecik-kecik dah pandai demand makan buah mahal-mahal. Aku dulu makan buah kemunting jer .. stoberi pon tak pernah tengok. Kalo adapon pemadam bentuk stoberi huhu...




















