Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Monday, August 23, 2010

Alhamdulillah...

Prof Muhd Kamil, Kak Roza, Anis, Wawa & Saya.

Pernah tengok buku ini? saya hinggakan termimpi-mimpi nak dapatkan buku ni tau.

Semalam (21.8.10) merupakan hari yang sangat bermakna buat saya, tak pernah termimpi pun untuk bersua muka dengan
Kak Roza dan Prof Muhd. Kamil, pengarang Buku Travelog Cinta Abadi dan Travelog Haji yang menjadi 'hot seller' hinggakan saya cari di mana-mana tak jumpa. Mungkin itulah yang dinamakan jodoh, jika buku itu boleh saya dapatkan di mana-mana, maka semalam tidaklah terjadi pertemuan yang tak pernah pon saya 'termimpi' ini. Catatan penuh hikmah dari penulis

Boleh baca kisahnya
disini. Terima kasih Prof, Kak Roza, atas layanan mesra, hingga tak terasa 'jurang' antara kita. Terima kasih Kak Junita, Azlina (harap mereka juga membaca) selaku Tuan Rumah yang manyajikan kami nasi kerabu berlaukkan ayam berempah, daging bakar, ikan celup tepung, solok lada, telur masin lengkap dengan sambal tumis, sambal kelapa dan air lada. Tak lupa juga disertakan sekali ulam-ulaman sebagai pelengkap selera. Juga ada kuih bakar, air soya & laici juga buah dokong sebagai juadah pembasuh mulut. Alhamdulillah banyak saya makan hingga tak tertinggal walau sebutir nasi pun. Tak percaya? Silalah percaya. Terima kasih semua, Allah saja yang dapat membalasnya.
Sebenarnya atas meja tu penuh dengan lauk pauk, tapi yang tak kelihatan itu sebenarnya lebih manis dalam ingatan.


Thursday, August 19, 2010

Roh di bulan Ramadhan

Ayahanda, semasa sambutan hari lahir Wawa yang ke-2
Ayahanda , Hari Raya Aidil Fitri 2007

Dapat emel ni dari seorang kawan...Teringat arwah Ayah Abdullah Bin Ismail yang telah pergi menemui penciptanya pada 3.Jan.2008. Moga Allah menempatkan Ayahanda bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah buat Ayahanda tercinta.

Pada kawan-kawan yang telah kehilangan insan istimewa. Bacalah...


"Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan. …….. Insyaallah…………

Tuesday, August 17, 2010

Disengat tebuan




Adolah... bukan aku yang kena anak aku yang kena ketik(sengat) tebuan malam tadi...asal hby out station jer ada kejadian tak diingini. Ujian dari Allah terima saja dengan hati yang redho kan.
Masa tu aku tgh tengok tv , Wawa plak baru sudah makan, masa dia nak pi basuh tangan la kot kena sengat tu.

Tetiba dia mai kat aku kata "tangan kakak kena bende wane itam" masa tu dia tak nangis, so aku agak tangan dia terkena 'sebarang benda' yang kaler itam, contoh cam hulu sudip yg kaler itam ker...so aku wat derk jelah.

Pastu dia stat nangis dah.."Ibu bende itam gigit tangan kakak" dengar jer perkataan gigit baru aku bingkas bangun gi tgk tangan dia...memula aku syak lipan...eii seraiu, takleh bayang caner budak kecik camtu kena gigit lipan.

Di heret tangan aku ke dapur nak tunjuk benda yang gigit dia tu. Benda tu dok nyorok belakang towel kitchen , sekali aku tengok tebuan, gelabah aku sebab seingat aku tebuan ni bisa. Ya Allah kesiannya anak aku.

Tanpa membuang masa aku ambik anak lesung terus tenyeh tebuan tu sampai lunyai. Tengok tangan Wawa dan mula bengkak, ada mata bekas gigit kat situ.Aku sapu minyak Afiat. Aku tengok keadaan Wawa dulu kalau teruk sangat menangisnya aku ingat nak call je adik aku ajak gi spital tapi aku tgk dia nangis biasa jer..takde meraung-raung.

Sekejap-sekejap aku tanya "sakit lagi ke kakak" "sakit lagi" dia jawab. "Sakit banyok ke sakit sikit" aku tanya lagi sebab aku takleh nak imagine caner sakit kena sengat tebuan ni. "Sakit banyok" dia jawab lagi. "Mana sakit denge sakit gigi" aku tanya lagi nak tau tahap kesakitan kena sengat tebuan ni sebab kalo sakit gigi aku dah penah rasa. "Sakit lagi pada sakit gigi" dia jawab. Aku pon usap-usap tangan dia, nak call mak aku nampak dia cam tak teruk sgt.Cuba call/sms hby tak berjawab. Ni mesti tidur tak hengat. Masa kejadian pukul 11.45malam.


Alhamdulillah malam tu takde plak dia merengek ke apa, so aku anggap dia tak alahan. Sebab mak aku penah kata kena sengat dgn benda bisa cani atas ketahanan badan gak, kalo orang tak alahan lepas sejam dah hilang rasa sakit dan bengkak.Aku tengok tangan dia xde bengkak sangat dah .Alhamdulillah.


Pagi tadi masa tgh sidai kain dengar suara Anis dan Solehah, intai ikut pintu tengok Wawa blom bangun. Kami pakat tido kat ruang tamu coz ekon dlm bilik rosak. Aik biasa Wawa bangun awal, tak sedap plak rasa hati. Cepat2 habiskan kje masuk rumah cuit-cuit lengan Wawa, ada tindaklabas.. tah apa2 jer aku pikir kan huhu.. korang penah ke rasa cam aku ni.

Thursday, August 12, 2010

Contact lense..

Salam and hi~start nk berjinak2 dgn color lense brand GEO dari KOREA.skang cume nak bagitau saya ada jual color lense, circle lense, animation lense dan crazy lens disini.brand geo dan boleh digunakan dari 6 bulan hingga setahun. Penjagaan rapi diperlukan dalam menjaga kebersihan lense.Jika masih baru dengan contact lens, sila dapatkan nasihat doktor kerana saya hanya tahu menjual tetapi bukan pakar mata.sekian masheh..hehe

Ni antara lenses yang saya jual. Sempena Promosi Pembukaan dan Ramadhan saya mengadakan 'Free Postage'. Click
sini untuk view serta oder.



LIST ORDER - BATCH 1 ... if ur order not yet listed plis let me know asap coz i only submit order to supplier from this list.Tq.

Linda - Fresh brown (3.25/3.50)

Rinna - CTS104 (2.75/2.75)

Wan Nor Adila - CH623 (0/0)

Ns - CM835 (0/0 ) Super size

Nur Farahhin - CM905 (0/0), Nudy light grey (450/450)

Zuera - CM902 (0/0)

Zila - CM902 (0/0)

Aya - CM902 (0/0)

** Blue means fully paid, Red means UOM

Wednesday, July 28, 2010

Saje nak bercerita

En Hubby - pandang aku atas bawah, sambil geleng-geleng kepala..motif???

Hubby : Ibu paka gini ker ?
Aku : Bakpe plok ? seksi ker... (Aku pakai blouse, kain labuh)..sebelum Hby kata apa2 aku jawab dulu..Bukan baju ni yg seksi Bie, Ibu ni koho gemok, baju ni dulu ok je denge ibu, tapi bila ibu gemok baju ni napok sexy la ...
Hubby : Kita gi cari baju la ke ibu.. kesian agaknya tgk bini dia dok paka baju ketat...Bukanlah ketat sgt , kalo aku tukar baju lain pon gitu gak gayanya, sebab dulu aku saiz duyung..sekarang saiz dugung ..ngee

Gi giant mesra mall..beli barang dapo, lusa En Hby out stesen ke Labuan, tak taulah sempat balik ke tak sebelum puasa. Tengah2 pilih barang..

Hubby : Derah la ibu, kang dok dan nok bli baju..masa tu dah kul 9.15..

Bersungguh plak dia nak belikan aku baju..aku bukan apa..kalo setakat 1/2 jam nak pilih baju bukan aku ler tu..sekurang2nya 2-3 jam..aku bukan cerewet tapi kalo aku x berapa berkenan memang aku x pakai. Bukan pilih brand ke apa..baju pasar malam pon aku pakai ...

kesudahannya tak beli barang sehelaipon baju..Aku rasa baik dia bagi duit aku gi bli sendiri, lantak ler aku nak memilih 5-6 jam pon.

Lari banyak alligment aku ni, kalo baju lama seme dah jadi barut nangka, kawan2 yg lama tak jumpa pon tegur "ada isi pula ker" aku patut la ambik tindakan segera.

Sunday, July 18, 2010

Macam-macam hal

Ni nak cerita tentang anak2 aku yang tengah mengganas, sape kata budak pompuan tak ganas !! biasalahkan umur macam wawanis ni semua benda dia nak explore . Khamis baru ni kaki Wawa terjerlus dalam penutup longkang, penutup yang ada jaring-jaring besi tu..tah caner boleh jerlus. Memula ok jer dia, Anis dan anak jiran dok mandi kolam..x sedar masa bila dia main tepi longkang tu, tetiba dengar dia jerit panggil Ibu aku ingatkan jatuh, pastu jiran rumah aku cakap sebelah kaki dia dah masuk dalam jaring tuh sampai aras peha..nak kuarkan takleh sangkut tang kepala lutut . Aku berkejar ambik minyak nak suh licin sket tapi tak jalan gak.Dia meraung toksah citer la, tolong Ibu, tolong Cik La(jiran rmh aku).Panik dah aku dalam kepala dok ingat nak call adik aku jer suh bawak grainder, dalam tengah cemas tu nasib baik suami jiran aku balik dia pon tarik jaring besi tu bagi luas sket . Tenaga lelaki kan dalam situasi cemas lak tu harus jadi 2kaliganda.Nasib baik leh kuar peha dak gomok tuh. Habis Lebam peha dia pastu luka -luka kat belakang pelepat kaki.

Sehari kemudian Anis plak terseliuh. taktau dia bergurau caner dengan sepupu dia sampai boleh terseliuh. Mula2 dia ngadu lengan dia sakit..aku nak pegang pon dia tak kasi, suh angkat dia menangis, sah dah terseliuh.Petang tu gak plan nak bawak gi urut tapi sampai sana jalan nak ke rumah tukang urut tutup plak..kena lalu jalan alternatif.Aku ni dah la tak tau selok belok kat situ last-last balik bodo jer sebab dah nak maghrib masa tu. Banyak betul dugaan rasa nak nangis hukhuk..Dah la Hby takde, out station ke Labuan. Aku ni plak jenis x reti nak ngadu2 bagitau hal anak2.Kalau Hby call baru aku bercerita..nak harapkan aku call bagitau anak jatuh itu ini memang takdelah. Keesokan hari pegi lagi rumah tukang urut kali ni bawak orang yang tau jalan alternatif ke rumah tu.Alhamdulillah selamat juga sampai. Rupanya 2 tempat terseliuh.satu kat bahu satu lagi kat pergelengan tangan.Patutlah takleh nak angkat lansung.Kesian anak aku. Geram kat Hbby pasal tak telefon, aku nak call dia sorrylah kalo tgk sedih, geram ...memang aku tak call...Apa punya perangai tah aku ni.Macam la laki aku tu boleh nampak dan rasa apa yg jadi kalo aku tak telefon bagitau kan.

Tengahari yang sama bawak wawanis ke library.Dah lama janji nak bawak tapi tak bawak2 gak.Budak2 ni memang ske sgt kalo kata nak ke library..entah apa yg dia ske aku pon tak tau..nak kata dia baca buku tak gak..Aku tgk dia lebih pada tgk gelagat orang-orang kat libry tu. tengah dok layan anak2 dapat panggilan dr Hby kata dah ada kat KL . Eh kata balik ujung bulan. Agaknya dia dapat rasa bini dia dalam kesusahan tu yang balik awal huhu. Still tak bagi tau apa yang jadi pada budak2 ni. Tunggu dia sampai karang la baru bercerita. penat dah menaip .Sekian cerita macam-macam hal kali ni.

Tuesday, July 6, 2010

Saspen jer !!!




Kisahnya sejak seminggu lepas saya rasa cam ada bende 'bergerak' dalam perut. Rasa cam gerakan baby.. ah sudah. Saya ambik protection sebenarnya 'IUCD' takkan boleh pregnant, tapi kalo dah rezeki Allah nak bagi..gunalah protection apa pon kan...


Hari rabu baru ni saya dah bli pragnant test check negetif, tapi orang kata kadang2 tak tepat gak result dia so... masih berada dalam tanda tanya. Perut pon asik gedik-gedik jer..buat saya makin susah hati sebab saya ada makan maajun Anggun Bistari yang ramai org makan skrg ni dan amalkan jus bidadari gak..maajun2 ni kan panas, risau plak.


Hari ni masa lunch saya pon kuatkan hati gi clinik, dengan nevesnya toksah cakap la..macam la 1st time ngandong kan hehe. Bukan apa kalau dah bergerak2 tu mean baby dah 4 or 5 bulan, kesian Solehah kecik2 dan nak dapat adik. Takut saya tak tercakna anak2 dan sure Hbby suh benti kje...tu je yg saya pikir bukan nak tolak rezeki dari Allah. Kalau dah komfirm mengandung kena la saya jaga kesihatan takleh dah masak sadin sokmo-sokmo walaupun kami anak beranak mmg ske sadin..skrg ni bli sadin cap Ad*bi memang x sesedap cap A**M tapi yang penting keluaran bumiputra kan..eh melalut pasal sadin plak.


Okey hasil dari pemeriksaan sah saya tak mengandung. Dr cakap mungkin salur darah, dalam badan kita ni kan banyak sel darah, mungkin sebab tu lah saya rasa gerakan tu, kata Dr sambil periksa perut saya tapi saya pandang cuak je muka dia..nasib Dr tak tanya "saya Doktor ke awak Doktor??" pastu dia pon scan plak agaknya dia rasa saya tak puas hati dengan penerangan dia, memang pon haha... pas scan baru puas hati... So, no need to worry.Boleh la belasah durian tetiba teringat pic doyan kat blog Sue
Saya masih musykil lagi ni. Sebab gerakan dalam perut agak aktif..ikut pengalaman kalo gerakan camni saya mengandung dalam 4-5 bulan kot . See takmo terima pendapat Dr huhu...bukan apa saya x pernah rasa camni. Last-last masa nak bayar bil "Dik bagi ubat cacing dewasa satu" . Saya wat andaian sendiri mungkin perut saya ni banyak cacing, tu yang dok gedik-gedik santai tu. Awas ko cacing . Malam ni mati menggulupur la ko dek penangan ZENTEL ni.

Last Comment