Derma palestine

glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com"> style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;" alt="dermapalestin" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitrTLRBrMXT8_mVDadczE3K60aE_ekx1oYlYSv74ugUzgnp71OXDEmL_ByNFXU4fo1fjPfo4CR8EqXzWimnLMdPK3_k-d0wS0nzVMDw-0-8jYGz5RKTN5izWu2Prpr4BIhnFJzVVefRNYs/s320/logo.jpg">>

click sini gak ye

Nak cari apa? taip jer

Kawan Seperjuangan

Tuesday, May 21, 2013

Doa supaya diri sendiri dan keturunan sentiasa melakukan solat


glitter-graphics.com

Doa ini saya baru amalkan sejak seminggu lepas, Alhamdulillah dengan izin Allah anak-anak tak liat lagi nak solat. Biasanya tiga atau empat kali suruh baru bergerak itupun tubuh lemah longlai macam terpaksa. Geram pulak kita menengoknya, time tu mulalah rasa nak libas dengan rotan, tapi berkat doa ni, sekali suruh dah bergerak pantas. Saya baca time teringat tak kiralah waktu di pejabat, masa tengah memandu ataupun masa main dengan anak-anak..hembus sekali kat muka hehe.

 


Maksud dalam bahasa Melayu
"ya Tuhanku! 
Jadikanlah aku seorang yg mendirikan sembahyang, 
begitupun anak-anakku, ya Tuhan kami, dan perkenankanlah doaku.'"
surah Ibrahim(40).

Sunday, February 24, 2013

cara buat mee hoon aka bihun sedap

Sape tak pandai masak bihun or kalo kat Ganu kami panggin mehun@laksa halus. Mesti seme kata pandai kan cuma sedap dengan tak sedap jer. Saya dari dulu fail masak behun. Dah macam-macam resepi saya guna dan olah tapi behun saya tetap tak sedap. saya pernah makan behun yang rupanya pucat lesi, takde sayur, takde ayam even telur tapi sedap giler, rase nak g mintak resepi dengan makcik kedai tu hehe..

Akhirnya setelah berbagai ujikaji dijalankan(masa ni tak tanya method dgn mak lagi) saya telah temui cara macam mane nak buat behun yang sedap atau dengan kata lainnya rasa masin, manis, masamnya jelira(sebati) dalam behun. Kalau buat mee basah atau me sup rase memang takde hal sebab dia berkuah kita boleh perasakan kuahnya, tapi mehun yg struktur kering mcm tu kalau x sedap perencahnya, alamat tak sedap lah behunnya.

Ini pengalaman saya di dapur, kalau ada orang rasa cara ni tak betul atau dah buat macam ni tapi behun tetap tak sedap sila jangan marah saya yer.

Resepi behun saya tak sertakan, boleh je guna mana-mana resepi yang korang pernah guna. Cuma lepas masukkan semua bahan, masukkan air banyak biar tenggelam bihun macam nak buat mee basah. Behun tu jangan rendam sampai lembik sangat sebab nak kasi dia masak betul-betul dalam kuali.Biar sampai air kering bersama behun dan rencah-rencahnya.

Dulu saya buat behun, saya rendam behun sampai lembik..lepas tumis semua bahan-bahan, saya masukkan behun(tanpa masukkan air), bila nampak bihun sebati dengan perencah saya angkat, agaknya perencah tak sebati dengan behun pasal tu tak sedap..saya agak la.

Note: Patut behun mak saya sedap, saya tiru resepi sebijik cam dia buat tapi tak sedap..rupanya cara masak yang berbeza. Tulah pasal mak masak taknak tengok, taknak belajar, dah umur 34tahun baru reti buat behun yang betul-betul menjadi.

Wednesday, January 2, 2013

RUMPAI LAUT ASLI/PURE MARINE COLLAGEN

RUMPAI LAUT KERING MURAH

Harga 1pek - rm15.00 termasuk pos
Harga 3pek - rm35.00 termasuk pos
Harga 5pek -  rm50.00 termasuk pos
Harga 10pek - rm80.00 termasuk pos.
 belian borong 1kg - rm60.00 termasuk pos

Berat setiap pek lebih kurang 100g.

RUMPAI LAUT KERING ? PURE MARINE COLLAGEN

Stok rumpai laut
Packaging
Rumpai laut yang direndam semalaman
Proses memasak rumpai laut




Tuesday, December 11, 2012

Cuti Cameron Highlands


glitter-graphics.com

Alhamdulillah di usia 34 tahun dapat juga menjejakkan kaki ke Cameron Highland, bumi yang terkenal dengan tanaman stoberi dan sayur mayur. Orang lain dah berbelas-belas kali pergi agaknya kan haha..

Catatan ini adalah untuk diri sendiri, keluarga serta sesiapa sahaja yang ingin ke Cameron Highlands dengan melalu jalan Gua Musang.

Kami memilih laluan Kuala Berang-Felda Aring-Gua Musang-Cameron Highlands untuk laluan pergi dan balik melalui Tapah-PLUS-Batang Kali-LPT. Info yang saya dapat di blog cheerisheverycherry sangat banyak membantu. terima kasih kepada empunya blog, Saya siap print lagi info yang saya dapat dari blog cheerisheverycherry.

Kami bertolak dari kerteh jam 8.30 pagi. Berhenti sarapan di Pekan Kuala Berang. Makan di gerai bersebelahan dengan sawah padi. Sangat nyaman. Alhamdulillah cuaca sangat baik, tidak panas dan tidak hujan, anak-anak pun Alhamdulillah tak banyak ragam. Kami hanya berhenti  utk buang air dan membeli buah-buahan yang banyak dijual di tepi-tepi jalan. Kami tiba di cameron Highland kira-kira jam 3.45petang.

Kerteh-Kuala Berang
Dari kerteh kami melalui jalan short cut iaitu masuk di persimpangan Kg Durian mentangau, terus melalui Jalan Jerangau-Jabor, kemudian melalui jalan Al Mukhtafi Bilal Syah-Bukit Besi terus ke persimpangan Ajil-Kuala Berang. Tempoh perjalanan lebih kurang 2 jam.

Kuala Berang-Felda Aring 
100km, melalui jalan dr Kuala Berang ke Felda Aring. Perjalanan ni mudah, dan tenang iaitu melalui kawasan tepi Tasik Kenyir. Pemandangan cantik dan hijau mata memandang. Kami berhenti di santuari gajah. Di sesetengah kawasan, ada jalan mendap/runtuh, so perlu berhati-hati. Signboard sentiasa membantu. Tak banyak kereta yang lalu.kadang-kadang ada lori, or 4WD or kereta sebijik dua.

Felda Aring-Gua Musang
Total distance 70km. Melalui Felda Aring 1-10.
Dari Arah Timur, akan bertemu felda aring 10 dulu, then last baru felda aring 1. Jalan rezab felda, so mmg dah expect jalan sedikit tough.
Bila nak masuk felda aring 10, akan ada pondok polis bantuan. So, bila nampak ada polis bantuan, hati rasa lebih lega nak lalu jalan ni. Felda aring 10-7, jalan ok...one lane, macam jalan kampung.tp ok je.
Felda Aring 6, jalan mcm rally Dhaka sikit, lubang-lubang, lopak sana sini..kena bawa slow-slow je.
Felda 5-1 jalan ok je..sekali sekala ada lubang. Tak banyak kereta, cuaca sejuk and berkabus padahal almost 11am dah.
nak keluar felda aring 1, pon ada pondok polis bantuan..

Gua Musang-Cameron Highland
Total distance 142km.
Jalan sgt ok. Lepas keluar felda aring, ada station minyak shell, toilet pon bersih. boleh berhenti rehat kat sini. or klu bukan bulan puasa, maybe leh lunch dulu kat pekan gua musang.
Perjalanan ke CH, of course lah mendaki bukit. Jalan agak pusing-pusing, tp 2-3 lane mostly. Jalan elok, takde lubang, tak banyak kereta.


  • Perjalanan melalui jalan ni jimat 2-3 jam dari perjalanan melalui kuantan-kl. 
  • cuma kurang selesa sbb kurang perhentian dan jalan bukan highway. 

Tips:











  • Bersedia untuk kereta kotor 
  • Sepanjang Kuala Berang-Gua Musang, susah nak ke toilet. so tahan kencing la sampai ke gua musang. 
  • kalau lapar, bawa bekal siap2 dalam kereta, sbb dr kuala berang ke gua musang, takde tempat makan menarik nak stop. 
  • klu ada anak kecik, isi air paip byk2 dlm botol mineral..kot2 dia terberak, senang nak basuh sepanjang k.berang-gua musang
  • klu ada 4wD lagi best nak lalu jalan ni

Sunday, September 30, 2012

Buat sendiri penawar untuk anak bermasalah

Semalam terdengar tazkirah dari  Ustazah Norhafizah  di IKIM, masa dengar tu saya tengah drive dan tazkirah tu dah separuh jalan. Antara yang sempat saya ingat Ustazah suruh baca

Surah Al fatihah 17x
Ayatul Qursi 17x
Surah Al Ikhlas 17Surah

Ada satu lagi surah saya tak sempat hafal (maklumlah dah kertu) cuma  ingat ayat 21-24, rasa sedih, menyesal pon ada sebab dengar sekerat pastu tak dapat tangkap habis pulak. Dah la ayat tu tujuannya untuk apa pon saya x sempat dengar.

Hari ni saya tergerak hati  buka fb Prof Dr Muyaha Mohamad, Alhamdulillah ada seorang rakan fb share balik apa yang tak sempat saya hafal semalam. Surah yang last saya x sempat tangkap ialah Surah Al Hasyr ayat 21-24. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan hati saya,semua ini adalah dengan rahmat dan izinmu, sesungguhnya Engkaulah yang menggerakkan hati sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki.

Surah Al fatihah 17x
Ayatul Qursi 17x
Surah Al Ikhlas 17x
Surah Al Hasyr : (21-24) 17x


21. "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."


22. "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."


23."Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya."


24. "Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."

Bacaan ini adalah untuk melembutkan hati anak yang bermasalah, anak yg terlalu sosial. Mudah-mudahan jika diamalkan semasa anak masih kecil, Moga Allah SWT memeliharanya dari melakukan perkara-perkara negetif.( Ini pendapat saya sendiri, bukan saranan Dari Ustazah.Kita niatkan dan berdoa yang baik-baik untuk anak, mudah-mudaham Allah makbulkan.

Bagi anak minum air ini selama 3 hari. Sebaiknya jangan minum air lain untuk tempoh 3 hari .
Mari sama-sama kita amalkan dan kongsikan.

Sunday, July 29, 2012

Tazkirah dari anak

Pagi tadi anak saya yang paling tak banyak mulut bertanya.

bakpe ibu dok paka stokin macam Ustazah kat sekoloh Anis? Anis tengok comel je Ustazah paka stokin. kan Ibu ada beli stokin aritu..bakpe ibu dok paka. Paka lah Ibu, comel macam uatazah.

Dia tak tau kaki tu termasuk anggota yang wajib ditutup.yang dia tau rambut dengan lengan, sebab setiap kali saya nak keluar mesti dia ingatkan suruh ambik tudung(atau dia yg tolong ambilkan) dan suruh pakai sarung lengan kalau kebetulan saya berbaju lengan pendek.

Tiba-tiba pagi ni terasa malu dengan anak.

Last Comment