Semalam terdengar tazkirah dari Ustazah Norhafizah di IKIM, masa dengar tu saya tengah drive dan tazkirah tu dah separuh jalan. Antara yang sempat saya ingat Ustazah suruh baca
Surah Al fatihah 17x
Ayatul Qursi 17x
Surah Al Ikhlas 17Surah
Ada satu lagi surah saya tak sempat hafal (maklumlah dah kertu) cuma ingat ayat 21-24, rasa sedih, menyesal pon ada sebab dengar sekerat pastu tak dapat tangkap habis pulak. Dah la ayat tu tujuannya untuk apa pon saya x sempat dengar.
Hari ni saya tergerak hati buka fb Prof Dr Muyaha Mohamad, Alhamdulillah ada seorang rakan fb share balik apa yang tak sempat saya hafal semalam. Surah yang last saya x sempat tangkap ialah Surah Al Hasyr ayat 21-24. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan hati saya,semua ini adalah dengan rahmat dan izinmu, sesungguhnya Engkaulah yang menggerakkan hati sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki.
Surah Al fatihah 17x
Ayatul Qursi 17x
Surah Al Ikhlas 17x
Surah Al Hasyr : (21-24) 17x
21. "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke
atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah
kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami
kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."
22. "Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan
melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
23."Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan
melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat
Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha
Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan
segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari
segala yang mereka sekutukan denganNya."
24. "Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian
makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa
(makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang
sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di
langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha
Bijaksana."
Bacaan ini adalah untuk melembutkan hati anak yang bermasalah, anak yg terlalu sosial. Mudah-mudahan jika diamalkan semasa anak masih kecil, Moga Allah SWT memeliharanya dari melakukan perkara-perkara negetif.( Ini pendapat saya sendiri, bukan saranan Dari Ustazah.Kita niatkan dan berdoa yang baik-baik untuk anak, mudah-mudaham Allah makbulkan.
Bagi anak minum air ini selama 3 hari. Sebaiknya jangan minum air lain untuk tempoh 3 hari .
Mari sama-sama kita amalkan dan kongsikan.
Derma palestine
glitter-graphics.comhref="http://dermapalestin.blogspot.com">
style="border: 0px solid ; width: 100px; height: 130px;"
alt="dermapalestin" src="http://1.bp.blogspot.com/_Vm973LUvZDM/SSDqDx9PctI/AAAAAAAABCc/NeRE2IvJxuI/s320/logo.jpg">>